Cara Permohonan Program Veterinar Di Institut Pertanian Bogor (IPB)

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Jika kita bercakap perihal Program Veterinar dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya dalam sektor pendidikan, masih ramai yang belum jelas kepentingan dan kelebihan jika pelajar menceburi bidang ini. Program Veterinar ini boleh dikategorikan sebagai program dan kerjaya yang mulia kerana kita mengasihi makhluk ciptaan Allah selain manusia tanpa ada diskriminasi seperti pada anjing dan babi. Selain dari tuntutan agama, tahukah anda masyarakat barat di sana sudah lama mengagumi dengan pekerjaan veterinar ini?

Teruskan membaca! Saya akan terangkan mengapa, dan di perenggan akhir nanti saya akan berkongsi pekerjaan-pekerjaan yang boleh anda ceburi selepas tamat graduan sebagai pelajar Program Veterinar. Jom saya sharekan cara permohonan Program Veterinar di Institut Pertanian Bogor (IPB), sebuah universiti IPTA berkelas dunia yang mempunyai ranking 147 terbaik di Asia!

Fakta: Program Veterinar di Institut Pertanian Bogor (IPB) mempunyai kelayakan pengiktirafan MQA Malaysia dan diiktiraf oleh Badan Kerajaan; Malaysia Veterinary Council (MVC) juga badan dunia ; World Veterinary Council (WVA).

Institut Pertanian Bogor (IPB)

Sebelum kita melangkah lebih jauh, untuk pengetahuan para pelajar, hanya terdapat dua buah universiti di Malaysia sahaja yang menawarkan Program Veterinar; iaitu di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Buat masa ini, pihak IPTS di Malaysia belum menawarkan Program Veterinar atau seumpamanya. Hal ini menyebabkan ramai pelajar berkelana ke luar negara bagi mencari peluang yang lebih luas mempelajari Program Veterinar ini. Antara destinasi yang menjadi pilihan adalah di Indonesia, iaitu di Institut Pertanian Bogor (IPB). Selain kos pengajian yang lebih rendah berbanding di UK atau Australia, faktor jarak perjalanan yang lebih dekat dengan Malaysia dan sosiobudaya yang hampir sama menyebabkan Institut Pertanaian Bogor (IPB) menjadi pilihan utama bagi pelajar Malaysia itu sendiri.

Syarat Kelayakan

Bagi syarat kelayakan pula, hanya pelajar aliran sains tulen semasa di peringkat SPM sahaja layak memohon Program Veterinar di Institut Pertanian Bogor (IPB) ini. Syarat kelayakan seterusnya, pelajar harus memiliki sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.00 dalam Program STPM / Matrikulasi / Asasi / A Level / Diploma (aliran sains) atau setaraf bagi melayakkan pelajar memohon Program Veterinar di Institut Pertanian Bogor (IPB). Syarat yang lebih rendah berbanding di IPTA Malaysia bukanlah bermaksud Institut Pertanian Bogor (IPB) ini mempunyai tahap kualiti yang rendah. Syarat ini hanya tertakhluk kepada pelajar international sahaja (termasuk pelajar Malaysia) kerana terdapat kuota istimewa khas untuk pelajar asing. Untuk pengetahuan semua, pelajar tempatan (pelajar Indonesia) sangat sukar mendapat tempat di Institut Pertanian Bogor (IPB) kerana persaingan yang sengit. Selain itu, seat mereka hanya terisi oleh pelajar pintar yang mendapat tajaan oleh Kerajaan Indonesia. Boleh bayangkan tak macam mana sukar pelajar tempatan merebut peluang ini? Kita sebagai pelajar asing sangat beruntung dapat bersaing dan bertukar idea serta buah fikiran dengan mereka. Tidak hairanlah Institut Pertanian Bogor (IPB) sendiri sangat yakin dengan kebolehanpasaran graduan mereka bekerja kurang dari 3 bulan!

Fakta: Seat bagi Program Veterinar di Institut Pertanian Bogor (IPB) adalah terhad kepada 30 tempat sahaja bagi setiap pengambilan setiap tahun.

Tarikh Kemasukan

Untuk info, kemasukan Program Veterinar di Institut Pertanian Bogor (IPB) ini hanya sekali bagi setiap tahun. Permohonan dibuka pada bulan November sehingga pada bulan Mei tahun seterusnya. Selepas pendaftaran untuk Ujian Kemasukan, pada bulan Jun atau Julai pelajar harus menduduki Ujian Kemasukan tersebut yang mana mengandungi pelbagai soalan seperti basic math, kimia, fizik dan semestinya biologi. Pada bahagian biologi, soalan lebih terarah kepada haiwan dan sedikit asas ilmu veterinar. Pelajar harus bersedia lebih awal untuk tackle soalan-soalan yang diberikan, namun, soalan-soalan tadi bukanlah sama untuk setiap tahun ya!

Cara Mendaftar

Ok kita dah sampai bahagian yang paling akhir, untuk mendaftar pelajar hanya perlu klik pada bahagian ‘pra daftar’ dan isi butiran-butiran yang diperlukan. Ingat, sebelum isi form tersebut pelajar haruslah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi Program Veterinar di Institut Pertanian Bogor (IPB) ini ya. Bukan apa, penting bagi pelajar memahami syarat yang ditetapkan terlebih dahulu. Takut nanti beri harapan palsu pula. Jika ada pertanyaan sebelum mahu mengisi form tersebut boleh whatsapp atau call En Nazrin di talian 011-1479 9976 untuk pertanyaan, beliau juga ada tips lain jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan Program Veterinar di Institut Pertanian Bogor (IPB), ada universiti lain yang mungkin memenuhi kriteria anda.

Mengapa Program Veterinar?

Seperti yang dijanjikan, saya akan reveal kan mengapa masyarakat orang putih sudah lama mengagumi dengan pekerjaan veterinar ini, dan pekerjaan-pekerjaan yang boleh anda ceburi selepas tamat graduan sebagai pelajar Program Veterinar. Persoalan pertama, kerana Program Veterinar ini melibatkan pesakit yang tidak boleh berkomunikasi. Pesakit (haiwan) tidak boleh bertutur atau mengadu tentang permasalahan mereka. Kebiasaanya hanya akan membuat diagnosis daripada apa yang diberitahu oleh owner dan melalui pemeriksaan fizikal sahaja. Bayangkan merawat pesakit yang tidak boleh berkomunikasi, mencabar kan? Selain itu, jika anda familiar dengan penyakit zoonotik ini mesti tahu yang penyakit ini adalah penyakit yang boleh menjangkiti manusia daripada haiwan. Bakal-bakal graduan Program Veterinar ini adalah ‘hero’ yang memelihara keselamatan manusia sejagat dengan mengawal merebaknya penyakit zoonotic ini. ‘Macho’ kan kerjaya doktor veterinar?

Info Kerjaya

Persoalan kedua, netizen Malaysia ramai yang masih menyangka Program Veterinar ini hanya terhad kepada membuka klinik veterinar sahaja. Sebenarnya, kita belum dibuka minda dan pemikiran. Masih banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada graduan Program Veterinar. Antaranya bidang akademik, food animal practice (ladang-ladang), ekuin praktis, exotic dan hidupan liar, badan polisi dan penasihat seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Ok, sekarang sudah jelas? Sudah terbuka minda tentang Program Veterinar? Berminat? Jom cepat-cepat daftar sekarang di Zara Zakiah Education, atau untuk maklumat lebih lanjut boleh saja call atau whatsapp En Nazrin di talian 011-1479 9976. Jangan malu jangan segan ya untuk bertanya!

Fakta: Terdapat juga graduan Program Veterinar yang menyertai Royal Malaysian Police, Royal Malaysian Armed Forces and Royal Customs.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Dapatkan Info Terbaru Kami

Jom !

Admin

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terbaru

Ikuti Kami

Tags