BLOG

5 TEMPAT MENARIK DI BANGLADESH

5 Tempat Menarik di Bangladesh

5 Tempat Menarik di Bangladesh

Bila sebut tentang Bangladesh, apa yang anda gambarkan tentang negara tersebut? Ya, sudah pastinya pekerja-pekerja mereka yang bekerja di sini kerana terdapat banyak warga negara mereka yang bekerja di Malaysia. Tapi tahukah anda bahawa Bangladesh juga merupakan sebuah negara yang memiliki keindahan alam semulajadi yang memukau dan nilai sejarah yang tidak kurang hebatnya?

1. COX BAZAR

Cox Bazar ini merupakan permata penting bagi negara Bangladesh. Untuk pengetahuan anda semua, pantai ini diisytiharkan sebagai pantai laut terpanjang di dunia dengan jarak sepanjang 120 KM. Keistimewaannya juga adalah gabungan bukit dan laut yang memberikan pandangan yang indah berdasarkan alam semulajadi. Laut yang luas serta permandangan bukit yang mendamaikan merupakan daya tarikan utama. Bayangkan anda berjalan pada waktu petang di sisir pantai yang luas dan mendengar deruan ombak yang menghempas pantai sambil menerima deruan angin yang sayup-sayup. Perasaannya sukar digambarkan!

2. TAMAN NEGARA SUNDARBAN

Taman Negara Sundarban adalah hutan paya bakau terbesar di dunia dan telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan UNESCO. Nama Sundarban ini jika diterjemahkan adalah bermaksud ‘hutan yang indah’. Kira-kira 35% daripada Sundarban ini adalah terletak di India dan selebihnya adalah Bangladesh. Sundarban ini adalah satu-satunya hutan bakau yang memiliki harimau selain daripada dipenuhi oleh burung-burung, reptilia dan haiwan lain seperti monyet. Kawasan Taman Negara ini cuma boleh diakses melalui bot dan warga asing memerlukan permit untuk memasuki taman negara.

3. HUTAN PAYA RATARGUL

Hutan Paya Ratargul ini terletak di Sungai Sylhet. Ratargul ini dipenuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan paya dan keindahan alam semulajadinya menjadi daya penarik. Hutan ini juga terdapat pelbagai jenis haiwan antaranya monyet, ikan, ular dan burung-burung. Hutan Paya Ratargul ini juga dikenali sebagai Amazon Bangladesh. Hutan ini dijaga dan dibawah pegawasan jabatan penghutanan kerajaan mereka.

4. PAHARPUR BIHAR

Paharpur yang terletak di daerah Naogan, Bangladesh adalah salah satu laman arkeologi terpenting untuk negara Bangladesh. Tempat ini adalah tempat terawal di Bengal, iaitu tempat di mana patung hindu dijumpai. Pada 1985, tempat ini telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan UNESCO. Selain daripada nilainya, reka bentuknya juga menarik. Bagi yang gemar akan sejarah, ini tempat yang sesuai bagi anda!

5. MASJID SHAT GOMBUJ

Shat Gombuj adalah sebuah masjid yang telah dibina oleh Saint Khan Jahan Ali Muslim. Masjid ini memiliki 81 kubah dan telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Dinding dan dekorasi di dalam masjid ini berunsur klasik dengan penuh ukiran-ukiran lama. Di dalam masjid yang penuh kesederhanaan ini, anda akan kenal dengan makna sebenar ketenangan.

Walaupun Bangladesh negara yang kurang dikenali dari segi pelancongan, masih banyak tempat menarik untuk dilawati terutamanya tempat-tempat yang bertemakan alam sekitar!

Lagi menarik kalau dapat belajar di Bangladesh! Pelbagai pengalaman baru yang anda akan perolehi dan kos yuran pengajian di sana adalah serendah RM 10,000 per semester bagi kos perubatan dan pergigian!

Ada yang nak menyambung pelajaran mereka di Bangladesh? Jom hubungi Zara Zakiah dengan segera untuk pertanyaan!

Website: https://zarazakiah.com.my/pra-pendaftaran/

Call: 03-8920 8119

WhatsApp: 011-1479 9976 / 014-806 8027

Atau anda boleh membuat appointment bersama kami untuk perbincangan lebih lanjut!


Posted 3 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES