Belajar luar negara? Mesti ramai yang tidak terfikir untuk belajar di luar negara, kan? Luar negara sering dikaitkan atau sinonim dengan hanya orang yang ‘ada-ada’ sahaja yang mampu. Bahkan ada juga yang berfikiran kalau dapat tajaan sahaja boleh belajar di luar negara. Ini adalah mindset tipikal berkenaan belajar oversea. Tidak dapat dinafikan, sebahagiannya adalah betul.
Namun kini, belajar luar negara bukan lagi sekadar untuk pelajar yang mendapat tajaan sahaja. Ibu bapa era moden ini telah pun mempunyai kesedaran untuk menyediakan dana atau bajet khas untuk setiap anak mereka mendapatkan kualiti pendidikan yang terbaik. Tahniah! Sekiranya ibu bapa anda tergolong dalam golongan ini. Bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Secara tidak langsung, mereka ini tidak lagi mengharapkan universiti awam dalam negara. Hal ini bukan bermaksud universiti awam kita kurang berkualiti, TIDAK sama sekali kerana universiti awam adalah perintis tertubuhnya kebanyakan universiti swasta sebagai alternatif pilihan pelajar.
Baiklah, kita kembali pada persoalan utama. Bagaimana mahu membuat pendaftaran jika mahu sambung pengajian luar negara? Haa, di sini penulis ingin kongsikan, terdapat 2 cara bagi membuat pendaftaran tersebut. Sebelum itu, bakal penuntut hendaklah membuat pilihan dahulu, universiti mana yang diminati dan di negara manakah ia terletak. Sebagai contoh, University of Toronto terletak di Kanada, Jordan University of Science and Technology (JUST) terletak di Jordan, Tohoku University di Jepun dan lain-lain.
Dah buat pilihan?
Seterusnya, pendaftaran!
Boleh di buat secara:
1. Daftar secara terus di website university.
Eh, boleh ke? Ya, boleh atau melalui IDP Agent (boleh je Google). Cara ini khusus bagi universiti yang terletak di negara maju atau negara kelas pertama dan kedua. Sebagai contoh UK, US, Canada dan lain-lain. Kebiasaannya, setelah pendaftaran berjaya, pelajar akan mendapat surat tawaran masuk belajar atau jemputan pendaftaran pengajian daripada universiti sendiri. Setelah itu, segala urusan adalah di bawah pengurusan pelajar sendiri seperti tiket kapal terbang, tempat tinggal atau asrama (biasanya disediakan untuk pelajar baru, bergantung university juga ya), VISA (bergantung pada negara) dan lain-lain urusan berkaitan pendaftaran tersebut.
2. Pendaftaran melalui agensi.
Kebanyakan pendaftaran melalui agensi adalah bagi kemasukan universiti dalam negara kelas ketiga. Sebagai contoh Mesir, Indonesia, Bangladesh dan lain-lain. Meskipun kelihatan pelajar boleh apply direct dengan universiti, namun hakikatnya perlu juga melalui agensi kerana hal birokrasi di negara berkenaan. ‘Lain padang, lain belalangnya’. Begitu juga, lain negara, lain sistem pengurusannya. Kebanyakan pelajar yang memilih untuk sambung pengajian ke negara ketiga ini adalah disebabkan kos pengajian dan sara hidup yang lebih rendah di samping kualiti yang hampir setanding di Malaysia sendiri.
Ada sebahagian agensi yang menguruskan kesemuanya dari urusan dokumen pendaftaran, dapatkan surat tawaran, rumah sewa pelajar, tiket sehinggalah ke sesi orientasi pelajar di negara tersebut. Kadangkala ada juga agensi yang menyediakan servis yang berkaitan birokrasi sehingga pelajar tamat pengajian. Ada juga agensi yang hanya mendaftarkan kemasukan pelajar sehaja. Jadinya, sebelum mendaftar dengan mana-mana agensi, sebaiknya dapatkan info lengkap samada dari agensi sendiri ataupun pelajar yang telah pun menggunakan khidmat agensi tersebut. Hal ini bagi mengelakkan pelajar dan ibu bapa rasa tertipu.
Antara bidang pengajian yang menjadi pilihan pelajar adalah perubatan, pergigian dan juga doktor haiwan atau veterinar. Oh ya, kalau ada yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian atau veterinar ini, boleh sahaja hubungi saya di 019-609 7429. Mungkin ada yang nak merisik peluang belajar luar negara atau jadikan ia sebagai back up plan sekiranya tidak dapat tawaran dalam negara.
Tidak dinafikan, ada juga sebahagian pelajar yang telah menanam azam untuk terus sambung pengajian ke luar negara tanpa perlu menunggu tawaran pengajian dalam negara. Hal ini mungkin disebabkan suasana pengajian dan pengalaman yang berbeza, saranan ibu bapa atau saudara-mara, atau inspirasi dari pelajar sendiri. Apa-apa pun ‘tepuk dada, tanya selera’.
Haa, bagaimana? Info ini adalah yang penulis terima setakat penulisan ini dikeluarkan. Sekiranya pembaca ada menerima apa-apa maklumat berkaitan yang terbaru, boleh kongsikan di ruangan komen untuk kebaikan bersama.
Terima kasih !
Add a comment