Comments
No comments yet! Why don't you be the first?
*Perkongsian ini adalah tulisan asal dari Facebook Dr Faiz Najmi. Beliau pernah bekerja di unit kecemasan satu ketika dulu tapi kini telah meninggalkan bidang ini dan menjalankan perniagaan sepenuh masa. Semoga penulisan ini dapat memberi manfaat terutama bagi mereka yang bakal bergelar doktor.
Fret not Muslim doctors/nurse/AMO (Assistant Medical Officer) – combine your prayers when you are on duty or at rest.
Dari Ibnu Abbas: “Rasulullah SAW pernah menjamak solat Zohor dengan Asar dan solat Maghrib dan Isyak di Madinah, padahal tidak dalam ketakutan atau hujan. Ada seorang yang bertanya kepada Ibnu ‘Abbas : ‘Kenapa Nabi SAW berbuat demikian?’ Dia menjawab: Tujuannya agar beliau tidak menyukarkan umatnya.” (Sahih Muslim)Hadith di atas menunjukkan tiada dosa bagi seorang doktor/ nurse/ AMO (Assistant Medical Officer) untuk menjamakkan solat. Ia adalah kemudahan yang diberikan kepada orang Islam jika ada keperluan. Jamak boleh dilakukan taqdim atau ta’khir, secara 4+4 (Zuhur dan Asar) atau 3+4 (Maghrib dan Isha). Jangan terkeliru dengan Qasar (memendekkan solat kepada 2 rakaat). Qasar hanya SPESIFIK untuk orang yang bermusafir. Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud; “Dan apabila kamu MUSAFIR di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
Most effective and usual treatment for post-call exhaustion is ADEQUATE SLEEP. This may differ for each individual but nonetheless just as important.Saya bukanlah ahli feqah, namun setelah menggunakan prinsip di atas, ini yang telah saya amalkan sepanjang saya jadi doktor. (Maaf post ini baru saya dapat tuliskan). 1.Semasa saya houseman, jika saya ada whole-day elective operation, saya akan tengok jangkaan masa pembedahan. Jika operation dijangka lebih 3 jam dan dibuat setelah jam 12 tengahari, saya akan jamakkan solat Zohor/ Asar. Kebiasaannya pembedahan yang lebih 3 jam akan ambil masa lebih panjang dari itu. 2.Jika pembedahan tersebut dibatalkan contohnya kerana jangkitan kerongkong (URTI), saya tidak akan ulangi solat, hanya teruskan kerja seperti biasa. 3.Sebagai MO Kecemasan, jika saya menjaga red zone/ resus:
Syeikhul al-Islam Ibnu Taimiyah berkata: “Mazhab yang paling banyak memberi keringanan menjamak solat adalah Mazhab Ahmad ibn Hanbal. Malah beliau membolehkan menjamak bagi seseorang yang sibuk bekerja, sebagaimana yang diriwayatkan oleh an-Nasa’i dalam sebuah hadis marfu’ yang bersumber daripada Rasulullah SAW, hingga beliau berpendapat dibolehkan menjamak bagi tukang masak, pembuat roti dan orang-orang yang takutkan hartanya menjadi rosak.”
Dalam Syarah Muslim, Imam an-Nawawi berkata: “Sebilangan ulama membolehkan jamak kepada orang yang bermukim, apabila ada satu kepentingan dengan syarat perbuatan seumpama ini tidak dijadikan sebagai kebiasaan.” Dalam al-Mughni disebutkan: “Seseorang yang sudah selesai menjamak Taqdim dua solat pada waktu pertama, kemudian ternyata uzur atau halangan tersebut tidak ada lagi setelah bersolat, sedangkan waktu solat yang kedua belum lagi tiba, maka solat jamak yang dikerjakan tadi sudah memadai dan tidak perlu lagi mengerjakan solat yang kedua jika waktunya sudah tiba.”Maafkan kekhilafan saya, jika ada. Saya mendapat garis panduan dan saya amalkan sefaham saya. Saya share ini untuk diamalkan oleh pekerja perubatan, jika ada keperluan untuk memudahkan kerja kita yg mulia dan bertanggungjawab besar terhadap nyawa manusia ini. Hanya Allah akan menilai amal ibadah anda. Jika ada kesilapan di atas, minta tolong betulkan. Jika mahu share, silakan. Rujukan: https://www.thevocket.com/cara-doktor-jaga-solat-semasa-bertugas/ https://www.facebook.com/efenem
Add a comment