BLOG

IBU BAPA DAN PENDIDIKAN TINGGI ANAK-ANAK

Ibu bapa dan pendidikan tinggi anak-anak

Ibu bapa dan pendidikan tinggi anak-anak

Hujung minggu lepas, saya dan team berada di Karnival Pendidikan yang dianjurkan oleh STAR (STAR Education Fair). Alhamdulillah ramai yang telah mendapatkan info dan rata-rata ibu bapa kini telah mula ambil tahu bidang apa yang diminati oleh anak dan sesuai, seawal tingkatan 3 atau PT3 lagi. Syabas dan tahniah buat para ibu bapa yang telah mengambil langkah awal ini. Perkara ini amat penting untuk pelajar merancang subjek atau aliran yang bakal di ambil semasa tingkatan 4 atau pun Peperiksaan IGCSE kelak. Sama ada aliran sains atau pun sastera. Amat penting bagi pelajar untuk tahu apakah laluan pendidikan yang sebenar untuk mengejar cita-cita mereka, juga syarat wajib yang melayakkan mereka mengikuti program yang diminati. Sebagai contoh, pelajar A bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Pelajar A perlu ambil Aliran Sains (Mesti ambil Subjek Biologi, Fizik, Kimia) dalam SPM atau O-Level. Seterusnya, pelajar perlu skor sekurangnya gred B sekiranya bercita untuk menyambung pengajian dalam negara. Tambahan daripada itu, pelajar juga perlu ambil tahu adakah kerjaya yang diminati tersebut ada tertakluk pada mana-mana badan ataupun tidak. Sebagai contoh, bagi Pegawai Perubatan tertakluk juga bawah Malaysian Medical Council (MMC). Bagi yang masih kurang jelas laluan kerjaya yang sesuai, sebaiknya dapatkan khidmat nasihat kaunselor di sekolah masing-masing. Ambil masa sedikit untuk koreksi personaliti serta perkara yang diminati sebelum memasuki institusi pengajian tinggi dan seterusnya alam kerjaya.

Bagi pelajar yang ingin mengetahui laluan pendidikan seorang doktor, doktor gigi, atau veterinar, boleh hubungi 014-8068027


Posted 4 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES