BLOG

KENAPA PERLU MEMILIH ZARA ZAKIAH UNTUK SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA?

Kenapa Perlu Memilih Zara Zakiah untuk Sambung Belajar di Luar Negara?

Kenapa Perlu Memilih Zara Zakiah untuk Sambung Belajar di Luar Negara?

Best betul kalau dapat melanjutkan pengajian di luar negara, kan? Berada dan sambung belajar di luar negara serta menjadi graduan di sebuah universiti yang terbilang. Malah, graduan yang datang dari luar negara ini akan di pandang tinggi oleh kebanyakan orang terutamanya majikan di luar sana.

Ramai nak sambung pengajian di luar negara, tapi disebabkan kurang pengetahuan, ramai takut untuk bertindak demikian. Pendedahan yang diberikan berkaitan pengajian di luar negara adalah sangat kurang bagi rakyat Malaysia, khususnya para pelajar. Oleh kerana itu, ramai yang tidak tahu bahawa kos untuk melanjutkan pengajian di luar negara tidaklah semahal seperti yang disangka.

1. PENGALAMAN 14 TAHUN DALAM INDUSTRI

Zara Zakiah Education berperanan sebagai ejen menguruskan pelajar untuk menyambung pengajian di luar negara. Dengan pengalaman selama 14 tahun, Zara Zakiah Education mampu memberikan khidmat dan bimbingan kepada pelajar dengan baik. Ramai yang takut-takut untuk sambung belajar di luar negara, tetapi dengan Zara Zakiah Education, tidak perlu risau lagi. Sepanjang 14 tahun ini, pelbagai kumpulan pelajar sudah berjaya melanjutkan pengajian di luar negara dengan jayanya. Rekod Zara Zakiah Education paling diingati adalah pernah menghantar tiga orang adik beradik setiap satu tahun. Bukan sekali, tetapi lebih tiga kali Zara Zakiah Education diberi kepercayaan oleh ibu bapa bagi menguruskan anak mereka untuk melanjutkan pengajian di luar negara. Hebat bukan?

2. PERJANJIAN MOU ANTARA ZARA ZAKIAH EDUCATION

Selain itu, Zara Zakiah Education juga telah membuat Perjanjian Usahasama atau dalam bahasa Inggerisnya Memorandum of Understanding (MOU) dengan universiti-universiti yang terlibat di luar negara. MOU antara pihak ejen dan universiti terutamanya di luar negara sangatlah penting bagi memastikan segala perjanjian dipersetujui bersama antara pihak ejen dan universiti. Ini bagi memastikan segala yang dijanjikan kepada para pelajar kita adalah tepat dan segala kemudahan yang dipersetujui adalah dipatuhi. Universiti-universiti di sana juga sudah mengiktiraf Zara Zakiah Education sebagai ejen yang sah dan berdaftar bagi menguruskan pelajar yang berminat untuk sambung belajar di institut tersebut. Jadi para pelajar tidak perlu risau lagi, tempat anda adalah terjamin dan selamat bersama Zara Zakiah Education untuk memenuhi hasrat pengajian di luar negara.

Perjanjian MOU antara Zara Zakiah Education dengan Institut Petanian Bogor

3. BIMBINGAN DARI A-Z

Tidak tahu cara bagaimana hendak sambung belajar di luar negara? Tanya team Zara Zakiah Education. Tak tahu kos pengajian untuk sambung belajar di luar negara? Tanya team Zara Zakiah Education. Nak tahu tentang penginapan dan segala aspek pembelajaran di sana? Tanya sahaja kami! Kami telus dalam memberikan penjelasan semasa konsultasi. Masa depan anda adalah tanggungjawab dan keutamaan kami. Jadi kami akan membimbing anda satu persatu sehingga anda jelas dengan setiap aspek dan pengajian di sana. Segala pendaftaran, pendokumentasian serta terjemahan sijil akan diuruskan oleh pihak kami, jadi anda tidak perlu risau. Kami sedia membantu.

4. PEMBAYARAN SECARA BERPERINGKAT

Bagi yang tidak berkemampuan untuk membayar secara keseluruhan, Zara Zakiah Education menyediakan pembayaran secara berperingkat. Kami faham, untuk mencari jumlah yang besar dalam sesuatu masa adalah sukar untuk dilakukan bagi sesetengah orang. Jadi dengan pembayaran secara berperingkat ini, kami mampu membantu para pelajar untuk merealisasikan impian mereka. Kos pengajian di luar negara juga adalah sangat berpatutan. Tahukah anda, dengan yuran serendah RM 1600 sahaja anda sudah mampu untuk melanjutkan pengajian di luar negara?

5. HUBUNGAN RAPAT

Servis yang ditawarkan oleh Zara Zakiah Education juga penuh dengan kasih sayang! Mana tidaknya, wakil dari Zara Zakiah Education sendiri akan mengiringi pelajar sehingga selesai sesi pendaftaran dan para pelajar juga akan disediakan tempat penginapan selama satu tahun pengajian. Tambahan pula, Zara Zakiah Education juga mempunyai wakil syarikat di setiap negara yang terlibat sebagai support system kepada para pelajar mereka di sana. Terbaik bukan?

Team Zara Zakiah Education bersama para pelajar ZZE di Mesir

6. PROGRAM PERSEDIAAN

Bukan sahaja kami membimbing anda dalam pendaftaran, pembelajaran dan penginapan, malah kami turut menyediakan program dan kem persediaan sebelum berlepas ke negara dan universiti yang ingin dituju. Kem persediaan dan kelas Bahasa diadakan untuk pendedahan budaya dan Bahasa kepada para pelajar kami. Selain itu, pelajar juga dapat berkenalan dan menjalinkan hubungan silaturrahim dengan para pelajar lain sebelum sambung belajar di luar negara. Sekurang-kurangnya pelajar sudah ada kenalan untuk ke sana nanti.

Kem Eduventure bersama Zara Zakiah Education

Jadi tiada sebab anda tidak memilih Zara Zakiah Education untuk sambung belajar di luar negara. Segalanya akan diuruskan oleh Zara Zakiah Education, anda cuma perlu menyiapkan pakaian dan bersedia untuk penerbangan!

Jom hubungi Zara Zakiah Education dengan segera untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh membuat temu janji bersama kami untuk perbincangan lebih lanjut!

Laman web: https://zarazakiah.com.my/pra-pendaftaran/

Hubungi: 03-8920 8119

WhatsApp: 011-1479 9976 / 014-806 8027


Posted 3 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES