BLOG

KENAPA PERLU MENYAMBUNG PENGAJIAN DALAM BIDANG VETERINAR?

Kenapa Perlu Menyambung Pengajian Dalam Bidang Veterinar?

Pernahkah anda mempunyai impian untuk menjadi seorang Veterinar pada suatu hari nanti dan dapat membantu haiwan-haiwan yang memerlukan? Jika anda melihat diri anda sebagai seorang yang mampu menyediakan penjagaan klinikal dan pembedahan terhadap haiwan-haiwan tersebut, anda pastinya perlu mempertimbangkan untuk mengikuti Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perubatan Veterinar. Berikut adalah sebab mengapa anda perlu menjadi seorang Veterinar:

  1. Boleh bekerja bersama haiwan dan manusia

Sebagai seorang Veterinar atau Doktor Haiwan, anda perlu memikirkan kesihatan dan kebajikan pesakit anda. Tugas menjadi seorang Veterinar adalah sama dengan Doktor Perubatan, anda bertanggungjawab untuk membantu melegakan penderitaan atau kesakitan yang haiwan tersebut alami sama ada kecederaan traumatik atau penyakit kronik. Apabila anda berjaya membantu dalam proses penyembuhan haiwan peliharaan seseorang, pastinya sebagai seorang pemilik haiwan peliharaan tersebut akan berasa seronok dan menghargai jasa anda sebagai seorang Veterinar. Anda bukan sahaja dianggap sebagai seorang Veterinar berjaya tetapi menjadi wira mereka dan memberikan impak positif dalam kehidupan mereka juga.

Tambahan pula, menjadi seorang Veterinar ini merupakan satu peluang yang sangat besar kerana kuantiti Veterinar yang tidak mencukupi di Malaysia. Ilmu pengetahuan anda sebagai seorang Veterinar amat diperlukan oleh masyarakat di Malaysia terutamanya yang mempunyai haiwan peliharaan sendiri. Anda dapat membantu mereka dalam memberi rawatan yang terbaik kepada haiwan kesayangan mereka.

  1. Tidak pernah berhenti belajar sepanjang kerjaya sebagai seorang Veterinar

Sebagai seorang Veterinar, anda perlu mengikuti perkembangan semasa teknologi terkini, teknik rawatan moden dan sebagainya. Jika anda seorang Veterinar yang berfikiran terbuka, anda pasti mempelajari semua kemahiran baharu tersebut dengan seronok dan tidak akan berputus asa dalam menimba lebih banyak ilmu pengetahuan baharu dari semasa ke semasa.

Oleh kerana Veterinar dikehendaki untuk melakukan kerja kursus tahunan bagi pensijilan, anda akan terus dibimbing melalui peperiksaan fizikal, ujian makmal dan penyelidikan.

  1. Boleh bekerja secara bebas

Anda boleh memilih untuk bekerja dalam organisasi yang besar atau membentuk perniagaan anda dengan membuka klinik haiwan sendiri. Sebaik sahaja anda menyedari kecendurangan dan minat anda, anda boleh mula bekerja secara bebas dan memahiri dalam bidang yang anda gemari. Anda juga boleh menjadi rakan kongsi klinik haiwan yang dapat membantu haiwan-haiwan yang memerlukan khidmat bantu anda!

Sebagai seorang Veterinar bebas, anda akan mempunyai jadual yang lebih fleksibel dan menentukan waktu kerja anda sendiri. Syok bukan?

  1. Menyumbang kepada kesejahteraan komuniti

Majoriti komuniti mempercayai Veterinar sepenuhnya dalam merawat haiwan peliharaan kesayangan mereka. Ini kerana mereka mengetahui bahawa pengetahuan, kemahiran dan kepakaran seorang Veterinar sahaja yang mampu merawat sebarang penyakit yang dialami oleh haiwan kesayangan mereka.

Antara kelebihan yang dapat dirasai sebagai seorang Veterinar adalah dengan melihat wajah kegembiraan pemilik yang amat menghargai khidmat anda dalam membantu haiwan kesayangan mereka. Itu adalah ganjaran terhebat bagi seorang Veterinar selepas bertungkus-lumus merawat haiwan-haiwan tersebut. Dengan ini, seorang Veterinar dapat membentuk kesejahteraan komuniti di Malaysia.

  1. Boleh memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang Perubatan Veterinar sama ada di dalam mahupun luar negara

Adakah anda sudah mempertimbangkan untuk menyambung pengajian dalam bidang Perubatan Veterinar? Antara kelebihan dalam menyambung pengajian dalam bidang ini adalah anda boleh memilih sama ada ingin belajar di dalam atau di luar negara. Antara negara yang menawarkan bidang Perubatan Veterinar ini ialah Indonesia dan Bangladesh. Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi seorang Veterinar.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai peluang belajar di luar negara di Zara Zakiah Education di media sosial di bawah atau boleh whatsapp sahaja Konsultan Pendidikan kami, En Nazrin di talian 011-14799976.

Dream Higher, Study Abroad

Untuk mengetahui info lanjut, boleh ikuti kami di:

Instagram: @zarazakiaheducation

Facebook: @zarazakiaheducation

Tiktok: @zarazakiaheducation

Posted 1 year ago

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES