BLOG

KENAPA RAKYAT MALAYSIA TAKUT UNTUK BELAJAR DI LUAR NEGARA?

Kenapa Rakyat Malaysia Takut untuk Belajar di Luar Negara?

Kenapa Rakyat Malaysia Takut untuk Belajar di Luar Negara?

Belajar di luar negara? Sudah pasti akan menelan belanja yang banyak! Kita mana mampukan?

Mungkin inilah persepsi yang rakyat Malaysia hadapi bila mana sebut tentang belajar di luar negara. Kos, sara hidup, peluang dan lain-lain lagi. Sebenarnya apa yang disangka oleh kebanyakan orang tidaklah seperti realiti. Sebenarnya realiti adalah lebih baik daripada persepsi dan bayangan minda anda itu!

1. BETUL KE BELAJAR DI LUAR NEGARA MAHAL?

Jawapannya betul, kalau anda salah pilih. Salah jika anda memilih dengan betul. Mungkin anda sedikit kebingungan di sini. Saya beri analogi mudah, dalam dunia ini banyak pilihan. Pilihan yang baik dan pilihan yang buruk. Jika anda boleh membuat pilihan yang baik dengan Zara Zakiah Education, kenapa anda perlu memilih yang lain? Anda boleh belajar di luar negara dan menjadi seorang doktor perubatan MBBS dengan yuran pengajian serendah RM 10,000! Ini bukan cubaan, ini adalah kenyataan yang anda belum tahu lagi. Menarik bukan?

2. RISAU KENA SCAM!

Saya faham, ramai yang risau akan hal ini. Ramai yang sudah menjadi mangsa pelbagai penipuan. Sebagai contoh, pelajar sudah buat bayaran pendaftaran tetapi masih belum dapat surat tawaran lebih 3 bulan, staf agensi tidak mengiringi pelajar terbang bersama, dan lain-lain hal lagi. Tetapi dengan Zara Zakiah Education, semuanya berdaftar, selamat dan teratur. Tahukah anda, Zara Zakiah Education telah memiliki pengalaman hampir 14 tahun dalam sektor ini dan telah menguruskan lebih daripada 600 pelajar di seluruh Malaysia untuk belajar di luar negara. Zara Zakiah Education juga telah mengadakan MOU dengan banyak universiti di luar negara untuk menempatkan pelajar mereka di sana. Anda boleh melawat kami sendiri di pejabat kami, semuanya kami akan paparkan kepada anda!

3. RISAU UNIVERSITI TAK BAGUS!

Tidak perlu risau, semua universiti yang berada di bawah pakej Zara Zakiah Education adalah diiktiraf oleh WHO, MQA, MMC, MDC, PBM, MVC dan lain-lain badan di Malaysia. Dan universiti yang kami hantar juga bukan calang-calang! Semuanya mempunyai nama berprestij dan kedudukan yang baik di dunia. Alhamdulillah, sudah ramai para pelajar kami yang telah berjaya menghabiskan pelajaran mereka di luar negara sudah mendapatkan pekerjaan di Malaysia. Universiti terbaik, kos terbaik dan yuran murah, nikmat mana lagi yang anda mahu dustakan? Jom belajar di luar negara!

Pelajar pergigian Malaysia di Alexandria University

Pelajar pergigian Malaysia di Alexandria University, Mesir

4. TIADA DUIT NAK BAYAR

Tidak perlu risau, Zara Zakiah Education sedia membantu anda untuk proses dokumentasi bagi tujuan Pinjaman Pendidikan dan pengeluaran KWSP dari akaun ibu bapa. Zara Zakiah Education juga menyediakan pembayaran yuran agensi secara ansuran bagi yang tidak mampu membayar secara terus. Yuran pengajian belajar di luar negara juga sangatlah berpatutan dengan yuran serendah RM 1600 bagi 1 semester untuk Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di IPTA luar negara. Universiti yang ada di Malaysia lagi mahal tau!

5. RISAU KEADAAN DI LUAR NEGARA

Ini salah satu dilemma yang menghantui para pelajar untuk belajar di luar negara. Dengan Zara Zakiah Education, anda tidak perlu risau lagi. Kenapa saya katakan begitu? Hal ini kerana Zara Zakiah Education akan menempatkan wakil mereka di setiap negara sebagai support system kepada pelajar. Jadi sebarang masalah para pelajar boleh terus menghubungi wakil syarikat untuk mengajukan soalan atau meminta bantuan. Tidak cukup dengan itu sahaja, wakil Zara Zakiah Education juga akan menemani para pelajar sehingga selesai sesi pendaftaran di universiti. Sebagai persedian, Zara Zakiah Education akan menyiapkan para pelajar dengan kem persediaan belajar di luar negara selama seminggu meliputi pre med kelas dan asas Bahasa Arab atau Benggali sebagai proses membiasakan diri dengan suasana baru di sana nanti.

Bersama wakil syarikat Zara Zakiah di Mesir

Bersama wakil syarikat Zara Zakiah di Mesir

Jadi, bagaimana? Adakah fikiran anda sudah berubah? Segala negatif yang bermain di fikiran anda semua adalah tidak benar sama sekali. Belajar di luar negara adalah mudah dan kos sangat berpatutan dengan Zara Zakiah Education. Keutamaan kami adalah masa depan anda yang gemilang.

Jom hubungi Zara Zakiah dengan segera untuk pertanyaan lanjut!

Website: https://zarazakiah.com.my/pra-pendaftaran/

Call: 03-8920 8119

WhatsApp: 011-1479 9976 / 014-806 8027              

Atau anda boleh membuat appointment bersama kami untuk perbincangan lebih lanjut!


Posted 3 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES