BLOG

MBBCH/MBBS ATAU PERUBATAN DI MESIR

MbbCh/MBBS atau Perubatan di Mesir

MbbCh/MBBS atau Perubatan di Mesir

 

Sejak akhir-akhir ini, sambung perubatan atau MBBS di Mesir seolah-olah memberikan suatu nafas peluang kedua bagi para pelajar yang tidak mendapat tempat di university dalam negara. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang pemilihan ini. Antaranya termasuklah:

1. Yuran Pengajian Perubatan Berpatutan

Yuran bagi pengajian perubatan mahupun pergigian bagi setiap semester adalah sebanyak USD 4000. Secara kasarnya boleh dianggarkan keseluruhan kos pengajian sepanjang 5 tahun adalah lebih kurang RM 160,000. Anggaran ini, sekiranya kita menggunakan kadar tukaran USD 1 : RM 4. Seandainya kadar tukaran berbeza dan ada peningkatan kita boleh letakkan anggaran yuran Perubatan atau Pergigian ini maksimum dalam RM200,000 bagi sepanjang pengajian

2. Diiktiraf

Perkara ini amat penting bagi para pelajar yang berhasrat untuk sambung perubatan atau pergigian di luar negara. Pengajian perubatan di Mesir ini diiktiraf MQA (Malaysian Qualification Agency). Hampir kesemua university di Mesir telah diiktiraf oleh MQA. Boleh check pengiktirafan di link ini. Pengiktirafan MQA ini penting sekiranya pelajar berhasrat untuk houseman ataupun bekerja di Malaysia.

Seterusnya, pengiktirafan kedua terpenting adalah pengiktirafan dari MMC (Malaysian Medical Council) bagi pengajian perubatan atau pengiktirafan dari MDC (Malaysian Dental Council) bagi pengajian pergigian. Pengiktirafan dari kedua badan ini juga penting ketika permohonan houseman kelak. Boleh check di link ini; MMC, MDC.

3. Kos sara hidup

Perkara ini juga menjadi titik penting pemilihan Mesir untuk sambung pengajian menjadi seorang doctor ini. Sejak akhir-akhir ini, kos sara hidup bulanan bagi seorang pelajar adalah dalam lingkungan RM 500 hingga ke RM 700. Ini termasuk sewa rumah, top up, makan minum, dan transport.

4. Universiti perubatan yang ada ranking

Universiti yang diiktiraf ini kebanyakannya adalah university awam yang mempunyai ranking tersendiri sama ada dalam negara Mesir mahupun di benua Arab. Sebagai contoh Universiti Alexandria telah menduduki tempat ke 700 sebagai Universiti terbaik dunia dan kedua terbesar di Mesir. Universiti ini juga mempunyai hospital university sendiri bagi memudahkan para pelajar perubatan menjalani tahun klinikal. Begitu juga dengan Universiti Mansurah/Mansoura.

Universiti Mansoura

5. Pengalaman Unik

Belajar di luar negara sedikit sebanyak memberikan pengalaman berharga kepada penuntutnya. Sama ada penagalaman manis mahupun pahit, ia tetap menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sehingga akhir hayat. Tidak dapat dinafikan, kebanyakan pelajar lepasan luar negara kebiasaannya adalah seorang yang berdikari, berdisiplin dan berdedikasi.

Makanan juga salah satu budaya masyarakat setenpat yang boleh dipelajari

Bagi pelajar perubatan mahupun pergigian di Mesir, hal ini menjadi nilai tambah buat mereka. Proses mengenali dan adaptasi dengan budaya tempatan inilah membentuk jati diri serta corak pemikiran pelajar.

6. Rakyat Malaysia yang ramai

Sehingga kini terdapat lebih kurang 11,000 orang Malaysia yang ada di Mesir. Tidak kira sama ada menetap meneruskan kehidupan di sana ataupun sebagai pelajar. Perkara ini setidaknya mengurangkan kebimbangan para ibu bapa yang berhajat untuk menghantar anak mereka sambung pengajian di sana.

Kebiasaannya ibu bapa akan risau, adakah anak akan ada kawan di sana, atau ada tak senior yang boleh bantu buat permulaan kehidupan di luar negara, terutama sekiranya anak tersebut adalah anak perempuan. Setidaknya, dengan rakyat Malaysia seramai ini tidak menjadi masalah buat pelajar di sana.

Pelajar Perubatan Malaysia di Mesir

Kesimpulannya, sambung pengajian perubatan di Mesir masih relevan dan menjadi alternatif yang baik buat para penuntut ilmu ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau persoalan berkenaan pengajian perubatan ini, boleh sahaja kongsikan di ruangan komen.

Buat masa ini, syarat kemasukan adalah menggunakan keputusan SPM minima gred B bagi subjek aliran Sains (Fizik, Kimia, Biologi serta Matematik Tambahan) serta lepasan Matrikulasi/Asasi/ setaraf bagi pengajian perubatan (MBBS).

Manakala bagi pengajian pergigian, syarat kemasukan hanyalah menggunakan keputusan SPM minima gred B bagi subjek aliran Sains (Fizik, Kimia, Biologi serta Matematik Tambahan). Beruntung bagi para pelajar yang tahu perkara ini awal-awal, sebab mereka dapat jimatkan tempoh pengajian perubatan pergigian mereka. Jimat setahun, tau.

Sesiapa yang berminat untuk dapatkan info lanjut, boleh sahaja hubungi saya di 019-609 7429 atau WhatsApp .


Posted 4 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES