BLOG

NAK SAMBUNG BIDANG DENTISTRY? BACA INFO NI

Nak Sambung Bidang Dentistry? Baca Info Ni

Nak Sambung Bidang Dentistry? Baca Info Ni

 

Adakah anda sedang mempertimbangkan karier dalam dentistry?

Pilihan yang menarik! 

 

Pengajian dentistry adalah laluan kerjaya yang menguntungkan, tetapi masih ada dikalangan pelajar yang masih tidak tahu perjalanan pengajian untuk bidang ini.

 

Sebelum anda menyambung pelajaran dalam bidang dentistry, panduan lengkap ini akan menerangkan ke semua info yang perlu diketahui mengenai dentistry

 

Pengetahuan Asas Mengenai Bidang Dentistry

 

Dentistry merujuk kepada perlakuan mendiagnos, merawat dan mencegah penyakit yang berlaku di dalam mulut.

 

Tugas kerja dalam bidang dentistry adalah membantu memulihkan dan memelihara kesihatan oral seseorang individu.

 

Kesihatan oral bukan sahaja merangkumi mencegah kaviti dan menjaga kesihatan gusi, tetapi banyak lagi!

 

Dari kesihatan oral, ia memberi petunjuk dan kesannya terhadap kesihatan keseluruhan.

 

Bidang-Bidang dalam Dentistry

 

Dalam bidang dentistry atau pergigian, anda boleh menjadi Pengamal Am (GP) atau Pakar Pergigian.

 

Pengamal Am selalunya merupakan doktor gigi am yang menyediakan rawatan memelihara kesihatan dan kebersihan oral.

 

Manakala, Pakar Pergigian, mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang pergigian.

 

Bidang pengkhususan pergigian utama di Malaysia adalah seperti:

  • Pembedahan Oral
  • Ortodontik
  • Pergigian Pediatrik
  • Periodontologi
  • Patologi dan Perubatan Oral
  • Kesihatan Pergigian Awam
  • Pemulihan Gigi

 

Syarat Kemasukan Sambung Belajar Dentistry

 

Seperti yang ditetapkan oleh Majlis Pergigian Malaysia, dibawah adalah senarai kelayakan akademik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dalam bidang Pergigian.

 

  1. A-Level

BBB, ABC dan AAC dalam Biologi, Kimia dan Fizik  atau Matematik.

 

  1. STPM

BBB, ABC atau AAC dalam subjek Biologi, Kimia, dan Fizik atau Matematik.

 

  1. Asasi atau Matrikulasi Sains

Minima PNGK 3.00 dalam subjek Biologi, Kimia dan Fizik atau Matematik; dan 5B dalam SPM termasuk Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik atau Matematik Tambahan.

 

  1.  UEC

B4 dalam 5 mata pelajaran termasuk Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Lanjutan.

 

  1.  Diploma

PNGK minima 3.00; dan 2B dalam SPM sama ada dalam Biologi, Kimia atau Fizik.

 

Kemahiran Diperlukan Dalam Bidang Dentistry

 

  1. Komited

Kebanyakan program dentistry sangat memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi.

 

Dentistry memerlukan anda mempelajari material pelajaran yang banyak.

 

Tambahan pula, sebahagian besar waktu anda berada di makmal dan melalui pelbagai peperiksaan praktikal yang meletihkan.

 

Selain belajar mengenai pergigian, anda juga akan mempelajari subjek perubatan juga.

 

 

  1. Koordinasi Tangan dan Mata yang Baik

Dalam bidang dentistry, anda perlu mempunyai koordinasi tangan dan mata yang baik.

 

Prosedur pergigian memerlukan keupayaan untuk bekerja dengan ketepatan pada skala yang sangat kecil.

 

Kerjaya dentist seolah-olah melukis kotak-kotak kecil kurang 1cm sambil melihat cermin – bermakna ia bukanlah pekerjaan yang mudah!

 

  1. Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Sebagai doktor gigi, anda perlu memberikan mendiagnosis dan rawatan kepada keadaan oral pesakit.

 

Untuk kes kompleks seperti pesakit yang juga mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan lain-lain, analisis yang teliti perlu dilakukan.

 

Ini kerana, tersilap langkah dalam rawatan boleh membawa padah pada kesihatan pesakit secara keseluruhan.

 

Mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah amat kritikan dalam kerja sebagai doktor gigi.

 

  1.  Empati Terhadap Pesakit

Empati memainkan peranan dalam cara anda memberi rawatan oral kepada pesakit anda setiap hari.

 

Dengan berbagai masalah gigi, keadaan pesakit dan ragam mereka – empati adalah watak utama dalam memberikan rawatan gigi yang terbaik.

 

Empati dalam diri menjadikan anda untuk sentiasa memberi rawatan yang menyembuhkan atau melegakan masalah gigi pesakit anda.

 

Universiti Terbaik Dunia Untuk Bidang Dentistry

 

Dalam membuat pemilihan universiti untuk Ijazah Sarjana dalam bidang Dentistry, pastikan ijazah anda diiktiraf Majlis Pergigian Malaysia.

 

Ini membolehkan anda mengamalkan ilmu pergigian di Malaysia.

 

Di bawah ini adalah senarai universiti yang diiktiraf oleh Majlis Pergigian Malaysia:

 

  1. Alexandria University (Mesir)
  2. Universitas Sumatera Utara (Indonesia)
  3. Dhaka Dental College (India)

 

Ke semua universiti dalam senarai ini memerlukan pelajar menyambung pelajaran selama 5 tahun dalam bidang pergigian.

 

Jika anda mempunyai ciri-ciri dikehendaki sebagai doktor gigi dan sanggup melalui tempoh pengajian selama 5 tahun, andalah orangnya!

 

Lebih elok jika anda menyambung pengajian anda bersama agensi konsultan pendidikan seperti Zara Zakiah Education Sdn Bhd.

 

Mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam membantu kemasukan dan proses penempatan pelajar di luar negara, anda tidak perlu risau dengan proses yang rumit.

 

Serahkan sahaja kepada Zara Zakiah!

 

Sambung Belajar dalam Bidang Dentistry Dengan Zara Zakiah


Posted 5 months ago

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES