BLOG

PELUANG SAMBUNG PERUBATAN DAN PERGIGIAN MESKI POINTER ASASI 3.00

Peluang Sambung Perubatan dan Pergigian Meski Pointer Asasi 3.00

Peluang Sambung Perubatan dan Pergigian Meski Pointer Asasi 3.00

Pelajar lepasan matrik atau asasi yang bercita-cita untuk menjadi seorang DOKTOR PERUBATAN dan DOKTOR GIGI pasti akan cuba skor sebaik mungkin CGPA di peringkat matrik atau asasi. Antara syarat minima untuk sambung Ijazah Sarjana Muda Perubatan, pelajar mestilah mempunyai keputusan yang baik di peringkat SPM dan matrik/asasi serta pelajar mestilah mendapat sekurang kurangnya ‘Band 3’ untuk MUET. Pelajar yang memenuhi syarat minima untuk sambung Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pergigian akan berjaya melepasi untuk mengisi permohonan dalam sistem UPU. Selepas itu penapisan dibuat dan pelajar yang layak akan mendapat panggilan temuduga oleh universiti yang dipohon. Maka mereka yang cemerlang di antara yang cemerlang akan terpilih untuk masuk FAKULTI PERUBATAN dan FAKULTI PERGIGIAN di IPTA Malaysia. matrikulasi, asasiBagi pelajar yang mendapat CGPA 3.5 ke bawah, peluang untuk mereka mendapat panggilan ‘interview’ agak sedikit tipis kerana mereka perlu bersaing dengan pelajar yang mendapat CGPA yang lebih baik. Namun begitu, itu bukan bermaksud peluang untuk mereka melanjutkan pengajian dalam bidang PERUBATAN dan PERGIGIAN terkubur begitu sahaja. Peluang kedua masih ada sama ada memohon untuk sambung PERUBATAN dan PERGIGIAN di IPTS atau di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di luar negara. Ada beberapa IPTA Luar Negara yang menawarkan program PERUBATAN dan PERGIGIAN untuk lepasan MATRIK dan ASASI seperti di Mesir, Rusia, Indonesia dan Bangladesh yang diiktiraf oleh MQA dan MMC untuk program perubatan dan MDC untuk program pergigian. Pengiktiran MQA sangat penting bagi mereka yang berhajat untuk bekerja di sektor kerajaan nanti, dan pengiktirafan MMC dan MDC juga penting untuk mengelakkan sebarang isu untuk mereka menjadi PEGAWAI PERUBATAN dan PEGAWAI PERGIGIAN kelak. Kuota di IPTA Luar Negara sangat terhad untuk pelajar Malaysia, maka jika pelajar betul-betul berminat dan serius untuk sambung PERUBATAN dan PERGIGIAN, maka inilah masanya. Jangan biarkan peluang kedua ini disia siakan lagi. Antara sebab pelajar memilih untuk belajar di luar negara seperti di Bangladesh iaitu sistem pengajian di sana menggunakan MAYAT bermula tahun pertama pengajian sebagai pelajar PERUBATAN dan PERGIGIAN di samping yuran pengajian yang agak murah iaitu hanya ±RM 10,000 setiap semester. Pelajar perubatan akan menggunakan mayat bermula pada tahun pertama pengajian. Seorang mayat, pelajar akan berkongsi dua orang sahaja. Sistem sebegini sangat bagus untuk pelajar perubatan supaya terbiasa dengan kondisi sebenar manusia sekali gus dapat menajamkan ‘skill’ sebagai pelajar perubatan dan pergigian. Kenapa perlu membayar yuran yang tinggi sehingga RM 50,000 setahun, sedangkan permulaan gaji sebagai PEGAWAI PERUBATAN dan PEGAWAI PERGIGIAN adalah sama walaupun mereka belajar dengan yuran yang tinggi. medic india bangaloreKos sara hidup yang murah anggaran RM300 hingga RM500 sebulan termasuk bayaran hostel atau rumah sewa juga menjadi faktor utama program perubatan dan pergigian di IPTA Luar Negara tersebut menjadi pilihan ibu bapa untuk anak-anak mereka. Penjimatan ini sekali gus dapat mengurangkan kos untuk ibu bapa menampung perbelanjaan anak-anak mereka. Kenapa perlu mengeluarkan kos yang tinggi, jika kita boleh berjimat? Kerana penjimatan inilah, ada ibu bapa yang menghantar sehingga dua orang anak untuk sambung PERUBATAN dan PERGIGIAN di IPTA Luar Negara. Ingin tahu lebih lanjut peluang ini, boleh hubungi atau WhatsApp saya di talian 013-3098058 Pn. Syuhada. Oh ya, jangan risau, setiap tahun ramai pelajar dari SBP, MRSM, Asasi Sains UiTM Dengkil, Asasi Pintar UKM, PASUM, Asasi UNIMAS, dan matrik seluruh Malaysia yang merebut peluang ini. Adakalanya ada juga pelajar lepasan DIPLOMA dalam bidang Sains Kesihatan yang mengambil peluang ini. Peluang yang jarang diketahui, tapi telah berjaya di ‘grab’ oleh mereka yang betul-betul mencari peluang keemasan ini. Ambil peluang ini sekarang sebelum anda terlepas lagi. Tahniah kepada bakal DOKTOR yang telah berjaya mengambil peluang ini. Lihat link di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

   


Posted 5 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES