BLOG

PELUANG SAMBUNG PROGRAM PERUBATAN, PERGIGIAN, FARMASI DAN VETERINAR LEPASAN MATRIK DAN ASASI

Peluang Sambung Program Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Veterinar Lepasan Matrik dan Asasi

Peluang Sambung Program Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Veterinar Lepasan Matrik dan Asasi

Tahniah adik-adik pelajar yang telah berjaya menamatkan program Asasi dan Matrik. InsyaAllah selepas ini akan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda pula. Asasi dan Matrik adalah ‘fast track’ untuk sambung Ijazah Sarjana Muda @ Degree. Maka masing-masing sudah pasti sedang ‘survey’ dan ‘aim’ program yang diminati di peringkat Degree nanti. Ada yang berminat untuk sambung bidang PERUBATAN, PERGIGIAN, FARMASI, VETERINAR, Sains Kesihatan, Kejuruteraan, dan macam-macam lagi. Bagi pelajar yang berminat program PERUBATAN, PERGIGIAN, FARMASI dan VETERINAR akan ada beberapa ‘step’ lagi yang akan pelajar lalui iaitu mengisi permohonan dalam sistem UPU. Pelajar yang layak dan terpilih akan dipanggil untuk sesi ‘interview’. Kuota di IPTA Malaysia sangatlah terhad untuk program tersebut, maka hanya yang terbaik dari yang terbaik akan terpilih. Berdasarkan tahun-tahun sebelum ini, kebiasaannya pelajar yang mendapat panggilan ‘interview’ untuk program perubatan lebih kurang 400-800 orang untuk setiap IPTA Malaysia yang menawarkan program berkenaan dan dari jumlah tersebut hanya 100-150 orang sahaja yang terpilih untuk masuk fakulti PERUBATAN di universiti tersebut. Begitu juga untuk bidang PERGIGIAN, FARMASI dan VETERINAR, para pelajar akan melalui proses ‘interview'. Oleh yang demikian, bagi yang TIDAK terpilih, tetapi masih meminati program PERUBATAN, PERGIGIAN, FARMASI dan VETERINAR akan meneruskan cita-cita untuk menjadi DOKTOR PERUBATAN, DOKTOR PERGIGIAN, PEGAWAI FARMASI dan DOKTOR HAIWAN dengan menyambung pengajian di IPTS dalam Malaysia atau Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di luar negara. Tak mahal ke belajar di luar negara ? Untuk pengetahuan semua, yuran untuk IPTA Luar Negara seperti Indonesia, Mesir, Rusia dan Bangladesh masih lagi rendah iaitu anggaran hanya ±RM10,000 ke ±RM16,000 setiap semester untuk program PERUBATAN dan PERGIGIAN. Bagi program VETERINAR pula hanya ±RM56,000 untuk LIMA TAHUN pengajian. Murah bukan? Mungkin ini juga merupakan salah satu faktor utama kenapa IPTA Luar Negara menjadi pilihan ibu bapa dan pelajar untuk sambung perubatan. Ada yang bertanya, adakah program PERUBATAN di IPTA Luar Negara ini diiktiraf oleh Malaysia Qualifications Agency (MQA) dan Malaysian Medical Council (MMC)? Semestinya ya, kerana pengiktirafan dari MQA dan MMC sangat penting bagi membolehkan pelajar meneruskan ‘housemanship’ iaitu Doktor Pelatih dan seterusnya menjadi Pegawai Perubatan di Malaysia nanti. Bagi program PERGIGIAN pula, perlu ada pengiktirafan dari Malaysian Dental Council (MDC), sementara program VETERINAR perlu ada pengiktirafan dari Malaysian Veterinary Council (MVC). Ingin tahu lebih lanjut mengenai peluang ini, boleh hubungi/whatsApp saya di talian 013-3098058 Pn. Syuhada. Oh ya, jangan risau, setiap tahun ramai pelajar dari SBP dan MRSM yang merebut peluang ini. Ada dalam kalangan mereka, ibu ayah yang berkerja sebagai pegawai perubatan, jururawat, pembantu perubatan, guru sekolah, pensyarah universiti dan macam-macam lagi yang menghantar anak-anak mereka sambung pengajian ke luar negara demi merealisasikan cita-cita permata hati mereka. Peluang yang jarang diketahui, tapi telah berjaya di ‘grab’ oleh mereka yang benar-benar mencari peluang keemasan ini. Rebut kesempatan ini sekarang, sebelum anda terlepas lagi. Tahniah kepada bakal DOKTOR (PERUBATAN/ PERGIGIAN/ VETERINAR) yang telah mendaftar dan berjaya mengambil peluang ini. Lihat link di bawah untuk maklumat lebih lanjut. Pendaftaran Online      : http://bit.ly/IjazahSarjanaMuda IG                                 : https://www.instagram.com/belajarluarnegara_0133098058/  FB                                : https://www.facebook.com/MesirBangladeshRusiaIndonesia/


Posted 5 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES