BLOG

PERBEZAAN PROGRAM PERUBATAN DI MESIR, INDONESIA DAN RUSIA

Perbezaan Program Perubatan di Mesir, Indonesia dan Rusia

Perbezaan Program Perubatan di Mesir, Indonesia dan Rusia

Dalam landskap pendidikan global masa kini, semakin ramai pelajar Malaysia memilih untukmelanjutkan pengajian dalam program perubatan di luar negara. Pemilihan destinasi pengajianbukan hanya berasaskan kos semata-mata tetapi turut mengambil kira kualiti akademik, pengiktirafan kelayakan, persekitaran budaya dan kebolehpasaran graduan. Antara negara yang sering menjadi pilihan ialah Mesir, Indonesia dan Rusia. Zara Zakiah Education Sdn Bhdmerupakan konsultan yang boleh  membantu pelajar dan ibu bapa membuat keputusan yang lebih berinformasi dan terarah.

 

Program perubatan umumnya merangkumi dua fasa utama iaitu pengajian pra-klinikal merujukkepada pembelajaran teori dan asas sains perubatan. Seterusnya,  fasa klinikal merangkumilatihan amali dan hospital. Tempoh keseluruhan lazimnya antara lima hingga enam tahun danbergantung kepada struktur kurikulum sesebuah negara atau universiti. Faktor seperti bahasapengantar, sistem penilaian dan kaedah pengajaran turut menjadi aspek penting dalam proses pemilihan.

 

Program Perubatan di Mesir

Mesir telah lama menjadi destinasi utama pelajar Malaysia untuk program perubatan. Antara universiti terkenal termasuk Universiti Mansoura dan Universiti Alexandria.

Ciri-ciri utama:

● Tempoh pengajian: 5 tahun

● Medium Pengajaran: Bahasa Inggeris.

● Kos pengajian: Sekitar USD 9,000 - 10,000 (setahun).

● Kos sara hidup: Lebih rendah

● Pengiktirafan: Banyak universiti diiktiraf oleh Malaysian Medical Council (MMC) danMalaysian Qualifications Agency (MQA).

Kelebihan belajar perubatan di Mesir:

● Suasana Islamik yang mesra pelajar Malaysia.

● Komuniti pelajar Malaysia yang besar dan sistem sokongan yang baik.

● Pendedahan klinikal yang meluas

● Pengiktirafan global oleh WHO,NMC,ECFMG

Program Perubatan di Indonesia

Indonesia menjadi pilihan pelajar kerana faktor budaya dan bahasa yang lebih dekat denganMalaysia. Universiti terkemuka seperti Universitas Indonesia, Universitas Gadjah Mada danUniversitas Airlangga menawarkan program perubatan berkualiti tinggi.

Ciri-ciri utama:

● Tempoh pengajian: 5 tahun

● Bahasa pengantar: Bahasa Indonesia dengan elemen Bahasa Inggeris dalam sesetengahkursus.

● Kos pengajian: Sangat berpatutan

● Kos sara hidup: Rendah dan berpatutan.

● Pengiktirafan: Beberapa universiti terkemuka diiktiraf oleh MQA/MMC.

Kelebihan belajar perubatan di Indonesia:

● Bahasa dan budaya serumpun, memudahkan proses adaptasi.

● Lokasi berdekatan dengan Malaysia.

● Peluang klinikal & hospital terbaik

● Pengembaraan dan pelancongan

● Mesra pelajar antarabangsa

Program Perubatan di Rusia

Rusia menawarkan program perubatan yang berkualiti dan berorientasikan penyelidikan. Antara universiti popular ialah Russian State Medical University dan Kursk State Medical University.

Ciri-ciri utama:

● Tempoh pengajian: 6 tahun.

● Bahasa pengantar: Tahun pertama biasanya dalam Bahasa Rusia dan teradapat sesetengahuniversiti menawarkan dalam Bahasa Inggeris.

● Kos pengajian: Sekitar USD 4,000 - 8,000 setahun.

● Kos sara hidup: Bergantung kepada kawasan penempatan.

Kelebihan:

● Kurikulum moden dengan penekanan pada praktikal dan teknologi.

● Peluang menjelajah budaya dan pengalaman Eropah Timur.

● Persekitaran pelajar yang selesa dan selamat

● Pengiktirafan akademik dan peluang penyelidikan

Setiap pelajar mempunyai keutamaan tersendiri. Maka, pertimbangan berikut wajar dinilai secaramenyeluruh:

● Gaya pembelajaran: Ada pelajar cenderung kepada pendekatan teori manakala yang lain lebih selesa dengan pembelajaran berasaskan amali.

● Faktor budaya dan bahasa: Sesetengah pelajar lebih mudah menyesuaikan diri dalampersekitaran serumpun seperti Indonesia.

● Kemampuan kewangan: Kos pengajian dan sara hidup perlu sejajar dengan peruntukankeluarga.

● Pengiktirafan profesional: Pastikan institusi pilihan diiktiraf oleh MMC/MQA untukkemudahan pendaftaran selepas tamat pengajian.

● Ketersediaan sokongan komuniti: Jumlah bilangan pelajar Malaysia di Rusia bolehmembantu dari segi sokongan sosial dan moral.

Kesimpulan

Pemilihan destinasi untuk program perubatan haruslah berasaskan pertimbangan rasional dananalisis menyeluruh. Beza perubatan Indonesia, Mesir dan Rusia memberi gambaran jelasbahawa setiap negara mempunyai kelebihan dan cabaran tersendiri.

Saranan kami di Zara Zakiah Education Sdn Bhd

1. Semak pengiktirafan rasmi: Rujuk senarai MMC dan MQA bagi mengelakkan kesulitan di masa depan.

2. Runding dengan pakar: Konsultan pendidikan yang berdaftar boleh memberikan panduanberdasarkan keperluan individu.

3. Libatkan ibu bapa dalam proses pemilihan: Keputusan pendidikan tinggi memerlukansokongan dan pertimbangan keluarga.

Masih keliru dan perlukan bantuan profesional?

Hubungi penasihat pendidikan yang sah seperti Zara Zakiah Education Sdn Bhd yang berpengalaman untuk bimbingan menyeluruh daripada permohonan, visa hingga ke persediaansebelum berangkat. Jangan lupa juga untuk melayari zarazakiah.com.my dan di semua platform media sosial Zara Zakiah Education Sdn Bhd.Jangan lepaskan peluang terbaik ini

Peluang belajar di luar negara sedang menanti anda! Hubungi sekarang di WhatsApp (En.WanSyah 018-9039681) untuk maklumat penuh.


Posted 1 hour ago

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES