BLOG

2 VETERINARY CLINIC TERSOHOR DAN TERBAIK DI INDONESIA

2 Veterinary Clinic Tersohor dan Terbaik Di Indonesia

2 Veterinary Clinic Tersohor dan Terbaik Di Indonesia

Jika anda membela haiwan peliharaan, anda perlu tahu bahawa ia memerlukan penjagaan yang rapi. Salah satu cara penjagaan haiwan adalah dengan membawanya ke veterinary clinic.

Ini bertujuan untuk memastikan tahap kesihatan haiwan peliharaan sentiasa dalam keadaan yang baik.

Lebih-lebih lagi apabila ia mengalami kecederaan atau menghidap penyakit yang serius.

Oleh itu, bagi mereka yang berminat untuk menjaga haiwan serta menjadi seorang doktor haiwan, anda perlu tahu beberapa perkara penting.

Antaranya ialah keperluan minimum menjadi seorang doktor, tanggung jawab dan senarai institusi veterinary clinic.

Teruskan membaca untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai veterinary clinic.

Veterinary Clinic: Info Ringkas

veterinary clinic

Sebagai seorang penjaga haiwan, anda perlu tahu kerja-kerja yang terlibat dalam veterinary clinic.

Buat pengetahuan anda, kerja-kerja bagi veterinary clinic adalah terhad.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di fasiliti ini adalah:

  • Pencegahan jika haiwan peliharaan anda mengalami luka yang serius
  • Menjalani diagnosis penyakit dan surgeri terpilih (bagi kecederaan yang kurang serius).
  • Memberi ubat cacing, pelali/imunisasi, dan ubat kutu kepada haiwan peliharaan anda.
  • Mencuci luka-luka yang kecil.
  • Kembiri
  • Pengurusan asas haiwan ternakan seperti lembu, kambing, kerbau, bebiri, dan unggas.

Berbeza dengan hospital veterinar yang menawarkan perkhidmatan yang lebih meluas.

Secara dasarnya, kesemua perkhidmatan yang ada pada veterinary clinic turut dijalankan di hospital veterinar.

Cuma, jika anda bercadang untuk memotong kuku dan bulu serta membuat perapian terhadap haiwan peliharaan, anda boleh buat janji temu di hospital veterinar.

Tanggung Jawab Veterinar

veterinary clinic

Pada bahagian ini kami akan kongsikan mengenai tanggung jawab seorang veterinar.

Hal ini adalah amat penting bagi kedua-dua pihak iaitu pelanggan dan mereka yang berminat untuk menceburi bidang veterinar.

Sebagai seorang pelanggan, anda mempunyai hak untuk tahu tanggung jawab seorang doktor haiwan.

Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang isu penyalahgunaan kuasa.

Manakala, bagi mereka yang berminat untuk menjadi seorang doktor haiwan, anda perlu tahu tanggung jawab bagi jawatan ini.

Tambahan lagi, tanggung jawab veterinar terbahagi kepada dua iaitu pembantu veterinar dan penolong/ pegawai veterinar.

Pembantu veterinar

  • Menjalankan kerja-kerja pengurusan haiwan seperti memeriksa kesihatan dan kesuburan haiwan.
  • Membuat pemeriksaan terhadap haiwan di pusat kuarantin.
  • Menyediakan khidmat nasihat berkaitan ternakan.
  • Membuat pengumpulan data haiwan dan melaporkan kepada pihak bertugas.

Penolong/ Pegawai veterinar

  • Mengemaskini data dalam sistem komputer.
  • Menjalankan pemantauan dalam industri ternakan.
  • Membuat pengawasan kawalan penyakit dan merawat haiwan ternakan.
  • Menjalani penyelidikan haiwan.
  • Melakukan aktiviti pelalian penyakit haiwan.

Tawaran Institusi Veterinary Clinic

Pada bahagian ini, kami akan menyenaraikan institusi pengajian yang menawarkan bidang veterinary.

Namun begitu, skop kami lebih tertumpu di Indonesia.

Hal ini disebabkan bidang ini masih belum meluas lagi di Malaysia.

Hanya ada 2 institusi sahaja yang menawarkan kos veterinary iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Mari kita lihat senarai institusi pengajian yang menawarkan kos ini di Indonesia:

  1.  Institusi Pertanian Bogor

Pilihan pertama ialah Institusi Pertanian Bogor atau lebih dikenali sebagai IPB.

Di IPB, ia menawarkan Program Ijazah Muda dalam bidang Sains Veterinar yang dikendalikan oleh ahli profesional.

Di institusi terkenal ini, anda akan mendalami seperti:

  • Anatomi haiwan.
  • Fisiologi haiwan.
  • Farmakologi dan patologi haiwan.

Selain itu, anda juga akan menjalani praktikal di fasiliti IPB contohnya klinik haiwan peliharaan, klinik haiwan produksi, dan klinik haiwan percubaan.

  1.  Universitas Airlangga

Pilihan kedua ialah Universitas Airlangga atau turut dikenali sebagai UA/ UNAIR.

Institusi ini terletak di Surabaya, Jawa Timur dan menawarkan 16 fakulti seperti Perubatan, Veterinar Perubatan, Kejururawatan, dan Pergigian.

Institusi ini juga amat popular di Indonesia dan seluruh negara sehingga dikenali sebagai Big 5 Universities In Indonesia.

Jika anda berminat untuk melanjutkan bidang veterinary, anda boleh membuat pilihan antara kedua-dua institusi ini.

Kedua-duanya amat bagus, cuma ia menawarkan cabang pembelajaran yang berbeza antara satu sama lain.

Secara dasarnya, anda akan melengkapkan pengajian ini dalam anggaran 4 tahun.

Selain itu, pembelajaran akan dikendalikan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Indonesia dan English.

Bagi anda yang sedang mencari jalan untuk memohon bidang veterinary di Indonesia, anda boleh buat permohonan menerusi Zara Zakiah Education Sdn. Bhd.

Ataupun, anda boleh sahaja mengisi borang di sini.

Anda tidak perlu risau atau ragu-ragu dengan perkhidmatan kami di Zara Zakiah Education Sdn. Bhd.

Ini 10 sebab mengapa Zara Zakiah Education Sdn. Bhd. sentiasa menjadi pilihan utama orang ramai:

  1. Memiliki pengalaman dalam pengurusan akademik selama 15 tahun.
  2. Menyediakan bantuan kewangan (KWSP) kepada para pelajar.
  3. Mengendalikan sistem pengurusan akademik pelajar yang sistematik.
  4. Menguruskan hal penghantaran pelajar ke luar negara sehingga urusan tersebut selesai dengan baik.
  5. Menyediakan konsultasi percuma di Bandar Puteri, Bangi.
  6. Mengadakan kelas persediaan kepada para pelajar sebelum menghantar mereka ke luar negara.
  7. Menguruskan hal tempat tinggal bagi para pelajar tahun pertama.
  8. Menyediakan kelengkapan dan perabot yang baharu bagi memastikan keselesaan para pelajar.
  9. Mempunyai staf yang dilantik di institusi luar negara bagi memastikan urusan pelajar dijaga dengan baik.
  10. Menyediakan perkhidmatan yang rapi dan terjaga secara menyeluruh. 

Jadi, tunggu apa lagi?
Ayuh daftar bidang veterinary clinic di Indonesia bersama Zara Zakiah Education Sdn. Bhd. sekarang!

 

Daftar Bidang Veterinary Clinic  Di Sini Sekarang!


Posted 1 year ago

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES