Cara-cara Permohonan Pelajar ke Timur Tengah Secara Online

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

 

Setiap tahun, terdapat banyak permohonan pelajar ke timur tengah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Lebih-lebih lagi dalam Jurusan Perubatan, Pergigian, dan Pengajian Islam kerana terdapat beberapa university IPTA yang terkenal seperti Universiti Mansoura, Universiti Alexandria, Universiti Al-Azhar dan lain-lain.

Untuk mengetahui cara-cara yang anda boleh lakukan bagi memohon pengajian di timur tengah dan kelebihan-kelebihannya, ikuti artikel ini sehingga akhir.

Kenapa Belajar di Timur Tengah

Pasti anda tertanya-tanya mengapa ramai yang memilih timur tengah untuk menyambung pelajaran mereka sedangkan terdapat lagi negara-negara lain yang setanding dengannya.

Ini disebabkan terdapat beberapa kelebihan-kelebihan yang boleh didapati apabila anda melanjutkan pelajaran di timur tengah yang anda tidak boleh dapati di negara lain.

Antaranya ialah:

  • Kos sara hidup rendah

Berbanding dengan negara-negara eropah seperti United Kingdom dan beberapa negara lain, kos sara hidup di timur tengah adalah lebih rendah.

Jadi, pelajar tidak perlu risau memikirkan tentang kos kehidupan mereka di sana dan tidak perlu bersusah payah membuat pekerjaan sambilan sambil belajar.

Pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke timur tengah boleh menumpukan perhatian mereka seratus peratus terhadap pelajaran mereka.

  • Yuran rendah

Seperti yang kita tahu, kos untuk Jurusan Perubatan dan Pergigian boleh menelan kos yang besar.

Namun, sesetengah negara seperi Mesir menawarkan kos yang rendah dan berpatutan untuk Jurusan Perubatan dan Pergigian berbanding negara-negara Eropah yang lain.

  • Ramai Rakyat Malaysia

Selain itu, anda tidak perlu khuatir sekiranya anda mempunyai sebarang masalah ketika melanjutkan pelajaran terutamanya di Mesir.

Hal ini kerana terdapat ramai pelajar-pelajar Malaysia di sana yang anda boleh meminta pertolongan, lebih-lebih lagi dari pelajar yang telah menetap lama di sana.

  • Negara Islam

Bukan itu sahaja, anda tidak perlu risau tentang gaya hidup masyarakat di sana serta makanan halal kerana ianya merupakan negara Islam.

Cara-cara Permohonan Pelajar ke Timur Tengah

Untuk membuat permohonan belajar di Timur Tengah, anda haruslah mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ataupun mempunyai Diploma Qiraat.

Anda boleh lakukan permohonan ini secara atas talian dengan melayari laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Berikut merupaka cara-cara yang anda perlu lakukan untuk memohon melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah:

  • Daftar dan Memohon melalui laman web rasmi KPM https://dohe.moe.gov.my/timurtengah
  • Log masuk ke sistem e-timur tengah dan lengkapkan maklumat permohonan setelah membuat pendaftaran dan pastikan semua maklumat diisi dengan betul

  • Anda boleh membuat semakan kelayakan selepas tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh tutup permohonan dan sekiranya anda layak, cetak slip permohonan tersebut.

  • Pastikan anda telah membuat terjemahan Sijil Lahir dan keputusan SPM / STAM lebih awal bagi mengelakkan kelewatan penerimaan terjemahan.

  • Untuk pemohon lepasan STAM, sijil asal STAM (Bahasa Arab) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksan Malaysia tidak boleh di laminate

  • Pastikan segala dokumen anda telah disahkan oleh Pegawai Kanan Kerajaan (Kumpulan A) / Pengetua / Guru Besar / Ketua Kampung / Penggawa / Penghulu.

  • Pastikan anda mengisi Borang Aku Janji Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah dan dikemukakan sekali bersama dokumen sokongan.

Belajar Luar Negara dengan Zara Zakiah Education

Jika anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, lebih-lebih lagi ke Timur Tengah dalam bidang perubatan, anda boleh hubungi Zara Zakiah Education Sdn Bhd.

Zara Zakiah Education Sdn Bhd mempunyai 14 tahun pengalaman dalam menguruskan pelajar ke luar negara untuk memudahkan proses anda menyambung pengajian ke sana.

Berikut merupakan mengapa anda harus memilih Zara Zakiah Education bagi membantu anda menyambung pengajian di luar negara:

  • Mempunyai pengalaman 14 Tahun Dalam Industri
  • Perjanjian Memorandum of Understanding (MOU) Antara Zara Zakiah Education dengan universiti-universiti terlibat di luar negara
  • Memberi bimbingan Dari A-Z
  • Boleh membuat pembayaran secara berperingkat
  • Menjalankan program persediaan pelajar sebelum ke luar negara
  • Hubungan akrab di antara pihak Zara Zakiah dan pelajar-pelajar di luar negara

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kelebihan yang anda boleh dapati sekiranya anda memilih untuk melanjutkan pelajaran anda ke Timur Tengah.

Bukan itu sahaja, cara-cara memohon juga adalah sangat mudah dan cepat kerana ianya dilakukan secara online.

Oleh itu, seperti yang dikatakan di atas, sekiranya anda ingin untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, pastikan anda menghubungi Zara Zakiah dengan segera.

Zara Zakiah Education Sdn Bhd adalah sebuah syarikat bumiputera muslim yang terkenal dalam menguruskan pelajar ke luar negara.

Zara Zakiah Education Sdn Bhd juga sangat komited dan profesional dalam menguruskan proses penghantaran anak-anak Malaysia ke luar negara untuk menyambung pelajaran.

Namun begitu, pihak Zara Zakiah Sdn Bhd tidak menyediakan sebarang biasiswa atau pinjaman untuk pelajar dan hanya bertanggungjawab untuk menguruskan pelajar ke luar negara.

Universiti di Mesir, Rusia, Indonesia dan Bangladesh merupakan universiti yang dipilih untuk pelajar dan jurusan-jurusan yang di tawarkan adalah perubatan, vaterinar, farmasi dan pergigian.

Selain itu, terdapat perkhidmatan-perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Zara Zakiah Sdn Bhd iaitu:

  • Penyediaan dokumen sokongan untuk pengeluaran KWSP atau EPF untuk pengajian anak-anak.
  • Lawatan ibubapa semasa penghantaran pelajar ke negara yang di tuju.
  • Penyediaan dokumen sokongan untuk memohon bantuan kewangan, biasiswa ataupun pinjaman dari mana-mana pihak.

Zara Zakiah Sdn Bhd telah membantu menguruskan lebih dari 600 orang pelajar Malaysia di seluruh dunia untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.

Kenapa Memilih Zara Zakiah Education?

  • Penyediaan Pelajar yang Komprehensif
  • Membantu dari segi dokumentasi untuk pinjaman pendidikan.
  • Mengiringi pelajar sehingga selesai pendaftaran
  • Menyediakan tempat penginapan bagi pelajar sepanjang 1 tahun pengajian.
  • Mengadakan program orientasi pelajar baru bersama pelajar senior di luar negara.
  • Mempersiapkan pelajar dari segi mental dan fizikal.
  • Mempunyai wakil syarikat di setiap dengara yang dihantar sebagai support system.
  • Mempunyai pengendalian yang sistematik dan professional.
  • Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun.

Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pelajaran anda di luar negara, anda boleh menghubungi Zara Zakiah sekarang pengambilan sesi 2021 telah dibuka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Dapatkan Info Terbaru Kami

Jom !

bomstart

bomstart

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terbaru

OPEN DAY!

BERITA BAIK BUAT SEMUA!Zara Zakiah Education akan mengadakan OPEN DAY! Open Day? YA! Taklimat percuma berkaitan program Ijazah Sarjana Muda

Baca Selanjutnya »

Ikuti Kami

Tags