Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dah nak keluar tapi masih keliru kemana hala tuju selepas SPM?
Selalunya timbul persoalan besar selepas berjaya melepasi peperiksaan ini - "Apakah hala tuju seterusnya?"
Soalan ini membawa adik-adik kepada dua pilihan utama iaitu sambung belajar atau masuk alam pekerjaan.
Bagi sesetengah individu, memasuki tenaga kerja sejurus selepas SPM boleh membuka pintu kepada peluang kerjaya yang baik.
Tetapi, melanjutkan pelajaran juga membuka lebih banyak peluang lain dan kelebihan yang lebih besar dalam pasaran kerja.
Artikel ini diharapkan dapat membuka mata adik-adik tentang laluan pendidikan untuk hala tuju selepas SPM.
Laluan Pendidikan Selepas SPM
Berikut adalah hala tuju selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) secara umum.
1. Institusi Pendidikan Tinggi Awam (UA) / IPTA
Setelah menamatkan SPM, salah satu hala tuju yang paling popular adalah melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (UA) atau lebih dikenali sebagai IPTA.
IPTA menawarkan pelbagai program pengajian dalam pelbagai bidang, membolehkan adik-adik mengejar minat dan bakat masing-masing.
2. Program Matrikulasi KPM
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah pilihan yang bagus untuk mereka yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat universiti.
Program ini menyediakan landasan akademik yang kukuh untuk menghadapi peperiksaan ke universiti.
3. Belajar Di Politeknik
Bagi adik-adik yang lebih cenderung ke arah pendidikan teknikal dan vokasional, belajar di politeknik adalah pilihan yang bijak.
Politeknik menawarkan program yang berkaitan dengan kejuruteraan, teknologi, dan bidang kemahiran praktikal lain.
4. Institusi Pendidikan MARA (iPMA) Di Bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Institusi Pendidikan MARA (iPMA) yang di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah antara pilihan yang dipertimbangkan.
MARA menawarkan pelbagai program pengajian dari peringkat diploma hingga ke peringkat ijazah.
5. Program Teknikal Dan Latihan Kemahiran
Jika adik-adik mempunyai minat dalam kemahiran praktikal, program teknikal dan latihan kemahiran adalah pilihan yang boleh dipertimbangkan.
6. Pengajian Di Universiti / Kolej Swasta (IPTS)
Pengajian di universiti atau kolej swasta (IPTS) adalah alternatif yang banyak diminati.
IPTS menawarkan pelbagai program pengajian dan seringkali mempunyai keistimewaan dalam bidang tertentu.
7. Kolej Komuniti
Kolej komuniti adalah tempat yang baik untuk memulakan pengajian tinggi.
Terutamanya bagi mereka yang ingin memulakan dengan kursus asas sebelum menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
8. Tingkatan 6: STPM / STAM
Bagi mereka yang ingin mengejar ke arah kelayakan tinggi, Tingkatan 6 dengan STPM atau STAM adalah pilihan yang tetap relevan.
Ini memberikan persediaan yang kukuh untuk masuk ke universiti.
9. Institut Pendidikan Guru (IPG)
Bagi yang berminat untuk menjadi pendidik, Institut Pendidikan Guru (IPG) menyediakan program latihan perguruan yang memfokuskan ke arah pembangunan kebolehan mengajar.
10. A-Level
Program A-Level adalah kelayakan pengajian antarabangsa yang diiktiraf dan membuka peluang untuk menyambung pelajaran ke universiti luar negara.
11. Pengajian Luar Negara
Melanjutkan pengajian ke luar negara memberikan pengalaman luar biasa dan membuka pintu kepada pelbagai peluang.
Jika anda mengimpikan untuk sambung pelajaran ke luar negara, anda mungkin perlu kenali Zara Zakiah.
Zara Zakiah telah mengadakan perjanjian Memorandum Persefahaman (MOU) dengan pelbagai universiti di luar negara.
Zara Zakiah Education Sdn. Bhd. sebuah agensi perundingan pendidikan di Malaysia dengan lebih 15 tahun pengalaman.
Zara Zakiah membantu ibu bapa dan pelajar memperoleh peluang untuk meneruskan pengajian dalam bidang minat mereka.
5 Langkah Mendaftar Dengan Zara Zakiah
Sekiranya anda berminat untuk sambung belajar ke luar negara, Zara Zakiah sudi membantu memudahkan proses anda.
Dan perkhidmatan konsultasi mereka percuma sahaja, jadi boleh dapatkan consultation daripada mereka terlebih dahulu.
DAPATKAN KONSULTASI PERCUMA ZARA ZAKIAH
Add a comment