Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Farmasi

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
bidang farmasi

Ramai yang memandang enteng pekerjaan ahli farmasi ni tapi sebenarnya tugas mereka sangat penting tau.

Ahli farmasi merupakan individu-individu yang terlatih dengan pengetahuan khusus dan mendalam mengenai ubat-ubatan, kegunaan, tindak balas, kesan sampingan dan banyak lagi berkaitan ubat-ubatan.

Tersilap mengambil ubat boleh membawa mudarat tau.

Sebab itulah, bidang farmasi merupakan salah satu bidang yang penting dan bukan mudah untuk diceburi.

Bukan mudah bukan bermaksud mustahil, ya!

Jom kami kongsikan info dan laluan kerjaya dalam bidang farmasi untuk anda yang berminat.

Syarat Kelayakan Masuk Program Farmasi

Syarat Kelayakan Masuk Program Farmasi

Lembaga Farmasi Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyelaraskan Program Perkhidmatan Farmasi dan menetapkan syarat kelayakan bagi program farmasi.

Terdapat beberapa laluan masuk ke dalam bidang farmasi, antaranya:

1.    Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

Mendapat CGPA 3.00 dengan gred BBB, ABC atau AAC dalam tiga (3) subjek iaitu:

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik atau Matematik

dengan minimum gred B dalam subjek Kimia

Syarat subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi.

2.    A-Level

Mendapat 3B atau 2A1C atau 1A1B1C dalam:

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik atau Matematik

dengan minimum gred B dalam subjek Kimia.

Keperluan gred 3B yang dicadangkan oleh Lembaga Farmasi Malaysia adalah menyamai jumlah skor 300 dengan B untuk subjek Kimia.

Syarat subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi.

3.    Matrikulasi/ Pra-Pengajian Perubatan dan Farmasi/ Asasi Sains

Bagi Matrikulasi atau Pra-Pengajian Farmasi/Perubatan dengan CGPA 3.00 ke atas dengan minimum gred B untuk subjek Kimia.

ATAU

Bagi Asasi Sains dengan CGPA 3.00 ke atas dengan sekurangnya-kurangnya gred B dalam subjek Kimia.

DAN

Program perlu dijalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun.

Lulus SPM dengan minima 5B dalam:

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Matematik atau Matematik Tambahan
  • Dan satu mata pelajaran lain

Syarat subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi.

4.    Diploma

Memperoleh CGPA 3.75 dan ke atas termasuk gred B dalam subjek Kimia dalam Diploma Sains (Kimia, Biologi atau Fizik).

Bagi Diploma Farmasi, anda mesti memperoleh CGPA 3.50 dan ke atas.

Lulus SPM dengan minima 5B dalam:

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Matematik atau Matematik Tambahan
  • Dan satu mata pelajaran lain

Syarat subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi.

5.    Ijazah Pertama Dalam Sains

Ijazah Pertama dalam Sains dengan CGPA 2.75 dan ke atas.

Ketahui juga :

Syarat Masuk Universiti

Bidang dan Laluan Kerjaya Farmasi

Laluan kerjaya farmasi

Pelbagai cabang bidang dan kerjaya yang anda boleh pilih jika anda menjadi seorang ahli farmasi. Antaranya:

1.    Farmasi Akademik (Pensyarah)

Ahli farmasi akademik lebih ke arah mengajar dan menjalankan penyelidikan seperti menilai penemuan kajian klinikal.

2.    Farmasi Komuniti

Ahli farmasi komuniti bertanggungjawab memberikan atau mendeskripsi subat kepada pelanggan di farmasi seperti di Watsons dan Guardian.

3.    Farmasi Hospital

Selain mendeskripsi ubat, ahli farmasi hospital juga menyediakan ubat intravena, mengambil bahagian dalam melawat dan membuat pusingan wad.

Ahli farmasi hospital juga bertanggungjawab untuk membeli dan menguji kualiti ubat yang digunakan di hospital.

4.    Farmasi Industri

Ahli farmasi industri terlibat dalam pengeluaran ubat untuk syarikat farmaseutikal dan memastikan ubat yang dihasilkan berkualiti tinggi dan selamat digunakan.

Mengapa Anda Patut Menceburi Bidang Farmasi?

bidang farmasi

Farmasi merupakan bidang yang penting dan bermanfaat jika anda ingin meneruskan kerjaya dalam penjagaan kesihatan.

Jika anda masih ragu, jom kami kongsikan sebab-sebab anda patut sambung pelajaran dalam bidang farmasi.

1.    Menyumbang Dalam Kesembuhan Pesakit

Sebagai seorang farmasi, secara langsung anda membantu dalam proses penyembuhan seseorang.

Hal ini kerana, banyak jenis ubat di pasaran yang boleh merawat sesuatu penyakit.

Oleh itu, anda memainkan peranan yang penting dalam membantu pesakit menjadi lebih baik dengan memilih ubat yang tepat.

Ubat yang dipilih juga perlulah sesuai dengan pesakit dan mengelak daripada alahan dan kesan sampingan.

Anda juga perlu mengetahui jika jenis-jenis ubat yang tidak boleh diambil pada masa yang sama kerana boleh memberikan reaksi yang buruk dalam badan.

Ini sangat penting bagi pesakit untuk menjamin kesihatan jangka panjang mereka terutamanya jika mereka mengambil pelbagai jenis ubat.

Jika anda suka membantu seseorang pulih, bidang farmasi merupakan bidang yang terbaik untuk anda.

2.    Ingin Menyumbang Dalam Inovasi Dadah

Menjadi seorang ahli farmasi, anda akan perlu mengikut perkembangan yang menarik dalam industri farmaseutikal.

Ubat-ubatan baharu lazimnya memerlukan ujian klinikal yang meluas dan ahli farmasi biasanya terlibat dalam penyelidikan percubaan klinikal.

Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada sebahagian daripada pencapaian besar dalam inovasi dadah atau ubat-ubatan, ceburilah bidang ini.

Mana tahu anda boleh menjadi seorang tokoh dalam inovasi ubat yang boleh menyembuhkan penyakit kanser?

3.    Meminati Kimia Dan Tubuh Manusia

Dalam bidang farmasi, anda akan mempelajari cara ubat berinteraksi dengan tubuh manusia dan dengan ubat lain serta cara ubat dihasilkan.

Farmasi boleh menjadi bidang yang sangat menarik jika anda berminat dalam kimia dan kerja dalaman di sebaliknya. 

Sambung Bidang Farmasi Di Luar Negara Dengan Zara Zakiah Education

zara zakiah

Jika anda teringin menyambung pelajaran dalam bidang farmasi di luar negara, Zara Zakiah Education boleh bantu anda.

Zara Zakiah Education telah membantu lebih daripada 600 pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara selama 14 tahun perkhidmatan. 

Zara Zakiah telah mengadakan Memorandum of Understanding Agreement (MOU) dengan pelbagai universiti luar negara seperti di Mesir, Rusia, Indonesia dan Bangladesh.

Antara universiti luar negara yang anda boleh sambung pelajaran dalam bidang farmasi adalah:

1.    Institut Teknologi Bandung

Anda boleh menyambung pelajaran dalam bidang Farmasi di Institut Teknologi Bandung dalam tempoh 4 tahun.

Institut Teknologi Bandung terletak di Indonesia jadi anda tidaklah terasa ‘culture shock’ sangat kerana mereka mempunyai budaya dan bahasa yang hampir sama.

Yang bagusnya menyambung pelajaran di sini, kos hidup adalah lebih rendah dan yuran pula adalah dalam RM24,000 setahun *Perubahan tertakluk kepada maklumat terkini.

Medium pembelajaran adalah menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Indonesia.

Syarat kelayakan adalah minimum PNGK 3.00 bagi asasi sains, matrikulasi, STPM, A-Level atau setaraf.

2.    Universiti Sumatera Utara

Syarat kelayakan untuk menyambung pelajaran dalam bidang Farmasi di Universiti Sumatera Utara adalah minimum PNGK 3.00 dalam asasi sains, matrikulasi, STPM, A-Level atau setaraf.

Kos hidup juga adalah lebih rendah berbanding di negara-negara lain dan yuran adalah sebanyak RM11,000 setahun *Perubahan tertakluk kepada maklumat terkini.

Yang bagusnya menyambung pelajaran di sini, kos hidup adalah lebih rendah dan yuran pula adalah dalam RM24,000 setahun *Perubahan bergantung kepada maklumat terkini.

Medium pembelajaran adalah bahasa Inggeris atau bahasa Indonesia.

Tempoh pengajian adalah selama 4 tahun.

Dari aspek kewangan bagi kedua universiti ini, anda boleh mengeluarkan KWSP.

Jika anda memerlukan bantuan dari segi penyediaan sokongan memohon bantuan kewangan, pinjaman dan biasiswa, serta bagi permohonan pengeluaran KWSP ibu bapa, Zara Zakiah Education boleh membantu anda.

Namun, Zara Zakiah Education tidak menawarkan sebarang biasiswa atau pinjaman kerana mereka hanya menguruskan pelajar ke luar negara.

Perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah bimbingan lawatan ibu bapa semasa pemindahan pelajar ke luar negara.

Bukan itu sahaja, Zara Zakiah sangat mementingkan hubungan dengan pelajar dari awal hingga akhir pengajian.

Jadi, anda tak perlu risau jika anda rasa keseorangan menyambung pelajaran ke luar negara kerana Zara Zakiah sentiasa ada untuk bantu anda.

Jadi, tunggu apa lagi?

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Dapatkan Info Terbaru Kami

Jom !

bomstart

bomstart

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Artikel Terbaru

Ikuti Kami

Tags