BLOG

6 KEBAIKAN BELAJAR DI LUAR NEGARA YANG ANDA PERLU TAHU

6 Kebaikan Belajar di Luar Negara Yang Anda Perlu Tahu

6 Kebaikan Belajar di Luar Negara Yang Anda Perlu Tahu

Mendapat peluang untuk belajar di negara lain merupakan sesuatu pencapaian yang sangat bagus dan dibanggakan kerana terdapat banyak kebaikan belajar di luar negara.

Belajar di luar negara merupakan salah satu pengalaman yang paling istimewa untuk pelajar universiti. Ia adalah peluang sekali dalam seumur hidup yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang beberapa tips serta kebaikan belajar di luar negara yang anda perlu tahu.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Tips belajar di luar negara

  1.  Membina persahabatan

kebaikan belajar luar negara

Apabila anda pergi belajar ke luar negara, anda mungkin akan keseorangan dan berjauhan dengan keluarga dan rakan-rakan tersayang.

Oleh itu, anda perlu membuat kenalan baru dan membina persahabatan kerana mereka yang akan menjadi ‘keluarga’ anda di sana dan menemani anda sepanjang anda belajar.

  1. Buat persediaan fizikal

Setiap negara mempunyai cuaca yang berbeza. Oleh itu, anda harus membuat persediaan awal untuk mengharungi perubahan cuaca yang anda mungkin tidak biasa hadapi.

Bagi yang Muslim, anda juga perlu membuat kajian terlebih dahulu tentang waktu solat di sana dan di mana anda boleh dapatkan sumber makanan yang halal.

  1. Rancang perbelanjaan

kebaikan belajar luar negara

Disebabkan nilai mata wang yang berbeza, anda perlu merancang perbelanjaan anda dengan baik supaya anda boleh mengelakkan pembaziran berlaku.

Sebagai contoh, anda boleh mengasingkan bajet untuk makanan, pengangkutan, penginapan dan menyimpan resit supaya anda boleh pantau perbelanjaan anda.

Kebaikan belajar di luar negara

1. Terokai negara baru

kebaikan belajar luar negara

Sebab terbesar anda patut mempertimbangkan program pengajian di luar negara ialah kerana peluang untuk melihat dunia dan menerokai negara baru.

Sambil anda belajar, anda juga dapat bersiar-siar dan melancong, menjadikan pengalaman pembelajaran anda lebih seronok dan bermakna.

Di samping itu, apabila anda berada di luar negara, anda tidak akan terhad kepada melancong di negara tempat anda belajar sahaja. Anda juga boleh melawat negara jiran juga.

Sebagai contoh, jika anda belajar di London, anda boleh melancong ke pelbagai bahagian Eropah seperti Barcelona, Perancis dan Rom.

2. Mengalami sistem pengajian yang baru

Satu lagi kebaikan belajar di luar negara adalah peluang untuk mengalami dan pelajari sistem pendidikan yang berbeza dan baru.

Dengan mendaftar dalam program pengajian di luar negara, anda akan berpeluang melihat bahagian jurusan anda yang mungkin anda tidak pernah didedahkan di rumah.

Anda akan dapat mempelajari pelbagai ilmu dan pengetahuan yang baru yang mungkin tidak pernah belajar di negara asal anda.

3. Mengasah kemahiran bahasa anda

Kebaikan belajar di luar negara seterusnya adalah anda dapat mengasah kemahiran bahasa anda dan mempelajari bahasa yang baru.

Mempelajari bahasa ibunda di negara yang anda menetap juga dapat membantu anda menyesuaikan diri dan memudahkan anda untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan.

Jika anda dilanda sebarang masalah di sana, anda boleh meminta bantuan dari penduduk tempatan dengan mudah kerana tiada halangan bahasa.

4. Melatih diri bersifat lebih terbuka

kelebihan belajar luar negara

Antara kebaikan belajar di luar negara ialah anda akan belajar untuk berfikiran lebih terbuka, bersifat lebih memahami, toleransi dan mengukuhkan sifat empati untuk orang lain.

Di negara luar, bersifat lebih terbuka penting supaya anda boleh sesuaikan diri di sana kerana mereka mungkin mempunyai kepercayaan yang berbeza dengan anda.

Dengan pemikiran yang terbuka, anda dapat menghormati dan memahami idea dan perspektif yang berbeza daripada kepercayaan anda tanpa menyinggung perasaan sesiapa.

5. Peluang pekerjaan yang luas

Selain itu, kebaikan belajar di luar negara juga adalah ia dapat meluaskan lagi peluang pekerjaan anda apabila anda sedang mencari pekerjaan di masa hadapan.

Apabila anda menamatkan program pengajian di luar negara dan pulang ke tanah air, anda akan kembali dengan kemahiran bahasa baru dan pendidikan yang hebat.

Selain daripada aspek di atas, ijazah pendidikan dari universiti di luar negara mempunyai nilai yang tinggi dan kesemua aspek ini merupakan bonus bagi anda untuk menarik minat majikan.

6. Belajar budaya baru

kelebihan belajar luar negara

Setiap negara mempunyai budaya, amalan dan gaya hidup yang berbeza-beza. Dengan menyertai program pengajian luar negara, anda dapat belajar pelbagai budaya baru.

Contohnya seperti di Jepun di mana anda tidak boleh membuang sampah sesuka hati. Perkara ini menggalakkan anda untuk menjaga kebersihan persekitaran anda.

Mempelajari budaya dan gaya hidup penduduk di negara sangat penting supaya anda boleh mengelakkan daripada menyinggung perasaan penduduk tempatan dan menjaga imej negara anda.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kebaikan belajar di luar negara yang anda perlu tahu jika anda sedang pertimbangkan untuk sertai program pengajian luar negara.

Jika anda seorang pelajar yang berminat untuk belajar di luar negara, hubungilah agensi Zara Zakiah bagi memudahkan proses anda menyambung pengajian!

Ini adalah antara sebab anda perlu memilih mereka untuk membantu anda menyambung pengajian di luar negara:

● Pengalaman 14 Tahun Dalam Industri

● Perjanjian Memorandum Of Understanding (MOU) Antara Zara Zakiah Education

● Bimbingan Dari A-Z

● Pembayaran Secara Berperingkat

Jika anda berminat, anda boleh ke laman web ini untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.

 

Hubungi Zara Zakiah Sekarang


Posted 1 year ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES