BLOG

PERMOHONAN BELAJAR DI LUAR NEGARA: MANA PILIHAN TERBAIK UNTUK ANDA?

Permohonan Belajar Di Luar Negara: Mana Pilihan Terbaik Untuk Anda?

Permohonan Belajar Di Luar Negara: Mana Pilihan Terbaik Untuk Anda?

Tengah memikirkan bagaimana untuk membuat permohonan belajar di luar negara?

Terdapat terlalu banyak universiti dan jurusan yang menarik yang anda boleh terokai.

Bagi mereka yang baru nak ambil tahu tentang menyambung pelajaran ke luar negara, ia mungkin akan menjadi terlalu membebankan.

Tidak dinafikan memang banyak untuk difikirkan sebelum anda melangkah masuk ke alam universiti.

Tetapi jangan risau kerana kami akan bantu anda memahami sebab utama kenapa anda ingin belajar di luar negara dan memberikan anda beberapa pilihan untuk anda lihat.

Kenapa Belajar Di Luar Negara?

Anda boleh jumpa banyak sebab untuk anda sambung pelajaran ke luar negara tetapi semuanya tertakluk pada diri anda sendiri.

Tetapi kalau anda masih meragui, jangan risau kami akan berkongsi dengan beberapa faedah yang mampu menguatkan niat anda untuk mencapai cita-cita anda.

Yang pertamanya, anda akan dapati bahawa graduan lepasan universiti luar negara sangatlah bernilai di mata para majikan.

Hal ini kerana dengan ke luar negara, anda menunjukkan sifat keberanian, fleksibiliti, kesedaran budaya dan pemahaman tentang bagaimana orang lain bekerja dan berfikir.

Pengalaman anda belajar di luar negara itulah yang mahal.

Seterusnya, anda mempunyai kelebihan untuk mempelajari bahasa asing secara langsung dengan menetap di kawasan penutur aslinya.

Anda akan lebih fasih dan mempunyai ilmu tentang konteks budaya yang relevan dan berguna untuk alam pekerjaan.

Selain itu, anda mempunyai kelebihan memilih jurusan daripada pilihan yang luas dan mungkin tiada di negara asal anda.

Bukan itu sahaja, sambung belajar di luar negara juga mampu mengembangkan minda anda dan melihat dunia dengan perspektif yang lebih luas.

Kebolehan untuk berfikir dari sudut perspektif multinasional akan membantu anda menghadapi cabaran akan datang dan mencari penyelesaian inovatif.

Dan akhir sekali, anda akan mendapati bahawa pengalaman anda tidak terhenti hanya di pintu gerbang universiti.

Anda akan dapat menimba pengalaman dan mengumpul memori tentang pengembaraan anda di negara tujuan dan negara-negara jirannya.

Cerita inilah yang akan melekat dengan anda hingga ke anak cucu.

Permohonan Belajar Luar Negara

Nak memohon belajar ke luar negara bukanlah sesusah yang anda sangka.

Kami akan kongsikan beberapa tips yang anda boleh ambil untuk menyiapkan diri bagi memohon pelajaran ke luar negara.

Yang pertama sekali, fahami minat anda dan buat kajian tentang bidang yang anda ingin ceburi.

Kemudian, cari universiti pilihan anda yang menawarkan bidang yang anda minati.

Teliti syarat kemasukan untuk pastikan kelayakan anda, tarikh-tarikh penting yang anda perlu tepati dan semak yuran kemasukan supaya anda boleh rancang kewangan anda.

Jika anda rasa masih tidak yakin atau kurang faham setelah melakukan semua langkah di atas, jangan risau!

Zara Zakiah Education Sdn Bhd kan ada, sedia membantu anda.

Zara Zakiah merupakan salah satu agensi Malaysia yang akan memimpin tangan anda sepanjang proses permohonan belajar ke luar negara.

Mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan yang mampu meringankan beban dan menenangkan otak anda daripada serabut memikirkan cara sambung belajar ke luar negara.

Antaranya adalah urusan ke luar negara, perkhidmatan penempatan pelajar dan sistem sokongan bantuan kepada ibu bapa pelajar.

Zara Zakiah telah menceburi bidang ini lebih 14 tahun dan telah menjalinkan Memorandum of Understanding Agreement (MOU) dengan banyak universiti luar negara.

Pelbagai Pilihan Universiti Untuk Anda

Universiti yang telah mengadakan MOU dengan Zara Zakiah bukanlah calang-calang universiti, semuanya bereputasi tinggi dan telah menghasilkan graduan yang berjaya.

  1. Alexandria University di Mesir

Antara jurusan yang paling popular di universiti ini adalah jurusan perubatan dan jurusan pergigian.

Keduanya telah diiktiraf oleh MQA, MMC dan MDC jadi anda tak perlu risau.

  1. Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN SUSKA) di Indonesia

Jika anda ingin menyambung pelajaran dalam bidang syariah, usuluddin dan dakwah, universiti ini adalah pilihan terbaik anda.

  1. Dhaka Dental College di Bangladesh

Universiti ini khas untuk bakal doktor gigi di luar sana!

Dhaka Dental College merupakan institusi pergigian terbesar di Bangladesh dan satu-satunya kolej pergigian kerajaan di Bangladesh.

Ia adalah institut pengajian tinggi dalam bidang pergigian pertama di Pakistan Timur yang ditubuhkan pada tahun 1961.

  1. Moscow Aviation Institute di Moscow

Bagi anda yang ingin mempelajari tentang penerbangan, universiti ini sememangnya untuk anda.

Antara jurusan yang ditawarkan adalah kejuruteraan pesawat, kejuruteraan kapal angkasa, sistem kawalan dan sains komputer dalam kejuruteraan dan kejuruteraan propulsi.

  1. Mymensingh Medical College di Bangladesh

Bakal doktor yang ingin mengambil ijazah sarjana muda perubatan bolehlah cuba memohon universiti ini di Bangladesh.

  1. Universiti Sumatera Utara (USU) di Indonesia

Terdapat tiga kursus yang ditawarkan di universiti ini iaitu perubatan, pergigian dan farmasi.

  1. Pirogov Russian National Research Medical University di Rusia

Terkenal sebagai pusat penyelidikan dan inovasi perubatan, program yang ditawarkan oleh universiti ini adalah ijazah sarjana muda dalam perubatan.

  1. Bangladesh Agricultural Universiti (BAU) di Bangladesh

Dalam banyak-banyak jurusan, BAU menawarkan jurusan veterinar bagi si pencinta haiwan yang ingin melanjutkan pelajarannya di luar negara.

Banyak lagi universiti luar negara yang anda boleh pilih untuk melanjutkan pelajaran anda di luar negara.

Nak tahu lebih banyak pilihan untuk diri anda?

Mudah saja, hubungi Zara Zakiah Education Sdn Bhd.

Antara jurusan yang ditawarkan adalah perubatan, pergigian, farmasi, veterinar dan pengajian Islam.

Jangan risau, Zara Zakiah akan membantu anda mencari universiti yang diiktiraf oleh badan-badan agensi kelayakan Malaysia seperti MQA, MMC dan MDC.

Yuran perkhidmatan Zara Zakiah juga amatlah berpatutan dan anda boleh membayar secara berperingkat.

Selain dari bimbingan A-Z, jaminan yang anda akan dapat adalah program persediaan pelajar sebelum ke luar negara dan jalinan erat antara Zara Zakiah dan pelajar sepanjang anda belajar.

Zara Zakiah juga menawarkan khidmat penyediaan sokongan untuk memohon bantuan kewangan, pinjaman dan biasiswa.

Dokumen sokongan untuk memohon pengeluaran KWSP bagi melanjutkan pelajaran juga akan dibantu oleh Zara Zakiah.

Tetapi, Zara Zakiah tidak menawarkan apa-apa bantuan kewangan, cuma membantu anda atau ibu bapa untuk memohon pada institusi kewangan atau pihak yang berkenaan.

Realisasikan impian anda untuk belajar di luar negara dengan Zara Zakiah.

Hubungi Zara Zakiah Education sekarang!


Posted 2 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES