Permohonan Sambung Belajar Di Luar Negara Untuk Lepasan SPM

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Ramai pelajar lepasan SPM yang ingin sambung pelajaran ke luar negara tetapi tidak tahu bagaimana untuk membuat permohonan sambung belajar di luar negara.

Tahukah anda, banyak jalan yang boleh diambil untuk menggapai cita-cita anda itu?

Yang menariknya, terdapat pelbagai cabang yang anda boleh pilih jika anda sambung belajar ke luar negara. 

Jadi, nasihat kami, jangan ragu-ragu dan buatlah permohonan untuk sambung pelajaran ke luar negara sekarang.

Nak tahu caranya?

Teruskan membaca! 

Hala Tuju Selepas SPM

Jika anda ingin menyambung pelajaran selepas tamat SPM, banyak jalan yang anda boleh ambil. 

IPTA

Laluan yang diambil kebanyakan lepasan SPM adalah Universiti Awam (IPTA) melalui sistem UPU.

IPTA sememangnya mempunyai yuran yang murah berbanding IPTS tetapi kemasukannya sangat kompetitif. 

IPTS

Atau anda boleh mempertimbangkan Universiti Swasta dan Kolej Swasta (IPTS) jika anda tidak dapat melanjutkan pelajaran di IPTA.

Kelebihan IPTS adalah kemasukannya lebih terbuka dan terdapat banyak cawangan dan jenis IPTS di Malaysia. 

Politeknik

Jika anda berminat dalam bidang teknikal dan mata pelajaran vokasional, anda digalakkan untuk  menyambung pelajaran ke politeknik. 

Kolej Komuniti

Ini juga merupakan salah satu laluan yang anda boleh pilih.

Laluan ini menawarkan kursus sijil dan diploma dalam pendidikan dan latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Jika anda ingin melebarkan sayap ke luar negara, mohonlah untuk menyambung di universiti luar negara.

Kelebihan Belajar di Luar Negara

Permohonan belajar luar negara

Mungkin ramai yang mengatakan bahawa sama sahaja kualiti graduan lepasan universiti dalam dan luar negara.

Ada juga yang rasa terlalu banyak perkara untuk diuruskan kalau nak belajar di luar negara.

Memang benar tetapi banyak kelebihan yang anda boleh dapat jika menyambung pelajaran di luar negara dan kebanyakannya hanya boleh didapati jika anda sambung di luar negara sahaja. 

Yang pertama sekali, anda dapat melihat dunia! 

 

Permohonan belajar luar negara

 

Dengan sambung belajar di luar negara, anda dapat mengalami suasana negara yang berbeza, melawat muzium dan mercu tanda negara tersebut. 

Anda juga tidak akan dihadkan ke negara yang anda belajar sahaja, tetapi anda juga boleh melawat negara-negara jiran. 

Jika anda fikir, “eh, saya ke luar negara untuk belajar. Bukan untuk melancong!” 

Jangan risau, belajar di luar negara ada kelebihan pendidikannya juga iaitu anda dapat menjalani corak pembelajaran yang berbeza daripada rakan-rakan anda di Malaysia. 

Anda juga dapat mempelajari banyak budaya baharu kerana anda akan berjumpa dengan orang dengan pelbagai berlatar belakang.

 

 

Bukan budaya sahaja, anda juga akan dapat belajar pelbagai jenis bahasa yang ada di dunia ini.

Jika anda ingin menguasai bahasa asing, anda hanya perlu cari orang yang bercakap bahasa itu dan luangkan masa dengan mereka.

Yang paling penting sekali, peluang kerjaya pun akan terbuka luas.

 

 

Anda akan lebih terdedah dengan syarikat dan organisasi luar negara yang boleh membantu anda mendapatkan kerjaya di luar negara.

Terakhir sekali dan yang paling berharga sekali adalah anda akan mendapat pengalaman seumur hidup yang tak akan anda lupakan.

Anda akan pulang dengan cerita-cerita pengembaraan yang akan kekal sehingga ke anak cucu!

 

Permohonan Sambung Belajar Di Luar Negara Lepasan SPM

Ramai yang sangka nak sambung ke luar negara ni susah, tak tahu macam mana nak mohon dan pelbagai lagi persoalan lain yang bermain di minda.

Jangan risau, banyak agensi yang boleh membantu anda.

Salah satu agensi yang pastinya akan bantu anda dari A ke Z adalah Zara Zakiah Education Sdn Bhd. 

 

 

Anda tak perlu risau lagi tentang permohonan sambung belajar di luar negara kerana Zara Zakiah akan membantu anda.

Tak perlu ragu-ragu kerana Zara Zakiah telah membantu lebih daripada 600 pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Zara Zakiah telah berkhidmat dalam bidang ini selama 14 tahun dan telah menjalinkan Memorandum of Understanding Agreement (MOU) dengan banyak universiti luar negara.

Antara negara yang telah mengadakan MOU dengan Zara Zakiah adalah Rusia, Mesir, Indonesia dan Bangladesh.

Bantuan yang akan dihulurkan oleh Zara Zakiah adalah penyediaan sokongan untuk memohon bantuan kewangan, pinjaman dan biasiswa.

Tetapi jangan tersilap. Zara Zakiah tidak menawarkan apa-apa biasiswa atau pinjaman kewangan.

Selain itu, mereka juga menawarkan lawatan ibu bapa semasa pemindahan pelajar ke luar negara.

Segala urusan melanjutkan pelajaran ke luar negara akan dibantu oleh Zara Zakiah daripada sebelum hingga selepas anda selamat melanjutkan pelajaran di negara pilihan anda.

Zara Zakiah memastikan hubungan mereka dengan pelajar di luar negara kekal erat dan membantu pelajar mudah menyesuaikan diri di luar negara. 

Jadi, jika anda mempunyai hasrat untuk sambung pelajaran anda di luar negara, jangan tunggu lagi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Dapatkan Info Terbaru Kami

Jom !

bomstart

bomstart

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terbaru

Ikuti Kami

Tags