Nak Sambung Belajar? Jom Baca 5 Tips Penting Anda Wajib Tahu

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
sambung belajar

Memang tidak dapat dinafikan, kebanyakan daripada pelajar ingin menyambung pelajaran selepas SPM. 

Tetapi kebanyakan daripada lepasan SPM masih tidak pasti hala tuju dan proses untuk menyambung pelajaran.

Ada yang hanya tahu mereka ingin jejakkan kaki ke menara gading sahaja tapi selebihnya masih kabur. 

Jika anda sedang mencari maklumat yang boleh membantu anda untuk sambung belajar, anda telah tiba di destinasi yang betul!

Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut pilihan lepas SPM dan tips sebelum anda sambung belajar!

Sambung Belajar Lepas SPM?

Selepas SPM, apa yang anda ingin lakukan? 

Ada dua pilihan yang anda boleh ambil: 

  1. Meneruskan pengajian ke peringkat pengajian tinggi – Asasi / Diploma
  2. Berehat sebentar untuk fokus semula (gap year)

Tiada jalan yang betul atau salah.

Anda hanya perlu pilih laluan yang sesuai dengan anda. 

Jika anda tidak mahu terus menyambung pelajaran dan perlu berehat sebentar untuk mencari semula fokus anda, anda tak perlu rasa malu atau takut. 

Bertentangan dengan kepercayaan masyarakat kita, berehat tidak bererti anda malas. 

Anda boleh gunakan gap year anda untuk menyiapkan fizikal dan mental anda untuk meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya. 

Jika anda mahu terus menyambung pelajaran selepas SPM, proses yang biasa dilalui adalah:

  1. Memilih kursus atau program yang anda ingin belajar
  2. Memilih institut pengajian tinggi yang menawarkan kursus yang anda inginkan

Memilih kursus yang anda inginkan boleh menjadi satu cabaran.

Ramai pelajar yang risau mereka tersalah pilih kursus dan ada yang langsung tiada idea apa yang mereka ingin lakukan.

Secara dasarnya, tanya 3 soalan ini untuk membantu anda membuat pilihan yang betul. 

  1. Apa minat anda?
  2. Apakah kemahiran anda?
  3. Berapakah bajet anda?

sambung belajar

Pilihan Untuk Anda Sambung Belajar

Selepas anda dah tahu kursus apa yang anda inginkan, langkah seterusnya adalah untuk memilih institut pengajian tinggi untuk meneruskan pengajian anda. 

  1. Universiti Awam (UA)

Yuran pengajian Universiti Awam sememangnya lebih murah berbanding Universiti Swasta  tetapi kemasukannya sangat kompetitif melalui sistem UPU.

  1. Universiti Swasta dan Kolej Swasta (US)

Jika anda tidak mendapat pilihan anda melalui UPU, anda boleh pertimbangkan Universiti Swasta. 

Yuran pengajian yang lebih tinggi tetapi kemasukan yang lebih terbuka disebabkan jumlah institut yang lebih banyak berbanding UA, termasuklah kampus universiti luar negara di Malaysia.

  1. Politeknik

Menawarkan kursus dalam mata pelajaran vokasional dan teknikal.

Terdapat 37 politeknik di Malaysia yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu perdana, percakapan dan metro. 

  1. Kolej Komuniti

Banyak sekolah di seluruh negara menawarkan kursus sijil dan diploma pendidikan dan latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Jenis IPT ini kebiasaannya mempunyai program dua tahun sahaja, menyediakan pelajar untuk ijazah empat tahun atau kemasukan awal ke dalam tenaga kerja.

  1. Universiti luar negara 

Jika anda bercita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara, anda boleh terus memohon selepas anda tamat SPM.

Laluan pengajian akan berdasarkan negara yang anda pilih. 

Jika anda tidak pasti, anda boleh menghubungi Zara Zakiah Education Sdn Bhd!

sambung belajar

5 Tips Penting Sambung Belajar

Sebelum anda sambung belajar, terdapat beberapa perkara yang anda perlu semak dan pertimbangkan. 

  1. Struktur Program Pengajian

Bukan sahaja IPT, malah setiap program atau kursus mempunyai struktur pengajian yang berbeza. 

Jadi anda perlu ambil tahu beberapa perkara:

  • Subjek yang akan dipelajari
  • Bilangan subjek dalam setiap semester
  • Cara penilaian akademik (PNGK/CGPA/Pointer)
  • Bentuk peperiksaan dan tugasan
  • Tempoh pengajian setiap semester
  • Tempoh dan tarikh cuti semester 

Maklumat-maklumat ini anda boleh dapatkan di laman rasmi IPT yang pilihan anda.

Anda perlu ambil tahu perkara ini supaya anda bersiap untuk menghadapinya dan tidak terkejut apabila anda memasuki alam universiti nanti.

  1. Aktiviti Kokurikulum

Setiap universiti di Malaysia mewajibkan pelajarnya untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti kokurikulum.

Anda perlu menyertainya jika anda ingin penganugerahan tamat pengajian kerana terdapat markah penilaian yang termasuk dalam keputusan akademik anda.

Tetapi jangan risau kerana aktiviti kokurikulum di IPT adalah lebih rencam dan menarik daripada di sekolah. 

  1. Pembiayaan

Terdapat pelbagai jenis pembiayaan yang anda boleh dapatkan untuk melanjutkan pelajaran, sama ada pinjaman mahupun biasiswa. 

Antara perkara yang anda perlu ambil tahu untuk memohon pembiayaan adalah: 

  • Jumlah pembiayaan
  • Syarat kelayakan
  • Tarikh permohonan
  • Tarikh wang dikreditkan ke akaun 

Anda juga boleh mendapatkan bantuan kewangan daripada pelbagai sumber bagi menampung pembiayaan sebelum menerima biasiswa/pinjaman.

Antaranya adalah:

  • Pusat zakat negeri bagi yang muslim
  • Pejabat kerajaan negeri bagi yang muslim dan non-muslim
  • Wakil rakyat setempat
  • Wang pendahuluan PTPTN 
  • Wang zakat IPT (jika sudah mendaftar masuk)

  1. Persekitaran dan Kemudahan IPT

sambung belajar

Mungkin nampak remeh tetapi persekitaran dan kemudahan IPT boleh mempengaruhi mood belajar anda. 

Jadi, pastikan anda tahu beberapa perkara ini:

  • Kemudahan pengangkutan
  • Kos perjalanan 
  • Kemudahan perbankan di kawasan sekitar dan dalam IPT
  • Kafeteria, gerai makan dan sebagainya
  • Tempat menarik yang boleh diterokai
  • Tempat yang mungkin boleh berlaku kes jenayah 

  1. Kesediaan Mental dan Fizikal

Yang terakhir sekali adalah ketahanan mental dan fizikal. 

Anda kena pastikan anda sudah bersedia secara mental kerana anda akan mengalami situasi baharu dan jumpa orang baharu.

Pengajian anda juga mungkin akan jauh berbeza daripada apa yang anda belajar di sekolah jadi anda perlu bersedia untuk menyahut cabaran itu. 

Kesediaan fizikal juga sama pentingnya terutamanya pada awal-awal masuk kerana sesetengah IPT berkawasan luas dan memerlukan anda berjalan jauh. 

Sambung Belajar Ke Luar Negara Dengan Bantuan Zara Zakiah

sambung belajar

Jika anda teringin menyambung pelajaran ke luar negara, cepat cepat hubungi Zara Zakiah Education Sdn Bhd!

Mereka akan membantu anda sepertimana mereka telah membantu lebih daripada 600 pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara selama 14 tahun.

Zara Zakiah telah mengadakan Memorandum of Understanding Agreement (MOU) dengan pelbagai universiti luar negara seperti di Rusia, Mesir, Indonesia dan Bangladesh.

Mereka berpengalaman untuk memberi bimbingan daripada A-Z.

Anda tak perlu risau kerana mereka menawarkan program persediaan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Jadi anda tidaklah terkontang-kanting seorang diri dengan bimbingan Zara Zakiah.

Mereka juga memberikan bantuan dari segi penyediaan sokongan memohon bantuan kewangan, pinjaman dan biasiswa, serta bagi permohonan pengeluaran KWSP ibu bapa.

Namun, mereka tidak menawarkan sebarang biasiswa atau pinjaman kerana mereka hanya menguruskan pelajar ke luar negara.

Perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah bimbingan lawatan ibu bapa semasa pemindahan pelajar ke luar negara.

Bukan itu sahaja, mereka memastikan hubungan mereka dengan pelajar kekal erat sepanjang pengajian.

Apa sahaja persoalan yang terlintas dalam fikiran anda tentang melanjutkan pelajaran ke luar negara, anda boleh tanya pada mereka.

Jadi, tunggu apa lagi?

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Dapatkan Info Terbaru Kami

Jom !

bomstart

bomstart

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terbaru

Ikuti Kami

Tags