BLOG

SENARAI PROGRAM ASASI UNTUK JURUSAN SAINS YANG DITAWARKAN OLEH IPTA

Senarai Program Asasi Untuk Jurusan Sains Yang Ditawarkan Oleh IPTA

Senarai Program Asasi Untuk Jurusan Sains Yang Ditawarkan Oleh IPTA

Program asasi merupakan program yang dikenali sebagai program Foundation dan dijadikan sebagai persediaan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia sebelum ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree).

Bagi pelajar jurusan sains, terdapat beberapa program asasi yang khusus kepada subjek-subjek tertentu seperti Matematik, Sains, Biologi dan Kimia. Melalui program ini, mereka boleh melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan, pergigian, veterinar dan sebagainya.

Dalam artikel ini, kami akan menyatakan senarai IPTA yang menyediakan Program Asasi Sains.

Program Asasi Jurusan Sains Yang Ditawarkan Oleh IPTA

Berikut merupakan senarai IPTA atau universiti yang menyediakan jurusan sains:

Bil. Program Bidang Universiti
1 Asasi Sains dan Perubatan Program Umum Asas UniSZa
2 Asasi Sains Sains (Perubatan, Farmasi, Pergigian dll) UiTM
3 Asasi Kejuruteraan Kejuruteraan & Sains dan Teknologi UiTM
4 Asas Sains Lain-lain UMS
5 Asasi Pintar Program Umum Asas UKM
6 Asasi Sains Hayat Biologi dan Biokimia UM
7 Asasi Sains Fizikal Sains Fizikal UM
8 Asasi Pengajian Islam dan Sains Agama UM
9 Asasi Sains Pertanian Lain-lain UPM
10 Asasi Sains Hayat Program Umum Asas UNIMAS
11 Asasi Sains Fizikal Program Umum Asas UNIMAS
12 Asasi Sains Hayat Lain-lain UIAM
13 Asasi Sains Fizikal Lain-lain UIAM
14 Asasi Sains Kesihatan Bersekutu Lain-lain UIAM
15 Asasi Kejururawatan Lain-lain UIAM
16 Asasi Farmasi Lain-lain UIAM
17 Asasi Pergigian Lain-lain UIAM
18 Asasi Perubatan Lain-lain UIAM
19 Asasi Sains Kemanusiaan Lain-lain UIAM
20 Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer Lain-lain UIAM
21 Asasi Perubatan Perubatan UPNM
22 Asasi Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan dan Teknologi UPNM

Terdapat 22 program yang disediakan kepada pelajar lepasan SPM. Setiap permohonan yang dimohon hendaklah berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan.

Kiraan merit yang dikenakan untuk program ini adalah berdasarkan subjek aliran sains dengan kepujian untuk Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Biologi. Jika memenuhi syarat tersebut, maka pelajar layak untuk memohon program ini.

Berikut merupakan Program Asasi yang disediakan untuk Bumiputera sahaja:

  • Semua Program di UiTM
  • Semua Program di UIAM
  • Asasi Sains di UM, UNIMAS dan UMS

Berikut pula program yang layak kepada semua pemohon:

  • Asasi Sains Pertanian di UPM
  • Asasi Pintar di UKM
  • Semua Asasi UPNM

Laluan Untuk Menjadi Doktor Selepas Program Asasi

Dalam bahagian ini, kami akan terangkan beberapa laluan yang anda boleh melalui untuk menyambung jurusan perubatan di luar negara.

Pelajar yang ingin memohon untuk menyambung pengajian ke luar negara perlu mendapat keputusan seperti:

Asasi Sains

Sekiranya anda mengikuti program ini, anda perlu mendapat keputusan minimum iaitu:

  • CGPA 3.0 dalam Kimia, Biologi, Fizik/Matematik.

program asasi

Carta Alir Pengurusan Pelajar Ke Luar Negara

Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda carta alir pengurusan sekiranya anda memilih untuk belajar perubatan di luar negara bersama Zara Zakiah Education Sdn Bhd.

1.  Konsultasi

Sesi penerangan dan penjelasan dengan lebih mendalam berkenaan peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.

2. Pendaftaran

Penyerahan dokumen dan Yuran Pendaftaran. Kami mula memproses dokumen yang diterima seperti Penterjemahan Dokumen, Pengurusan VISA, Kem Bahasa dan lain-lain.

3. Eduventure Camp

Kem yang diadakan untuk para pelajar yang bakal menyambung pelajaran ke luar negara. Mereka terdiri dari pelbagai bidang dan negara yang bakal dituju.

4. Kem Persediaan

Kem persediaan dan kelas Bahasa.

5.  Taklimat Pra Pelepasan

Taklimat terakhir bersama ibu bapa dan pelajar sebelum pelepasan pelajar ke luar negara.

6. Bayaran Penuh

Selesaikan bayaran pengurusan yang diperlukan sebulan sebelum penerbangan.

7. Penerbangan

Pelajar berlepas diiringi oleh pegawai kami.

8. Ketibaan dan Orientasi

Pendaftaran di universiti, sesi mengenali suasana persekitaran baru dan masuk ke asrama universiti atau rumah sewa.

Kesimpulannya, Program Asasi Sains dapat memberikan banyak peluang kepada pelajar lepasan SPM. Sekiranya keputusan Asasi Sains cemerlang, banyak haluan yang boleh dipilih oleh para pelajar.

Jika anda berminat untuk belajar medic di luar negara, lebih baik untuk anda menghubungi agensi Zara Zakiah Education untuk memudahkan proses anda menyambung pengajian.

Ini adalah antara sebab anda perlu memilih mereka untuk membantu anda menyambung pengajian di luar negara:

  • Pengalaman 14 Tahun Dalam Industri
  • Perjanjian Memorandum Of Understanding (MOU) Antara Zara Zakiah Education dengan universiti-universiti terlibat di luar negara
  • Bimbingan Dari A-Z
  • Pembayaran Secara Berperingkat
  • Menjalankan program persediaan pelajar sebelum ke luar negara
  • Hubungan akrab di antara pihak Zara Zakiah dan pelajar-pelajar di luar negara

Klik Di Sini Untuk Maklumat Lebih Lanjut


Posted 3 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES