BLOG

NAK BELAJAR DILUAR NEGARA? INI SYARAT KELAYAKAN BIDANG PERUBATAN LEPASAN SPM

Nak Belajar Diluar Negara? Ini Syarat Kelayakan Bidang Perubatan Lepasan SPM

Nak Belajar Diluar Negara? Ini Syarat Kelayakan Bidang Perubatan Lepasan SPM

Apakah dia syarat kelayakan bidang perubatan lepasan SPM?

Anda berminat untuk menceburi bidang perubatan? Bukan itu je, anda nak sambung pelajaran di luar negara?

Boleh! Kalau nak tahu lebih lanjut, jom baca artikel ini sampai habis.

Hampir Semua Orang Impikan Belajar Di Luar Negara

syarat kelayakan bidang perubatan lepasan spm

Tipulah kalau ada yang kata mereka tak berminat nak sambung belajar ke luar negara. Siapa yang tak nak? Banyak faedahnya!

  • Mempertingkatkan Kemahiran Bahasa

Peluang menuntut ilmu di luar negara memaksa diri kita untuk keluar daripada kepompong keselesaan.

Masa inilah untuk anda praktis bahasa asing selain dari bahasa ibunda.

Hasil daripada bergaul dengan rakan-rakan penutur natif, anda berpeluang melancarkan skil bahasa tersebut dan membina networking untuk masa hadapan.

  • Meningkatkan Kebolehpasaran Diri

Tidak dapat dinafikan bahawa majikan lebih cenderung untuk memilih graduan hasil asuhan universiti-universiti luar negara.

Namun, label belajar di luar negara itu sahaja tidak mencukupi. Hal ini kerana prestij universiti juga berperanan dalam mempengaruhi keputusan sang majikan.

Graduan hasil didikan luar negara lebih cenderung untuk menunjukkan kreativiti, komitmen dan pencapaian yang tinggi kerana mereka biasa bekerja di luar kepompong selesa.

Maka, inilah peluang anda untuk meningkatkan kebolehpasaran diri untuk meraih jawatan yang anda idamkan kerjaya di masa depan.

  • Memperkayakan Diri dengan Pengalaman

Menuntut ilmu di luar negara membolehkan kita menimba sebanyak mungkin pengalaman yang tak mungkin sama dengan negara kelahiran.

Sebagai pelajar antarabangsa, anda berpeluang untuk bergaul dengan mereka yang memiliki latar belakang dan budaya yang berbeza.

Maka, anda akan terdedah dengan buah-buah fikiran yang berbeza yang membuka minda.

Hal ini akan membuatkan anda lebih kenal tentang dunia, lebih rasa empati dan ingin tahu yang membuatkan ciri-ciri ini satu kelebihan untuk diri anda.

Suasana pembelajaran dan teknik pengajaran yang berbeza turut menyumbang kepada keterbukaan minda para pelajar antarabangsa yang menuntut ilmu.

Syarat Kelayakan Untuk Belajar Perubatan

syarat kelayakan bidang perubatan lepasan spm

Anda berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan? Memang dari kecil lagi minat dengan sains perubatan?

Kami senaraikan disini beberapa syarat kelayakan supaya anda dapat bersedia.

Pertama sekali, anda perlu skor straight A dalam keputusan SPM supaya ia dapat melayakkan anda untuk terus mengambil asasi perubatan atau A-level.

Perbezaan antara A-level dan asasi ialah A-level merupakan tiket anda untuk menyambung pengajian ke luar negara.

Manakala, asasi mengambil tempat di universiti-universiti tempatan terkemuka yang tidak kurang hebatnya.

Bagaimana pula kalau tak skor straight A? Jangan putus asa lagi. Anda boleh memohon program matrikulasi.

Untuk memilih kos perubatan di universiti, anda perlu pastikan anda skor PNGK 4.00. Namun, ia tertakluk juga dengan syarat kelayakan setiap universiti.

Pastikan kos yang anda pohon itu diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) untuk mengelakkan daripada membazir masa dan tenaga.

Anda juga boleh menyambung bidang perubatan dari program diploma Sains Kesihatan untuk ke program ijazah perubatan.

Program bertempoh 3 tahun ini memerlukan anda untuk mencapai minimum PNGK 3.50 untuk melayakkan anda ke peringkat seterusnya.

Katakanlah jika keputusan pra-universiti (asasi, matrikulasi, A-level) tidak berapa bagus untuk melayakkan anda ke bidang perubatan, jangan terus berputus asa!

Anda masih boleh teruskan pengajian dalam bidang sains perubatan melalui Ijazah Sarjana Muda Kesihatan / Tulen / Sains Gunaan.

Pastikan anda capai minimum PNGK 3.00 untuk program perubatan 5 tahun dan minimum PNGK 3.30 untuk 4 tahun program perubatan kemasukan siswazah.

Zara Zakiah Adalah Tempat Yang Tepat!

syarat kelayakan bidang perubatan lepasan spm

Ada cara lain tak untuk belajar di luar negara? Dekat mana pula nak cari peluang sambung belajar ni?

Jangan pening-pening, anda boleh belajar luar negara sekarang dengan Zara Zakiah!

Anda berminat nak sambung medik? Zara Zakiah boleh tolong uruskan untuk anda.

Lebih 600 orang pelajar telah memilih perkhidmatan Zara Zakiah kerana kos yuran dan sara hidup yang rendah.

Ha amacam? best kan?

Sekarang anda dah tahu beberapa kelebihan sambung belajar ke luar negara.

Rasa rugi kan jika anda tak rebut peluang ini?

Dengan Zara Zakiah, anda bukan sahaja boleh sambung bidang berkaitan perubatan, veterinar, pergigian dan farmasi.

Malah, anda juga boleh menyambung bidang-bidang lain seperti kejuruteraan dan pengajian Islam.

Anda mempunyai beberapa pilihan sama ada ingin menyambung pelajaran di Mesir, Rusia, Indonesia ataupun Bangladesh.

Pilihan berada di dalam tangan anda.

zara zakiah

ZARA ZAKIAH EDUCATION SDN BHD (1219292-M) adalah agensi milik Bumiputera Muslim yang berperanan membantu pelajar melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.

Pilihlah Zara Zakiah kerana:

  • Berpengalaman lebih dari 10 tahun
  • Pengurusan pelajar yang PROFESIONAL dan SISTEMATIK
  • Menyediakan dokumen bantuan kewangan
  • Konsultasi PERCUMA

 

Hubungi Zara Zakiah Education Sekarang!

 


Posted 1 year ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES