Veterinar di BAU (Bangladesh Agricultural University)

Veterinar di BAU (Bangladesh Agricultural University)

FAKULTI SAINS VETERINAR DI BAU BAU antara 10 universiti terbaik di Bangladesh. Fakulti Sains Veterinar adalah salah satu fakulti yang terdapat di Bangladesh Agricultural University (BAU). Fakulti ini dilengkapi dengan...

Veterinar di BAU (Bangladesh Agricultural University)

Veterinar di BAU (Bangladesh Agricultural University)

FAKULTI SAINS VETERINAR DI BAU

BAU antara 10 universiti terbaik di Bangladesh. Fakulti Sains Veterinar adalah salah satu fakulti yang terdapat di Bangladesh Agricultural University (BAU). Fakulti ini dilengkapi dengan kemudahan dan fasiliti mengikut piawaian antarabangsa untuk sistem pengajaran di peringkat tinggi dan juga penyelidikan.more BAU mempunyai dua institut penyelidikan kebangsaan iaitu Bangladesh Institute of Nuclear Agriculture (BINA) dan Bangladesh Fisheries Research Institute (BFRI). Manakala, sistem penyelidikan BAU (BAURES) telah menyelesaikan 322 projek penyelidikan dan mempunyai 112 projek yang sedang berjalan.

ANTARA JABATAN DI FAKULTI SAINS VETERINAR BAU

Jabatan Anatomi & Histologi

Jabatan Mikrobiologi & ‘Hygiene’

Jabatan Fisiologi

Jabatan Farmakologi

Jabatan Parasitologi

Jabatan Patologi

Jabatan Perubatan

Jabatan Pembedahan & Obstetrik

TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar @ Doctor of Veterinary Medicine (DVM) adalah 5 tahun termasuk teori dan praktikal.

YURAN PENGAJIAN

Hanya ±RM56,000 untuk LIMA TAHUN pengajian sekali gus menjadikan yuran program Doktor Haiwan di Bangladesh Agricultural University antara yang terendah di dunia (sehingga artikel ini ditulis) dengan memiliki kualiti yang terbaik.

HANYA 30 KEKOSONGAN SETIAP TAHUN

Kemasukan pelajar Malaysia untuk program Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar @ Doctor of Veterinary Medicine (DVM) adalah melalui kuota yang telah ditetapkan. Hanya 30 kekosongan sahaja yang diberikan untuk pelajar Malaysia bagi program ini. Siapa cepat dia dapat.

KOS SARA HIDUP YANG RENDAH

Kos sara hidup di Bangladesh Agricultural University adalah sekitar RM300 hingga RM500 sebulan termasuk bayaran untuk rumah sewa atau hostel. Nilai kos sara hidup ini adalah berdasarkan temu bual bersama pelajar Malaysia yang mengambil program Doktor Veterinar di sana.

NEGARA ISLAM

Bangladesh merupakan sebuah negara Islam, hal ini memudahkan pelajar yang beragama Islam untuk beribadah dan juga mencari makanan yang halal.

MEDIUM PEMBELAJARAN

Medium pengajaran adalah 70% dalam Bahasa Inggeris dan 30% Bahasa Benggali. Buku-buku rujukan, nota dan medium peperiksaan adalah 100% dalam Bahasa Inggeris.

PROGRAM DIIKTIRAF MQA DAN MVC

Bangladesh Agricultural University diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan juga Malaysian Veterinary Council (MVC). Pengiktirafan MQA dan MVC sangat penting bagi memastikan pelajar perubatan veterinar di Bangladesh tidak mempunyai masalah jika berhajat untuk kerja di Malaysia kelak. Program Perubatan Veterinar di BAU juga mendapat pengiktirafan daripada World Veterinary Association (WVA) sekaligus membolehkan pelajar untuk bekerja serata dunia.

ANTARA ALUMNI BAU

Sejak Disember 2012, hampir 4,618 graduan dari Fakulti Sains Veterinar BAU. Antaranya 3,102 graduan Ijazah Sarjana Muda Doktor Veterinar, 1,492 graduan Master, 24 graduan Doktor Falsafah. Antara alumni BAU dari Malaysia adalah Dato’ Abdul Latif Ibrahim (Emeritus Professors UPM), Dato’ Tengku Azmi Tengku Ibrahim dan Dato’ Abdul Rani Bahaman (Research Fellows UPM) serta lain lain lagi.

LALUAN KERJAYA GRADUAN PERUBATAN VETERINAR (DOKTOR HAIWAN)

Antaranya adalah;

Bekerja di Klinik Haiwan.

Pensyarah (Dengan menyambung pengajian di peringkat Master dan Phd).

Bekerja di lading ruminan seperti ladang lembu, kambing dan biri-biri.

Bekerja di ladang Poultri/Ayam.

Bekerja di Zoo (Wildlife).

Bekerja dengan kuda di Turf club/ Endurance.

Bekerja dalam bidang aquaculture.

Bekerja di syarikat yang menghasilkan vaccine & drug untuk haiwan.

Bekerja di makmal penyelidikan untuk research & development.

Bekerja di syarikat yang membekalkan makanan haiwan (Feedmill company).

CARA PERMOHONAN Pelajar lepasan Matrikulasi/ Asasi Sains / A-Level / Diploma yang berkaitan yang berminat untuk memohon program perubatan dan pergigian di Bangladesh boleh mengisi pra pendaftaran online di link berikut http://bit.ly/DaftarOnline2019 atau boleh terus hubungi pegawai kami Cik Puan Syuhada di talian 013-3098058. Setiap tahun ramai pelajar dari SBP, MRSM, Asasi Sains UiTM Dengkil, Asasi Pintar UKM, PASUM, Asasi UNIMAS, dan matrik seluruh Malaysia yang merebut peluang ini. Adakalanya ada juga pelajar lepasan DIPLOMA dalam bidang Sains Kesihatan yang mengambil peluang ini. Peluang yang jarang diketahui, tapi telah berjaya di ‘grab’ oleh mereka yang betul-betul mencari peluang keemasan ini. Ambil peluang ini sekarang sebelum anda terlepas lagi. Tahniah kepada bakal DOKTOR yang telah berjaya mengambil peluang ini. Lihat link di bawah untuk maklumat lebih lanjut. Info lanjut        : http://bit.ly/IjazahSarjanaMuda IG                    : //www.instagram.com/belajarluarnegara_0133098058/ FB                   : //www.facebook.com/MBBSMdMedicalDentistryVeterinaryUsuluddinSyariah/

Alamat:

No. A-1-2, Laman Perniagaan Bahagia, Jalan 1, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi:

Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:30 petang

Diiktiraf Oleh

Malaysian Medical

Council

Malaysian Veterinar

Council

World Health

Organization

Malaysian Qualifications Agency

Malaysian Pharmacist

Society

Malaysian Dental

Council

Dipercayai

Tiada caj tersembunyi. Kami jujur dari awal sampai akhir.

Sokongan Penuh Di Lapangan

Kami ada bersama anda di negara destinasi — dari hari pertama sampai selesa.

Panduan Kewangan

Kami bantu urusan Pembiayaan Pendidikan Bank AFFIN dan pengeluaran Akaun 2 KWSP.

Pilihan Mengikut Anda

Daripada Perubatan hingga Pengajian Agama — kami padankan bidang terbaik dengan hala tuju anda.

Soalan Yang Sering Ditanya

10 soalan

Follow us on:

We are MS ICO 900:1:2015 Certified

We are MS ICO 900:1:2015 Certified