BLOG

INGIN JADI ENGINEER? ASASI KEJURUTERAAN SANGAT SESUAI UNTUK ANDA

Ingin Jadi Engineer? Asasi Kejuruteraan Sangat Sesuai Untuk Anda

Ingin Jadi Engineer? Asasi Kejuruteraan Sangat Sesuai Untuk Anda

Jika anda seorang yang inovatif dan sentiasa mencari cabaran baharu setiap hari, mungkin anda boleh meneroka bidang kejuruteraan. 

Kejuruteraan merupakan salah satu bidang profesional yang bermanfaat dan popular.

Terdapat pelbagai cabang dalam bidang kejuruteraan yang anda boleh masuk.

Tetapi bagi pelajar lepasan SPM, pastinya anda tertanya-tanya arah mana yang harus pergi terlebih dahulu untuk mencapai cita-cita anda sebagai jurutera. 

Artikel ini akan berkongsi tentang salah satu laluan untuk anda meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan iaitu asasi kejuruteraan.

Apa Itu Asasi Kejuruteraan?

Asasi Kejuruteraan

Asasi kejuruteraan merupakan program pra-universiti yang dirancang untuk menyediakan anda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut.

Teknik pengajaran yang komprehensif dan inovatif digunakan untuk memperluas batas pembelajaran dan memupuk minda pelajar.

Asasi kejuruteraan mengandungi kurikulum yang seimbang antara teori dan kemahiran teknikal yang sangat berguna untuk masa hadapan.

Pengajian asasi kejuruteraan adalah selama 1 tahun dan merupakan gabungan antara mata pelajaran umum dan mata pelajaran kejuruteraan teras.

Dalam asasi kejuruteraan, anda akan didedahkan kepada cabang-cabang kejuruteraan yang ada supaya anda boleh memilih laluan kerjaya yang anda minati.

3 Sebab Asasi Kejuruteraan Merupakan Prospek Yang Bagus Untuk Anda 

asasi kejuruteraan

Asasi kejuruteraan merupakan satu bidang ilmu yang sangat luas dan menawarkan peluang kerjaya bagi anda yang kreatif dan suka menyelesaikan masalah.

Terdapat pelbagai manfaat yang anda boleh dapati jika anda meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan.

  1. Kebolehpasaran

Jurutera sentiasa mendapat permintaan yang tinggi, jadi anda akan mempunyai prospek pekerjaan yang hebat.

Antara bidang kejuruteraan yang mempunyai permintaan tinggi adalah aeroangkasa, elektronik, nuklear dan perindustrian.

Walaupun anda membuat keputusan untuk tidak meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan, kemahiran yang anda pelajari sepanjang pengajian adalah sangat bernilai.

Jadi, anda tidak rugi apa pun jika anda melanjutkan pelajaran ke asasi kejuruteraan. 

  1. Pendapatan Tinggi

Semestinya anda pernah dengar orang kata bahawa gaji jurutera ini tinggi.

Tidak dapat dinafikan kenyataan tersebut tetapi anda perlu tahu bahawa setiap cabang jurutera menawarkan gaji yang berbeza.

Tetapi, potensi untuk anda mendapat pendapatan yang tinggi itu ada jika anda melanjutkan pengajian dalam bidang ini.

Tahukah anda, menurut National Career Service, pemegang ijazah siswazah kejuruteraan boleh memperoleh gaji purata sekitar £24,000 bersamaan sekitar RM120,000.

Lagi tinggi peringkat pengajian anda, lebih tinggilah pendapatan anda boleh dapatkan.

  1. Peluang Di Persada Dunia

Sebagai jurutera, anda boleh mendapat peluang untuk menjelajah dunia, bekerja di lokasi, lombong, membantu mengembangkan infrastruktur bandar dan banyak lagi.

Dengan kerja keras dan pengalaman, anda boleh mendapatkan pekerjaan dengan syarikat antarabangsa terbesar dunia. 

Bukanlah perkara asing bagi jurutera di Malaysia untuk bekerja dengan syarikat-syarikat antarabangsa.

Ford, BP dan Airbus adalah beberapa majikan siswazah global terkemuka yang mencari jurutera berbakat.

Selain itu, anda juga boleh menyumbang kemahiran dan kepakaran anda untuk kemaslahatan masyarakat.

Anda boleh bantu menyelesaikan masalah dan cabaran sehari-hari untuk meningkatkan cara hidup kita, sama ada melalui teknologi baru atau pembinaan jambatan.

Belajar Luar Negara Dengan Zara Zakiah

Asasi Kejuruteraan

Pastinya anda sudah tak sabar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan, bukan?

Banyak lagi manfaat yang anda boleh dapatkan terutamanya jika anda belajar di luar negara.

Anda bukan sahaja boleh menikmati persekitaran baharu, anda juga boleh mempelajari lebih banyak lagi perkara yang mungkin tidak ada di Malaysia!

Jika anda ingin melanjutkan asasi kejuruteraan di luar negara, lakukannya dengan bantuan Zara Zakiah Education Sdn Bhd.

Zara Zakiah Education telah membantu dan menguruskan lebih daripada 600 pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara selama 14 tahun.

Universiti terbaik di luar negara seperti di Mesir, Rusia, Indonesia dan Bangladesh telah mengadakan Memorandum of Understanding Agreement (MOU) dengan Zara Zakiah Education.

Anda tidak perlu risau kerana mereka akan bimbing anda dari mula hingga ke akhir untuk bantu anda melanjutkan pelajaran di luar negara. 

Antara program yang mereka tawarkan yang sangat bermanfaat buat anda adalah program persediaan pelajar yang akan bantu anda bersiap sedia untuk ke negara tujuan anda. 

Anda juga boleh dapatkan bantuan dalam penyediaan sokongan jika anda ingin memohon bantuan kewangan, pinjaman, biasiswa serta pengeluaran KWSP ibu bapa. 

Namun, jangan tersilap. Zara Zakiah Education tidak menawarkan apa-apa biasiswa atau pinjaman.

Hal ini kerana mereka hanya berfokuskan terhadap pengurusan pelajar ke luar negara supaya mereka mampu memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda.

Terdapat juga perkhidmatan lain yang mereka tawarkan seperti lawatan ibu bapa semasa pemindahan pelajar ke luar negara.

Ibu bapa tidak perlu risau kerana Zara Zakiah menjalinkan hubungan erat dengan pelajar di luar negara erat.

Mereka akan memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

Hubungi Zara Zakiah Education Sekarang!


Posted 2 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES