BLOG

ASASI PERUBATAN: 7 SEBAB ANDA PERLU PERTIMBANGKAN KURSUS INI

Asasi Perubatan: 7 Sebab Anda Perlu Pertimbangkan Kursus Ini

Asasi Perubatan: 7 Sebab Anda Perlu Pertimbangkan Kursus Ini

Berminat untuk ceburi bidang sains perubatan? Sebagai seorang lepasan SPM, kursus asasi perubatan merupakan salah satu alternatif yang terbaik buat anda. 

Kebanyakan ibu bapa juga mengimpikan anak-anak mereka menjadi ahli medik dan pastinya ramai lepasan SPM, ingin memenuhi impian ibu bapa mereka.

Selain itu, tahukah anda terdapat banyak cabang dan cara yang anda boleh pilih untuk memasuki bidang ini?

Antaranya adalah program asasi, matrikulasi, A-Level dan lain-lain lagi.

Namun, artikel kali ini hanya akan berfokuskan kepada program asasi perubatan dan kenapa anda perlu mempertimbangkan kursus ini.

Teruskan membaca!

Apa Itu Asasi Perubatan?

asasi perubatan

Asasi perubatan merupakan program yang direka khas untuk mempersiapkan pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.

Antara subjek yang menjadi fokus dalam asasi perubatan adalah biologi, kimia, fizik dan matematik.

Program ini bukan sahaja mendedahkan pelajar kepada konsep semasa bidang sains, malah pelbagai ilmu lain yang membantu pelajar mendaftar kursus sains perubatan dan kesihatan.

Kebiasaannya, pelajar akan menjalani pengajian sepenuh masa selama setahun yang menggabungkan elemen praktikal dan teori.

Hal ini adalah bagi memastikan pelajar lengkap dengan pengetahuan teori dan kemahiran yang diperlukan dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.

7 Sebab Asasi Perubatan Merupakan Pilihan Yang Baik

Pasti anda sudah dengar rakan-rakan atau keluarga berbincang betapa bagusnya jika anda melanjutkan pelajaran dalam asasi perubatan.

Betul, memang banyak manfaatnya.

Artikel kali ini akan berkongsi dengan anda 7 sebab kenapa anda perlu pilih asasi perubatan sebagai langkah anda yang seterusnya.

  1. Permulaan Bagi Alam Universiti

Asasi perubatan merupakan program pra-universiti iaitu pengajian sebelum anda melangkah ke alam universiti.

Jika anda sudah mempunyai matlamat yang jelas tentang bidang sains pilihan anda, asasi perubatan akan mempersiapkan anda dengan pengetahuan dalam subjek sasaran anda.

Selain itu, anda juga dapat mempelajari subjek lain yang mungkin menarik minat anda.

Terdapat beberapa universiti yang menawarkan subjek elektif supaya anda boleh meneroka pelbagai topik.

  1. Peralihan Yang Lancar Ke Alam Universiti

Program asasi kebiasaannya ditawarkan oleh universiti yang mempunyai program ijazah yang berkaitan.

Oleh itu, dengan meneruskan pengajian dalam asasi perubatan, peralihan anda ke alam universiti akan menjadi lebih lancar.

Kelebihannya adalah anda akan menjadi biasa dan selesa dengan persekitaran dan kaedah pembelajaran.

asasi perubatan

  1. Laluan Paling Cepat Memasuki Program Ijazah Berkaitan Sains

Dengan hanya 12 bulan pengajian, tidak dapat dinafikan asasi perubatan merupakan antara laluan tercepat untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.

Sekiranya keputusan pelajar memenuhi syarat universiti, pelajar boleh mendapat kemasukan langsung dalam program ijazah sarjana bidang sains.

Laluan ini lebih pantas berbanding A-Level atau STPM. 

  1. Biasiswa Yang Lebih Baik Dan Berpatutan

Jika dibandingkan dengan A-Levels, anda mungkin mendapati bahawa beberapa universiti menyediakan program biasiswa yang berbaloi untuk kursus asasi anda.

Beberapa universiti juga menawarkan potongan bayaran yuran berdasarkan keputusan SPM anda.

  1. Kadar Kegagalan Yang Rendah

Ujian dan peperiksaan asasi perubatan kebiasaannya ditetapkan oleh universiti.

Berbeza dengan peperiksaan A-Levels yang ditetapkan oleh Badan Peperiksaan Antarabangsa Cambridge.

Maka kadar kegagalan bagi pelajar asasi sains perubatan adalah lebih rendah berbanding A-Levels.

perubatan

  1. Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris 

Kebanyakan universiti menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium perantaraan.

Terdapat juga tawaran pengajian bahasa Inggeris yang intensif sebagai persediaan pelajar untuk memasuki universiti kelak.

Secara tidak langsung, anda dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda yang terbukti sangat berguna dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.

  1. Meningkatkan Kemahiran Dan Keyakinan Diri

Selama 12 bulan anda menjalani asasi perubatan, anda diberikan peluang untuk mengembangkan kemahiran dalam bidang yang anda ingini.

Elemen praktikal dalam asasi perubatan akan membantu anda untuk menjadi lebih yakin dengan diri sendiri.

Pelajar juga akan belajar cara menyelesaikan tugas dan menggunakan pengetahuan khusus anda secara langsung setelah memasuki peringkat ijazah seterusnya.

Belajar Luar Negara Dengan Zara Zakiah

asasi perubatan

Jika anda tertarik untuk melanjutkan asasi perubatan di luar negara, jangan tunggu lagi dan hubungi Zara Zakiah Education Sdn Bhd.

Terlalu banyak sebab anda patut memilih Zara Zakiah Education dan salah satunya adalah pengalaman mereka yang mengagumkan!

Zara Zakiah Education telah membantu dan menguruskan lebih daripada 600 pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara selama 14 tahun.

Banyak universiti luar negara seperti di Rusia, Mesir, Indonesia dan Bangladesh yang telah mengadakan Memorandum of Understanding Agreement (MOU) dengan Zara Zakiah Education.

Mereka akan memberi bimbingan daripada A-Z serta menjalankan program persediaan untuk pelajar.

Antara bantuan yang mereka tawarkan adalah penyediaan sokongan untuk memohon bantuan kewangan, pinjaman dan biasiswa.

Dokumen sokongan untuk permohonan pengeluaran KWSP juga akan dibantu oleh Zara Zakiah Education.

Namun, Zara Zakiah Education tidak menawarkan apa-apa biasiswa atau pinjaman kerana mereka hanya bertanggungjawab menguruskan pelajar ke luar negara.

Terdapat juga perkhidmatan lain yang mereka tawarkan seperti lawatan ibu bapa semasa pemindahan pelajar ke luar negara.

Bukan itu sahaja, mereka juga memastikan jalinan hubungan mereka dengan pelajar di luar negara erat bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

Jadi anda tidak perlu risau kerana Zara Zakiah Education akan bantu anda menyambung pelajaran ke luar negara malah mereka akan menjaga kemaslahatan anda.

Tunggu apa lagi? 


Hubungi Zara Zakiah Education sekarang!


Posted 2 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES