BLOG

CARA SAMBUNG BELAJAR DI INDONESIA: BIDANG PERUBATAN VETERINAR

Cara Sambung Belajar Di Indonesia: Bidang Perubatan Veterinar

Cara Sambung Belajar Di Indonesia: Bidang Perubatan Veterinar

Mengapa bidang perubatan veterinar menarik?

Perubatan veterinar adalah bidang yang mempunyai impak besar terhadap kesejahteraan haiwan dan kesihatan awam.

Dengan pertumbuhan pesat dalam industri ternakan dan kesihatan haiwan, permintaan untuk profesional perubatan veterinar juga meningkat.

Dengan memilih bidang perubatan veterinar sebagai kerjaya, langkah seterusnya adalah persediaan untuk sambung belajar di mana?

 

Oleh itu, kami fokuskan artikel ini tentang cara sambung belajar di Indonesia khususnya dalam Ijazah Sarjana Muda Veterinar.

 

Mengapa Indonesia? Kerana ada salah satu universiti terbaik disini yang telah menjadi pilihan rakyat Malaysia.

 

Ikuti panduan tentang syarat kemasukan, tarikh kemasukan, medium pembelajaran, dan bantuan kewangan yang diperlukan.

 

Peluang Belajar Bidang Perubatan Veterinar

 

Universitas Airlangga (UNAIR)di Surabaya mempunyai hospital universiti untuk fakulti Perubatan, Perubatan Veterinar, Kejururawatan, dan Pergigian, serta hospital jangkitan tropika untuk Institut Penyakit Tropika.

 

Universiti ini juga dilengkapi dengan kemudahan biosafety tahap tiga.

 

Konsisten dalam ranking universiti dunia yang tinggi, Universitas Airlangga telah lama dianggap sebagai salah satu daripada "Big 5" universiti di Indonesia.

 

Dengan kos sara hidup yang rendah bagi pelajar disini, Universitas Airlangga ialah salah satu universiti awam yang menjadi pilihan untuk menjadi doktor haiwan terbaik!

 

Ia diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency dan Malaysian Veterinary Council.

 

Zara Zakiah Education Sdn Bhd sedia menguruskan pelajar Malaysia ke universiti ini untuk mengejar pendidikan anda dalam bidang perubatan veterinar.

 

  • Syarat Kemasukan

 

Untuk memohon, anda perlu memenuhi syarat kemasukan yang telah ditetapkan:

 

  • SPM (Minimum B semua subjek aliran sains)
  • PNGK 3.0 ASASI/MATRIKULASI DIPLOMA SAINS DAN SETARAF
  • MUET Minima Band 3.0
  • Lulus Ujian Kemasukan

 

  • Intake/ Kemasukan

 

Zara Zakiah Education Sdn Bhd menawarkan intake pada bulan Julai/Ogos, dengan ujian kemasukan diadakan setiap tahun pada bulan Mac, Mei, dan Julai.

 

  • Medium Pembelajaran

 

Pembelajaran di institusi ini adalah sebanyak 70% dalam Bahasa Indonesia dan 30% dalam Bahasa Inggeris.

 

  • Tempoh Pengajian

 

Program ini memerlukan masa pengajian selama 4 tahun dengan tambahan 3 semester praktikal (maksimum).

 

  • Bantuan Kewangan

 

Zara Zakiah Education Sdn Bhd menyediakan pelbagai bantuan kewangan termasuk pengeluaran KWSP serta sokongan melalui zakat atau yayasan negeri.

 

Selepas membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian di institusi ini, kami turut menawarkan perkhidmatan eksklusif untuk memudahkan proses permohonan dan pengurusan kewangan anda.

 

 

Perkhidmatan Eksklusif Kami

 

  • Khidmat konsultasi dan nasihat hala tuju kerjaya
  • Persediaan mental dan fizikal sebelum ke luar negara
  • Penginapan yang selesa untuk pelajar
  • Pemudahcara dalam hal birokrasi antara universiti dan negara
  • Bantuan dalam proses pendaftaran dan pendokumentasian

 

Setelah anda membuat keputusan mengenai institusi dan program ini, adalah penting untuk memahami proses permohonan yang diperlukan.

 

Disini, Zara Zakiah Education Sdn Bhd yang berperanan sebagai agensi konsultan pendidikan sedia membantu untuk menguruskan semuanya bagi kemudahan anda.

 

Selain daripada itu, Zara Zakiah Education Sdn Bhd juga menawarkan perkhidmatan tambahan yang termasuk:

  1. Penyediaan dokumen sokongan untuk pengeluaran KWSP dan pinjaman pendidikan (bank) bagi pengajian anak-anak.
  2. Penyediaan dokumen sokongan bagi memohon bantuan kewangan, pinjaman ataupun tajaan mana-mana pihak.
  3. Lawatan ibu bapa semasa penghantaran pelajar ke negara yang dituju.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi kami.

 

Apakah pandangan anda mengenai sambungan belajar di bidang perubatan veterinar di Indonesia?

 

Sampaikan pendapat anda dalam ruang komen di bawah!


Posted 2 months ago

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES