
Cara Sambung Belajar Di Indonesia: Bidang Perubatan Veterinar
Mengapa bidang perubatan veterinar menarik? Perubatan veterinar adalah bidang yang mempunyai impak besar terhadap kesejahteraan haiwan dan kesihatan awam. Dengan pertumbuhan pesat dalam industri ternakan dan kesihatan...

Cara Sambung Belajar Di Indonesia: Bidang Perubatan Veterinar
Mengapa bidang perubatan veterinar menarik?
Perubatan veterinar adalah bidang yang mempunyai impak besar terhadap kesejahteraan haiwan dan kesihatan awam.
Dengan pertumbuhan pesat dalam industri ternakan dan kesihatan haiwan, permintaan untuk profesional perubatan veterinar juga meningkat.
Dengan memilih bidang perubatan veterinar sebagai kerjaya, langkah seterusnya adalah persediaan untuk sambung belajar di mana?
Oleh itu, kami fokuskan artikel ini tentang cara sambung belajar di Indonesia khususnya dalam Ijazah Sarjana Muda Veterinar.
Mengapa Indonesia? Kerana ada salah satu universiti terbaik disini yang telah menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Ikuti panduan tentang syarat kemasukan, tarikh kemasukan, medium pembelajaran, dan bantuan kewangan yang diperlukan.
Peluang Belajar Bidang Perubatan Veterinar
Universitas Airlangga (UNAIR)di Surabaya mempunyai hospital universiti untuk fakulti Perubatan, Perubatan Veterinar, Kejururawatan, dan Pergigian, serta hospital jangkitan tropika untuk Institut Penyakit Tropika.
Universiti ini juga dilengkapi dengan kemudahan biosafety tahap tiga.
Konsisten dalam ranking universiti dunia yang tinggi, Universitas Airlangga telah lama dianggap sebagai salah satu daripada "Big 5" universiti di Indonesia.
Dengan kos sara hidup yang rendah bagi pelajar disini, Universitas Airlangga ialah salah satu universiti awam yang menjadi pilihan untuk menjadi doktor haiwan terbaik!
Ia diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency dan Malaysian Veterinary Council.
Zara Zakiah Education Sdn Bhd sedia menguruskan pelajar Malaysia ke universiti ini untuk mengejar pendidikan anda dalam bidang perubatan veterinar.
Syarat Kemasukan
Untuk memohon, anda perlu memenuhi syarat kemasukan yang telah ditetapkan:
SPM (Minimum B semua subjek aliran sains)
PNGK 3.0 ASASI/MATRIKULASI DIPLOMA SAINS DAN SETARAF
MUET Minima Band 3.0
Lulus Ujian Kemasukan
Intake/ Kemasukan
Zara Zakiah Education Sdn Bhd menawarkan intake pada bulan Julai/Ogos, dengan ujian kemasukan diadakan setiap tahun pada bulan Mac, Mei, dan Julai.
Medium Pembelajaran
Pembelajaran di institusi ini adalah sebanyak 70% dalam Bahasa Indonesia dan 30% dalam Bahasa Inggeris.
Tempoh Pengajian
Program ini memerlukan masa pengajian selama 4 tahun dengan tambahan 3 semester praktikal (maksimum).
Bantuan Kewangan
Zara Zakiah Education Sdn Bhd menyediakan pelbagai bantuan kewangan termasuk pengeluaran KWSP serta sokongan melalui zakat atau yayasan negeri.
Selepas membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian di institusi ini, kami turut menawarkan perkhidmatan eksklusif untuk memudahkan proses permohonan dan pengurusan kewangan anda.
Perkhidmatan Eksklusif Kami
Khidmat konsultasi dan nasihat hala tuju kerjaya
Persediaan mental dan fizikal sebelum ke luar negara
Penginapan yang selesa untuk pelajar
Pemudahcara dalam hal birokrasi antara universiti dan negara
Bantuan dalam proses pendaftaran dan pendokumentasian
Setelah anda membuat keputusan mengenai institusi dan program ini, adalah penting untuk memahami proses permohonan yang diperlukan.
Disini, Zara Zakiah Education Sdn Bhd yang berperanan sebagai agensi konsultan pendidikan sedia membantu untuk menguruskan semuanya bagi kemudahan anda.
Selain daripada itu, Zara Zakiah Education Sdn Bhd juga menawarkan perkhidmatan tambahan yang termasuk:
Penyediaan dokumen sokongan untuk pengeluaran KWSP dan pinjaman pendidikan (bank) bagi pengajian anak-anak.
Penyediaan dokumen sokongan bagi memohon bantuan kewangan, pinjaman ataupun tajaan mana-mana pihak.
Lawatan ibu bapa semasa penghantaran pelajar ke negara yang dituju.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi kami.
Peluang belajar di luar negara sedang menanti anda! Hubungi sekarang di WhatsApp (En. Nazrin 011-14799976) untuk maklumat penuh.
Apakah pandangan anda mengenai sambungan belajar di bidang perubatan veterinar di Indonesia?
Sampaikan pendapat anda dalam ruang komen di bawah!

Hubungi Kami
Diiktiraf Oleh

Malaysian Medical
Council

Malaysian Veterinar
Council

World Health
Organization

Malaysian Qualifications Agency

Malaysian Pharmacist
Society

Malaysian Dental
Council
Dipercayai
Tiada caj tersembunyi. Kami jujur dari awal sampai akhir.
Sokongan Penuh Di Lapangan
Kami ada bersama anda di negara destinasi — dari hari pertama sampai selesa.
Panduan Kewangan
Kami bantu urusan Pembiayaan Pendidikan Bank AFFIN dan pengeluaran Akaun 2 KWSP.
Pilihan Mengikut Anda
Daripada Perubatan hingga Pengajian Agama — kami padankan bidang terbaik dengan hala tuju anda.















