BLOG

BAGAIMANA INGIN MENJADI SEORANG DOKTOR VETERINAR DI MALAYSIA?

Bagaimana Ingin Menjadi Seorang Doktor Veterinar di Malaysia?

Bagaimana Ingin Menjadi Seorang Doktor Veterinar di Malaysia?

Kerjaya sebagai seorang Doktor Veterinar di Malaysia ini amat luas kerana kadar permintaannya yang tinggi namun kuantiti Doktor Veterinar tidak mencukupi. Namun, mesti ramai yang masih tertanya-tanya kan bagaimana ingin menjadi seorang Doktor Veterinar di Malaysia ini? Jadi, di sini akan dikongsikan apa yang perlu, cara-cara atau perjalanan yang perlu ditempuh untuk seseorang menjadi Doktor Veterinar atau dikenali juga sebagai Doktor Haiwan.

Seperti yang semua sedia maklum, SPM adalah titik permulaan untuk menceburi sebarang bidang di masa yang akan datang. Begitu juga dengan bidang Doktor Veterinar ini. Bidang yang mesti diceburi adalah dari aliran sains tulen yang merangkumi subjek Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan. Selepas menempuh SPM, jika anda berminat untuk menjadi Doktor Veterinar, terdapat empat jalan yang anda boleh pilih untuk menyambung pengajian dalam bidang Doktor Veterinar ini:

  1. STPM

Di peringkat STPM, anda perlu memilih subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik untuk meneruskan cita-cita ini. Minimum B bagi setiap subjek yang diambil adalah syarat wajib untuk menjadi seorang Doktor Veterinar.

  1. MATRIKULASI

Matrikulasi merupakan antara jalan pintas untuk anda menceburi bidang Doktor Veterinar. Anda harus mengambil Modul 1 yang mempunyai subjek Biologi, Fizik dan Kimia ketika di Matrikulasi. Seterusnya, anda mesti score minimum 3.5 pointer PNGK akhir semester bagi membolehkan anda memohon bidang Doktor Veterinar di dalam sistem UPU.

  1. ASASI

Selain Matrikulasi, Program Asasi juga merupakan antara jalan pintas untuk anda menjadi Doktor Veterinar. Syarat juga sama seperti Matrikulasi. Pelajar harus memilih asasi hayat (Biologi, Fizik dan Kimia) dan PNGK akhir. Tetapi, Program Asasi ini adalah satu program yang agak ‘tough’ dan sukar oleh kerana jadual pembelajarannya yang padat. Tapi, kalau nak berjaya kena lah belajar erti manisnya penat lelah kan? Jadi, kena berkorban sikit lah lagi-lagi nak bergelar seorang Doktor Haiwan.

  1. DIPLOMA

Kalau anda nak tahu, Diploma pun boleh menjadi antara jalan pilihan jika anda ingin menjadi seorang Doktor Veterinar. Macam mana? Anda perlu menceburi bidang Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan (DKHP). Bidang ini ada ditawarkan di UPM Cawangan Bintulu, Sarawak. Tetapi, ada sedikit kekurangan jika mengambil Diploma sebagai pilihan iaitu tempoh pengajiannya mengambil masa selama 3 tahun. Namun, jangan bersedih! Walaupun tempoh pengajiannya agak lama, apabila anda berjaya menggenggam segulung Diploma, anda sudah berkelayakan untuk bekerja.

Apabila anda sudah mempunyai salah satu kelayakan seperti di atas, tibalah masanya untuk anda meneruskan pengajian ke bidang Doktor Veterinar.

Bercerita tentang bidang Doktor Veterinar ini, malangnya, di Malaysia setakat ini hanya terdapat dua buah universiti awam sahaja yang menawarkan bidang Doktor Veterinar ini:

  1. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  2. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Mungkin ramai tidak tahu di luar negara ada banyak peluang untuk menceburi bidang Doktor Veterinar ini. Tak tahu IPTA luar negara mana yang menawarkan bidang Doktor Veterinar?

Jangan risau! Zara Zakiah Education boleh membantu anda dari A ke Z. Lepas ni, anda tidak perlu pening-pening lagi nak fikirkan universiti luar negara mana yang menawarkan bidang popular Doktor Veterinar ini. Kini, kami boleh bantu anda untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.

Dalam negara tidak ada peluang? Jangan sedih, luar negara kan ada. Nak info lebih pantas tentang Doktor Veterinar di luar negara? Anda boleh terus whatsapp atau call Konsultan Pendidikan kami, En Nazrin di talian 011-14799976

Dream Higher, Study Abroad

Untuk mengetahui info lanjut, boleh ikuti kami di:

Instagram: @zarazakiaheducation

Facebook: @zarazakiaheducation

Tiktok: @zarazakiaheducation


Posted 1 year ago

Comments

Husna 8 months ago

Assalamualaikum saya nak tnya...time spm dlu kan saya ambik aliran sastera...and then time diploma saya sambung diploma Mikrobiologi...kalau saya ambik balik spm science stream...and cemerlamg..
Boleh ke saya sambung degreen vet?

Add a comment

CATEGORIES