Mungkin ada yang bertanya kenapa perlu sampai ke negara orang untuk sambung belajar?
Bukankah di negara kita sendiri terdapat pelbagai jenis universiti yang hebat-hebat belaka?
Betul, memang kita tak dapat nafikan bahawa institut pengajian tinggi di negara kita bukanlah calang-calang malah mampu bersaing dengan universiti lain di luar negara.
Tetapi sebenarnya banyak kelebihan belajar di luar negara yang tidak dapat pelajar rasakan jika belajar dalam negara sendiri.
Nak tahu apakah kelebihan tersebut?
Teruskan membaca!
Banyak kelebihan menarik belajar di luar negara seperti mendapatkan kerja yang bagus dan meningkatkan kualiti kehidupan sosial anda.
Masih tak percaya?
Jom baca 8 kelebihan belajar di luar negara.
Mungkin ramai yang menyatakan, sambung belajar sahaja sudah menjadi satu cabaran, nak tambah lagi dengan sambung belajar di luar negara?
Ya, tetapi menyambung pelajaran di luar negara akan menjadi satu cabaran yang unik yang bakal menjadi antara pengalaman yang tak mungkin anda boleh lupakan.
Normal untuk anda berasa bimbang untuk meninggalkan tanah air kita tetapi perkara itulah yang membuatkan pengalaman ini lebih berharga dan bermanfaat.
Dalam kes ini, sememangnya pendidikan merupakan kelebihan yang paling penting untuk belajar di luar negara.
Tetapi apakah kelebihannya?
Jika anda menyambung pelajaran di luar negara, anda berpeluang mendapatkan gaya pendidikan yang berbeza.
Anda akan terdedah dengan pelbagai gaya pembelajaran yang baharu dan mungkin lebih berkesan untuk anda.
Yang paling menarik, anda mungkin berpeluang mendapatkan perspektif berbeza tentang kursus anda yang mungkin tidak boleh didapati di sini.
Anda juga akan dapati bahawa dengan menyelami sepenuhnya dalam sistem pendidikan negara destinasi anda, anda akan lebih memahami orang, tradisi dan budaya mereka.
Salah satu kelebihan terbesar adalah peluang untuk menyelami persekitaran baharu yang berbeza sama sekali dengan negara asal.
Pengalaman ini membolehkan anda untuk melihat dan melakukan perkara yang tidak pernah anda lalui, bertemu dengan orang yang membesar dengan budaya yang berbeza.
Anda akan dapat merasa makanan, adat, tradisi dan suasana sosial baharu yang luar biasa.
Bukan buaya orang sahaja, anda juga akan belajar melihat budaya anda sendiri melalui pandangan orang lain.
Anda boleh belajar banyak perkara mengenai diri anda dan negara asal anda dengan cara ini!
Lagi satu kelebihan yang menarik adalah anda berpeluang belajar bahasa asing baharu.
Mungkin anda fikir, nak belajar bahasa di mana-mana pun boleh.
Betul, tetapi mempelajari bahasa boleh menjadi satu cabaran yang besar tetapi jika anda dikelilingi orang yang bertutur bahasa itu, anda akan dapat menggunakan bahasa itu dengan mudah!
Lagipun, universiti anda di luar negara mungkin akan menawarkan kursus bahasa untuk memberikan anda pendidikan formal tentang bahasa tersebut.
Jelas sekali alasan utama mendapatkan pengajian adalah untuk meningkatkan prospek kerjaya anda.
Untuk pengetahuan anda, majikan semakin menghargai graduan yang mempunyai pengalaman dan pendidikan antarabangsa.
Hal ini kerana, ia membuktikan anda boleh mengatasi cabaran, berkebolehan berbahasa asing dan mempunyai pemahaman yang lebih besar mengenai dunia.
Belajar di negara lain menawarkan banyak aktiviti dan minat baharu yang mungkin tidak pernah anda temui sekiranya anda tinggal di negara asal.
Anda mungkin mendapati bakat baharu yang belum anda temui atau pelbagai sukan baharu yang mungkin belum anda cuba.
Anda juga berpeluang untuk mencari bentuk hiburan baharu dan menarik yang lain daripada yang lain.
Anda akan mendapati bahawa belajar di luar negara benar-benar membuatkan anda lebih berdikari.
Selain itu, anda akan mendapati belajar di luar negara akan memupuk sifat ingin tahu dan menguji kemampuan diri anda untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan masalah.
Anda akan berpeluang untuk lebih mengenali diri anda sendiri sambil memperoleh pemahaman tentang budaya berbeza.
Bagi kebanyakan pelajar, ia mungkin satu-satunya peluang yang mereka dapat untuk melancong ke luar negara untuk jangka masa yang panjang.
Pada hari yang mendatang, anda akan kerja mengejar kerjaya idaman anda dan pada waktu itu, anda akan sedar bahawa mungkin ianya peluang yang datang sekali seumur hidup.
Ambillah kesempatan ini untuk mengembara dunia tanpa komitmen melainkan belajar dan selami budaya baharu.
Mesti anda sudah tak sabar ingin merebut peluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.
Tetapi di manakah anda patut mula?
Apakah perkara pertama anda perlu lakukan.
Senang sahaja, hubungi Zara Zakiah Education Sdn Bhd!
Zara Zakiah akan membantu anda daripada A-Z untuk sambung belajar di luar negara.
Mereka akan membantu anda sepertimana mereka telah membantu lebih daripada 600 pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara selama 14 tahun.
Zara Zakiah telah mengadakan Memorandum of Understanding Agreement (MOU) dengan pelbagai universiti luar negara seperti di Rusia, Mesir, Indonesia dan Bangladesh.
Anda tak perlu risau, mereka menawarkan program persediaan pelajar supaya anda tidaklah terkontang-kanting seorang diri di negara orang.
Walaupun mereka tidak menawarkan sebarang biasiswa atau pinjaman kepada pelajar, mereka boleh membantu dari sisi yang lain.
Bantuan tersebut adalah dari segi penyediaan sokongan memohon bantuan kewangan, pinjaman dan biasiswa, serta bagi permohonan pengeluaran KWSP ibu bapa.
Perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah bimbingan lawatan ibu bapa semasa pemindahan pelajar ke luar negara.
Bukan itu sahaja, mereka memastikan hubungan mereka dengan pelajar kekal erat sepanjang pengajian.
Jadi, tunggu apa lagi?
Hubungi Zara Zakiah Education Sekarang!
Add a comment