BLOG

SYARAT MASUK UNIVERSITI DI LUAR NEGARA MENGIKUT SISTEM MALAYSIA

Syarat Masuk Universiti Di Luar Negara Mengikut Sistem Malaysia

Syarat Masuk Universiti Di Luar Negara Mengikut Sistem Malaysia

Ramai di antara pelajar sekolah menengah di Malaysia menyimpan cita-cita untuk belajar di luar negara.

Tetapi adakah mereka faham apakah yang mereka perlu tahu sebelum mendaftar masuk ke universiti di luar negara?

Seperti yang kita tahu, kebanyakkan mereka tidak mempunyai pemahaman yang jelas tentang syarat-syarat kemasukan universiti di luar negara.

Ingat tak lagi beberapa tahun lepas, setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri akan ada satu seksyen dalam surat khabar di mana pelajar Malaysia di luar negara menyampaikan salam buat keluarga di Malaysia. 

Macam seronok pula menyampaikan salam di situ.

Tidak dapat dinafikan di seksyen itu sahaja, ramai individu telah menyimpan hasrat untuk melanjutkan cita-cita ke luar negara sejak dari usia yang muda.

Malah, ramai di antara mereka merupakan pelajar cemerlang. Mereka belajar bersungguh-sungguh agar mereka dapat mencapai cita-cita dengan bantuan biasiswa kerajaan.

Namun, mereka tidak dapat merebut peluang kerana tidak memahami tentang proses pembelajaran ke luar negara dengan jelas.

Kedengaran sangat sedih tetapi usah risau.

Ada beberapa syarat kemasukan ke universiti di luar negara yang perlu bakal pelajar ketahui sebelum membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di luar negara.

Oleh itu, kami akan kongsikan 4 syarat kemasukan ke universiti di luar negara yang telah ditetapkan oleh sistem Malaysia.

Syarat Kemasukan Universiti Luar Negara

syarat masuk universiti

Syarat 1: Pelajar Menepati Syarat Kelayakan Minimum

Untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara walaupun bukan di bawah biasiswa atau bayaran kerajaan, pelajar mesti memenuhi kelayakan akademik minimum yang telah ditetapkan oleh universiti tersebut.

Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan minimum, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengeluarkan Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN)/Surat Tiada Halangan (STK).

Sijil-sijil ini berfungsi sebagai mekanisme kawalan terhadap kualiti pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di luar negara.

Namun sejak beberapa tahun yang lepas, KPT telah memansuhkan pengeluaran SSLN dan STH.

Keputusan itu dibuat selepas ada pihak yang tidak bertanggungjawab ditangkap kerana telah menyalahgunakan serta memalsukan dokumen terlibat untuk kepentingan diri sendiri.

Syarat 2: Mendapatkan Maklumat Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara

Sebelum meneruskan pelajaran ke luar negara, pelajar juga perlu memastikan bahawa institusi tinggi yang ingin mereka masuk mempunyai pengiktirafan dari KPT Malaysia.

Pelajar boleh merujuk ke KPT dan pejabat Education Malaysia luar negara.

Sebarang maklumat lanjut, pelajar boleh melayari laman web IPT luar negara yang berkaitan atau Pejabat Perwakilan Tetap negara berkenaan di Malaysia.

Ini juga merupakan proses berjaga-jaga yang wajar diambil oleh ibu bapa dan pelajar agar mereka tidak terpedaya dengan maklumat yang telah diberikan kerana berkemungkinan ianya palsu.

Syarat 3: Kursus Pengajian Diiktiraf Malaysia

Amat penting bagi pelajar memastikan institusi tinggi yang ingin mereka masuki mempunyai pengiktirafan dari KPT Malaysia dan Pejabat Pendidikan Malaysia.

Sebarang maklumat lanjut pelajar boleh melayari laman web IPT luar negara yang berkaitan atau Pejabat Perwakilan Tetap negara yang berkenaan di Malaysia.

Untuk mendapat maklumat tentang universiti yang telah mendapat Pengiktirafan Kursus Pengajian di IPT Luar Negara, pelajar boleh rujuk pada laman Agensi Kelayakan Malaysia.

Proses ini sangat penting untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini selepas menamatkan pengajian.

Boleh dikatakan ramai juga graduan luar negara yang kecewa apabila kembali ke tanah air dan mendapati Ijazah dan sijil yang mereka dapat di universiti luar negara tidak diiktiraf di Malaysia.

Lantas, menyukarkan mereka untuk mendapatkan pekerjaan, lebih-lebih lagi dalam sektor awam di Malaysia.

Oleh itu, KPT menasihatkan pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian di luar negara supaya memastikan institusi pengajian tinggi terlibat serta program yang dipilih atau ditawarkan adalah diiktiraf.

Ianya juga untuk memastikan pelajar menerima pembelajaran yang berkualiti dan pihak universiti tidak mengambil kesempatan terhadap pelajar kelak.

Belajar di Luar Negara Dengan Zara Zakiah

syarat masuk universiti

Kedengaran seperti leceh dan kami juga tidak dapat menafikan memang leceh, lebih-lebih lagi melibatkan urusan rasmi seperti agensi kerajaan.

Usah risau kerana Zara Zakiah Education sedia membantu anda untuk melalui satu demi satu proses ini.

Zara Zakiah Education Sdn. Bhd. merupakan syarikat konsultan pendidikan milik bumiputera muslim sepenuhnya yang membantu pelajar yang ingin melanjutkan pengajian sama ada di dalam mahupun luar negara.

Antara perkhidmatan yang disediakan kepada pelajar dan ibubapa adalah:

  • Khidmat nasihat profesional dan perkongsian pengalaman dalam pengurusan pelajar ke luar negara.
  • Membantu pelajar bersiap sedia dari  aspek mental dan fizikal sebelum ke luar negara.
  • Menguruskan pendaftaran, penginapan yang selesa, serta penerbangan pelajar  ke luar negara.
  • Motivasi dan tips untuk lebih cemerlang.

Zara Zakiah sedia membantu bukan sahaja cita-cita anak muda, malah cita-cita ibu bapa untuk melihat anak mereka gembira dan berjaya.

Terdapat beberapa bidang yang Zara Zakiah sediakan perkhidmatan memudahkan proses kemasukan ke universiti di luar negara.

Bidang yang ditawarkan meliputi program sains seperti perubatan, pergigian, farmasi dan veterinar, program teknikal seperti kejuruteraan, dan pengajian Islam.

Dengan lebih dari 10 tahun pengalaman dalam bidang ini, mereka mempunyai pengurusan yang sistematik dan profesional.

Dari awal hingga ke akhir mereka akan uruskan. Jom rebut peluang dan capai cita-cita anda sekarang dengan Zara Zakiah!


Posted 1 year ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES