Kenali 3 Perkara Penting Tentang Doktor Haiwan (Veterinar) Yang Harus Pelajar Ketahui

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
doktor haiwan

Sejak dahulu lagi, jika kita bercakap perihal Doktor Haiwan atau Veterinar dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya dalam sektor pendidikan, masih ramai yang belum jelas kepentingan dan kelebihan jika pelajar menceburi bidang ini.

Program Doktor Haiwan atau Veterinar ini boleh dikategorikan sebagai program dan kerjaya yang mulia kerana kita mengasihi makhluk ciptaan Allah S.W.T. selain manusia tanpa ada diskriminasi seperti anjing dan babi.

Selain dari tuntutan agama, tahukah anda masyarakat barat disana sudah lama mengagumi dengan pekerjaan Doktor Haiwan atau Veterinar ini?

Laluan Kerjaya Doktor Haiwan atau Veterinar

Namun, sejak 3 atau 4 tahun kebelakangan ini kerjaya Doktor Haiwan atau Veterinar mula mendapat perhatian dalam kalangan pelajar terutamanya bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Hal ini demikian kerana, mungkin faktor kesedaran tentang penjagaan haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, hamster dan lain-lain telah mula menimbulkan rasa minat dan sayang terhadap haiwan peliharaan berkenaan ke satu tahap yang membuatkan pelajar ingin rasa bertanggungjawab dan prihatin ke atas haiwan khususnya.

Bermula di Tingkatan 3, pelajar harus memilih aliran sains tulen semasa di Tingkatan 4 yang merangkumi subjek seperti Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan. Pelajar harus mendapat gred minima B bagi subjek-subjek berkenaan untuk melayakan pelajar menyambung pelajaran di matriks / asasi / setaraf aliran sains hayat. Terakhir, pelajar perlu mendapat purata CGPA 3.0 dan keatas bagi membolehkan pelajar memohon program Doktor Haiwan atau Veterinar ini yang melayakkan pelajar di short-listed kan dalam sesi interview bagi setiap IPTA yang menawarkan program Doktor Haiwan atau Veterinar ini. Perlu diingatkan, hanya terdapat dua buah IPTA sahaja yang menawarkan program Doktor Haiwan atau Veterinar ini, di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang menawarkan kuota seat terhad 30 tempat sahaja. Manakala, bagi IPTS tiada universiti yang mampu menawarkan program Doktor Haiwan atau Veterinar ini.

Kerjaya Doktor Haiwan atau Veterinar

doktor haiwan

Kerjaya Doktor Haiwan atau Veterinar ini juga sama seperti Doktor Pembedahan yang sering didengari. Yang membezakan antara mereka adalah pembedahan haiwan dan manusia.

Doktor Haiwan atau dikenali juga Veterinar ini tidak tertakluk bekerja di klinik atau hospital haiwan sahaja, bahkan juga membuat khidmat pengimejan dan diagnosis makmal, endoskopi, sonografi, pembedahan jantung dan rawatan kanser berdasarkan kepada kes yang dikendalikan tidak kiralah membabitkan haiwan kesayangan, haiwan besar, avian, eksotik dan hidupan liar.

Menurut Dr. Puteri Azaziah Megat Abdul Rani, Doktor Veterinar di Hospital Veterinar Universiti (UVH), Universiti Putra Malaysia (UPM). Bidang tugas golongan profesional ini semakin meluas seiring perkembangan masyarakat hari ini, antaranya termasuklah keselamatan makanan dan meningkatkan kesedaran mengenai penyakit zoonotik atau penyakit bawaan haiwan. Selain itu, gaji yang diberikan adalah sama seperti pekerjaan profesional yang lain.

Mengapa Belajar Doktor Haiwan atau Veterinar Merupakan Satu Pilihan Yang Baik?

doktor haiwan

Setiap pekerjaan yang hendak dipilih itu akan ada kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. Berikut merupakan sebab-sebab anda perlu memilih untuk belajar Doktor Haiwan atau Veterinar ini:

1.  Pekerjaan Yang Dianggap Serba Boleh

Mengapa dikatakan pekerjaan yang serba boleh? Hal ini demikian kerana, kerjaya Doktor Haiwan atau Veterinar ini melibatkan pesakit yang tidak boleh berkomunikasi. Pesakit (haiwan) tidak boleh bertutur atau mengadu tentang permasalahan mereka. Kebiasaanya hanya akan membuat diagnosis daripada apa yang diberitahu oleh owner dan melalui pemeriksaan fizikal sahaja. Bayangkan merawat pesakit yang tidak boleh berkomunikasi, mencabar kan? Terbukti kerjaya Doktor Haiwan atau Veterinar ini betul-betul serba boleh dan super power!

Negara Memerlukan Kepakaran Doktor Haiwan / Veterinar

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Veterinar, Datuk Dr Kamarudin Md Isa, “Veterinar di negara juga dilihat mencukupi namun masih ada keperluan untuk menampung jumlah sedia ada,”.

Ternyata negara kita masih memerlukan Doktor Haiwan atau Veterinar yang ramai untuk menampung kekurangan dalam profession ini. Seramai 23,00 orang Doktor Haiwan atau Veterinar yang sudah berdaftar, tetapi masih menunjukkan kadar permintaan yang kurang dalam industri perubatan dan ternakan haiwan. Ini akan membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang menginginkan pekerjaan ini.

2.  Kerja Yang Mulia

Haiwan merupakan makhluk ciptaan Allah yang ada hak untuk menjalani kehidupan yang sempurna di dunia sama seperti manusia dan ciptaan-Nya yang lain.

Tuntutan agama menjelaskan ihsan terhadap haiwan. Ihsan terhadap haiwan bermaksud membuat kebaikan seperti bertimbang rasa dan tidak menganiaya ketika menyembelihnya.

Dalam konteks ini menjelaskan haiwan juga memerlukan rawatan yang sewajarnya apabila mereka dalam keadaan yang memerlukan bantuan kesihatan. Setiap haiwan yang mengalami kecederaan haruslah menerima rawatan dengan sebaiknya. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana haiwan.

3.  Pekerjaan Yang Dihormati

Kerjaya sebagai seorang Doktor Haiwan atau Veterinar ini sememangnya akan dihormati oleh masyarakat. Mereka akan memandang Doktor Haiwan sebagai insan yang penting dalam komuniti. Sebagai contoh, penyakit seperti zoonotik adalah penyakit yang boleh menjangkiti manusia daripada haiwan. Tugas para Doktor Haiwan atau Veterinar ini memelihara keselamatan manusia sejagat dengan mengawal merebaknya penyakit seperti zoonotik ini.

4.  Diberi Peluang Menyambung Pelajaran Ke Luar Negara

Peluang untuk menyambung pelajaran ke luar negara dalam bidang ini sangat terbuka. Terdapat banyak universiti IPTA luar negara yang mempunyai world rank terbaik diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia yang menawarkan pengajian dalam bidang Doktor Haiwan atau Veterinar ini.

Oleh hal demikian, telah dinyatakan sebelum ini kuota IPTA dalam Malaysia adalah sangat terhad. Oleh yang demikian, segelintir pelajar telah mengambil inisiatif untuk menyambung pengajian di luar negara seperti di Institut Pertanian Bogor (IPB) di Indonesia yang mana setaraf dengan UPM, University of Sydney di Australia (antara universiti terbaik dalam bidang perubatan veterinar) dan ada juga yang memilih untuk belajar di Bangladesh Agricultural University di Bangladesh untuk yuran pengajian yang lebih rendah dan berpatutan.

Jika anda berminat untuk belajar bidang Doktor Haiwan atau Veterinar di luar negara, lebih baik untuk anda menghubungi agensi Zara Zakiah Education Sdn Bhd yang berpengalaman luas 14 tahun dalam pengurusan pelajar ke luar negara untuk memudahkan proses anda menyambung pengajian ke sana.

Ini adalah antara sebab anda perlu memilih mereka untuk membantu anda menyambung pengajian di luar negara:

  • Pengalaman 14 Tahun Dalam Industri
  • Perjanjian Memorandum Of Understanding (MOU) Antara Zara Zakiah Education dengan universiti-universiti terlibat di luar negara
  • Bimbingan Dari A-Z
  • Pembayaran Secara Berperingkat
  • Menjalankan program persediaan pelajar sebelum ke luar negara
  • Hubungan akrab di antara pihak Zara Zakiah dan pelajar-pelajar di luar negara

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Dapatkan Info Terbaru Kami

Jom !

bomstart

bomstart

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terbaru

OPEN DAY!

BERITA BAIK BUAT SEMUA!Zara Zakiah Education akan mengadakan OPEN DAY! Open Day? YA! Taklimat percuma berkaitan program Ijazah Sarjana Muda

Baca Selanjutnya »

Ikuti Kami

Tags