BLOG

KEPUTUSAN SPM YANG LAYAK MASUK UNIVERSITI DALAM NEGARA DAN LUAR NEGARA

Keputusan SPM Yang Layak Masuk Universiti Dalam Negara dan Luar Negara

Keputusan SPM Yang Layak Masuk Universiti Dalam Negara dan Luar Negara

Tahukah anda keputusan SPM yang layak masuk universiti? Apakah penanda aras keputusan yang cemerlang?

Banyak sebenarnya peluang yang dapat anda semua rebut jika anda tahu di mana anda perlu cari.

Nak tahu dengan lebih lanjut? Bacalah artikel ini!

Kepentingan Adanya SPM

Keputusan SPM Yang Layak Masuk Universiti

Mengapa SPM ini begitu penting? Bukankah ia hanya sekadar peperiksaan?

Ya, memang betul ia hanya sekadar peperiksaan. Namun, ada beberapa kepentingan SPM ini terutamanya kepada rakyat Malaysia.

Pertama, sebagai penilaian menuntut ilmu selama 10 tahun di peringkat sekolah.

Kedua, sebagai penanda aras untuk membina rumah tangga. Rata-rata masyarakat Malaysia khususnya ibu bapa sering menetapkan SPM sebagai tanda kematangan.

Ketiga, sebagai syarat yang mesti dipenuhi untuk memohon pekerjaan. SPM ini dinilai sebagai ‘the bare minimum’ dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Tidak kiralah sama ada anda ingin menjadi operator kilang ke, mereka yang berkhidmat sebagai anggota awam seperti polis dan bomba perlu memiliki pengajian SPM!

Keempat, kalau anda berminat untuk menjadi guru, anda wajib memiliki SPM, lebih-lebih lagi untuk subjek-subjek bukan pilihan.

Subjek-subjek seperti Bahasa Malaysia, Geografi dan Sejarah mesti skor supaya sinar harapan untuk menjadi pendidik bangsa itu tinggi.

Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang ingin merebut peluang menjadi guru. Ini bermaksud peluang untuk menjadi seorang guru adalah amat sengit.

Kelima, jika keputusan SPM cemerlang, anda memiliki kelonggaran ataupun upperhand untuk memilih kos yang anda minat.

Mana-mana pun pilihan anda, destinasinya tetap sama. Masing-masing memiliki perjalanan dan pace tersendiri.

Hala Tuju Selepas SPM

Keputusan SPM Yang Layak Masuk Universiti

Apa yang perlu anda lakukan selepas habis SPM?

Jika anda mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, segeralah isi dan semak UPU.

Terdapat banyak jenis pilihan hala tuju selepas SPM antaranya:

  • A-Level

Tempoh pengajian tidak lama, hanya setahun setengah hingga dua tahun.

Ia terbahagi kepada 2 tahap iaitu Advanced Subsidiary (AS) dan Advanced Two (A2).

  • GIATMARA

Asah kemahiran anda di institut GIATMARA secara sepenuh masa atau separuh masa.

Sesiapa sahaja layak memohon, janji anda boleh 3M ini: membaca, menulis dan minat.

  • Institusi Pendidikan Awam/Swasta

Jika anda ingin ke universiti awam tempatan, anda haruslah memohon kemasukan melalui Permohonan UPU online untuk lepasan SPM/ setaraf.

Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) turut menjadi pilihan ramai buat lepasan SPM termasuklah IPTS terkenal seperti Universiti Teknologi Petronas, UniKL, MMU dan sebagainya.

  • Belajar Luar Negara

Kebanyakan pelajar lepasan SPM yang cemerlang menyambung pelajaran ke Indonesia, Russia, India, UK dan banyak lagi negara lain.

Kos ditanggung sepenuhnya oleh biasiswa dari kerajaan, namun, ada juga dalam kalangan pelajar yang membiayai pengajian secara sendiri.

Kesimpulannya, pendidikan SPM adalah amat penting untuk dalam menentukan masa hadapan.

Dengan adanya pendidikan SPM, anda boleh meneruskan pelajaran secara lokal mahupun luar negara.

Jika anda memerlukan bantuan untuk sambung belajar di luar negara, anda boleh menghubungi Zara Zakiah.

ZARA ZAKIAH EDUCATION SDN. BHD. merupakan sebuah agensi milik bumiputera muslim sepenuhnya.

Syarikat ini berperanan membantu pelajar dan ibu bapa yang ingin melanjutkan pengajian sama ada dalam mahupun luar negara.

Belajar Luar Negara dengan Zara Zakiah

Keputusan SPM Yang Layak Masuk Universiti

Jangan pening-pening, anda boleh belajar di luar negara sekarang dengan Zara Zakiah!

Anda berminat nak sambung medik? Zara Zakiah boleh tolong uruskan untuk anda.

Lebih 600 orang pelajar telah memilih perkhidmatan Zara Zakiah kerana kos yuran dan sara hidup yang rendah.

Sekarang anda dah tahu beberapa kelebihan sambung belajar ke luar negara.

Rasa rugi kan jika anda tak rebut peluang ini?

Dengan Zara Zakiah, anda bukan sahaja boleh sambung bidang berkaitan perubatan, veterinar, pergigian dan farmasi.

Malah, anda juga boleh menyambung bidang-bidang lain seperti kejuruteraan dan pengajian Islam.

Anda mempunyai beberapa pilihan sama ada ingin menyambung pelajaran di Mesir, Rusia, Indonesia ataupun Bangladesh.

Pilihan berada di dalam tangan anda.

zara zakiah

ZARA ZAKIAH EDUCATION SDN BHD (1219292-M) adalah agensi milik Bumiputera Muslim yang berperanan membantu pelajar melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.

Pilihlah Zara Zakiah kerana:

  • Berpengalaman lebih dari 10 tahun
  • Pengurusan pelajar yang PROFESIONAL dan SISTEMATIK
  • Menyediakan dokumen bantuan kewangan
  • Konsultasi PERCUMA

 

Hubungi Zara Zakiah Education Sekarang!

 


Posted 1 year ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES