Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana hendak menjadi seorang Doktor Gigi. Mungkin adik-adik diluar sana yang berminat untuk menjadi seorang doktor gigi tapi tak tau dari mana nak mula dan sebagainya. Di sini saya berikan sedikit panduan bagaimana untuk menjadikan cita-cita sebagai seorang doktor gigi menjadi realiti.
Pertama sekali, adik kena tetapkan pilihan menjadi seorang doktor gigi selewatnya pada umur 15 tahun atau masa ambil exam PT3. Kenapa? Sebab ia menentukan samada adik akan ambil Aliran Sains atau tidak semasa di Tingkatan 4 nanti. So, masa exam PT3 tu jawab betul-betul dapatkan peluang untuk ambil Aliran Sains semasa di Tingkatan 4. Kemudian semasa peperiksaan SPM berusaha untuk dapatkan result terbaik (minimum B) terutama dalam subjek sains (Kimia, Biologi, Fizik, Matematik Tambahan). Subjek lain tu janganlah fail, minimum credit.
Kalau tak ambil aliran sains tapi minat sangat-sangat nak jadi Doktor Gigi dah terlewat ke? *tiada istilah terlewat dalam menuntut ilmu* eceh. Alternatif lain adik boleh buat Foundation/Asasi Sains atau Diploma in Science di mana-mana universiti yang menawarkan kursus tersebut (biasanya institusi swasta). Lepas tu dah boleh pursue your study dalam bidang yang di minati.
Seterusnya, adik kene tanya diri sendiri nak belajar dalam negara atau luar negara. Kalau dalam negara, samada Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta.
- IPTA
Belajar IPTA sentiasa menjadi pilihan utama pelajar kerana prestasinya dan kadar yuran yang ada subsidi (Yuran murah la, yang pasti). Untuk makluman, bagi setiap universiti ada kuota tersendiri dan biasanya dia akan utamakan pelajar yang buat asasi di institusi itu sendiri. Sudah pasti dia akan ambil pelajar yang mendapat 3.80 ke atas dan ditapis lagi dengan interview (Aja aja fighting!). Antara IPTA yang menawarkan Bachelor of Dental Surgey.
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Teknologi Mara (UITM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Sains Malaysia (USM) dan lain-lain.
- IPTS
IPTS menjadi alternatif kepada para pelajar sekiranya tidak memenuhi kelayakan untuk masuk ke IPTA. Sudah pasti yuran pengajian agak mahal even ada support PTPTN. Especially course dentistry sebab equipment untuk belajar bidang ini agak mahal. Adik-adik boleh survey yuran di laman web institut berkenaan. Sejak akhir-akhir ini sudah banyak Institusi Swasta yang menawarkan Bidang Doktor Gigi ini, antaranya:
- International Medical University (IMU)
- Taylor’s University
- AIMST University
- SEGi University
- Melaka Manipal Medical College (MMMC) dan banyak lagi.
- Luar Negara
Belajar di luar negara juga menjadi pilihan dan alternatif bagi bakal doktor gigi ini. Antara sebab utama mereka ambil dentistry di luar negara adalah mendapat tajaan (hehe, but lately susah nak dapatkan tajaan terutama medic dan dentistry but still boleh cuba, rezeki ada di mana-mana kan).
Sebab seterusnya, yuran pengajian lebih rendah berbanding IPTS di Malaysia (bergantung universiti yang dipilih, kalau belajar kat UK, confirm yuran standard nilai sana) dan dapat belajar budaya baru, bahasa baru di negara orang. Even negara jiran macam Indonesia tetap ada bezanya dengan Malaysia. Tak dapat dinafikan belajar luar negara menjadikan pelajar tersebut lebih berdikari dan menghargai apa yang disekelilingnya (berdasarkan pengamatan dan pengalaman penulis).
Antara negara yang selalu menjadi pilihan pelajar (terutama Melayu) adalah:
- Mesir
- Indonesia
- Bangladesh
- India
Oh ya, tempoh buat degree ni hanya 5 tahun. Bagi sesiapa yang nak sambung Dentistry di Mesir hanya menggunakan result SPM sahaja (so jimat setahun asasi/matriks, hihi). Sebarang persoalan saya sedia membantu 014-806 8027 / 011-1479 9976. Setelah tamat 5 tahun belajar, pelajar dikehendaki menjalani ‘Latihan Praktikal’ selama 2 tahun. Bermula tahun 2017, nama FYDO (First Year Dental Officer) ditukar kepada New Dental Officer Program (NDOP).
So good luck ya dan all the best ! kepada mereka yang berminat menjadi doktor gigi ni. Prospek kerja memang bagus dan berdasarkan statistik, kerjaya ini masih lagi on demand.
98 Comments
assalamualaikum dan salam sejahtera, saya nak tanya sikit. saya sekarang sedang apply UPU dan saya berminat nak jadi seorang doktor gigi. tapi saya masih samar cara nak melanjutkan pelajaran dalam bidang dentistry. saya berniat saya nak ambil asasi. untuk menjadi doktor gigi, kita kena ambil asasi apa ya? sebab apa yg saya lihat, ada asasi sains, asasi pergigian dan asasi perubatan. jika saya dapat asasi sains hayat atau asasi perubatan, adakah ia ia tergolong dalam perjalanan untuk menjadi doktor gig? 🙂
Waalaikumussalam, Hannah.
Berkenaan asasi tersebut, bergantung kepada universiti yang awak apply. Kalau ada asasi pergigian (contoh: UIA) better awak apply asasi pergigian terus. Kalau tiada,(Contoh UM,UPM dll) asasi sains juga boleh ke dentistry.
assalamualaikum saya allisya, nak bertanya. saya dapat menyambung pelajaran dalam asasi sains komputer di matrik. masih ada peluang ke untuk saya sambung degree untuk menjadi seorang doctor? saya waswas sebab ramai orang cakap boleh disebabkan ada subjek bio,kiia, fizik. jadi macam mana ya?
walaikumusalam layak jika mahu sambung perubatan di luar negara,jika dalam malaysia x lepas sebab kena matrik sains hayat
Assalamualaikum, anak saya SPM 2017,sekarang Matrikulasi 1 thn, berminat untuk sambung belajar di Mesir @ Bangladesh dalam bidang perubatan atau pergigian, Bagaimana cara untuk mohon dan kelayakan. TQ
Waalaikumussalam, Puan Liza.
Puan boleh hubungi terus 019-609 7429 untuk penerangan lebih lanjut.
Assalamualaikum. Nk tyn ttg masalah anak sy yg berminat dlm bidang kedoktoran tetapi sk anak sy hyn tawarkan subjek sains tulen fizik,kimia ada caranya tak bgmn anak sy blh utk duduki subjek biologi utk layak mohon bidang ini arau ada cara lain. Minta jasa baik bagi pencerahan masalah ini.
Waalaikumussalam, Puan Norizan.
Pilihan pertama, anak puan boleh ambil paper SPM Biologi tahun berikutnya. Kemudian boleh sambung dalam negara atau luar negara.
Atau cara kedua, anak puan boleh ambil diploma in science kemudian baru teruskan ambil medic. Namun menerusi cara ni anak puan tak dapat sambung kedoktoran dalam negara sebab institusi pendidikan (medic/dentistry) dalam negara tertakluk pada syarat yang ditetapkan oleh MMC (Malaysian Medical Council) dan MDC (Malaysian Dental Council).
Atau pun pilihan ketiga, anak puan boleh ambil paper SPM Biologi dalam masa yang sama buat foundation di IPTS yang ada subjek biologi. Setelah itu, anak puan boleh teruskan dalam bidang medic/dentistry.
Ataupun pilihan keempat, anak puan boleh ambil first degree dalam mana-mana bidang sains contoh Fisioterapi kemudian baru ambil second degree dalam perubatan. Namun, cara ni agak panjang sikit. Saya harap info ini dapat membantu puan 🙂
Aslmualaikum..adakah peluang lepasan dip. sains cerah utk menymbung pengajian d dlm bidang pergigian walaupun result SPM ada 2C+(che,addmt)..mohon bantuan..hmm..yg lain alhamdulillah 5A 2B..tq
Waalaikumussalam, Haffiz.
Untuk sambung dalam bidang pergigian dalam negara, tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan oleh MDC (Malaysian Dental Council) iaitu mendapat pointer Diploma sekurangnya 3.50 dan keputusan SPM sekurangnya B bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik (atau Matematik Tambahan). Maklumat lebih terperinci boleh rujuk di web MDC sendiri. Pilihan lain, saya cadangkan untuk sambung ke luar negara. Saya harap info ini dapat membantu Haffiz 🙂
Assalamualaikum saya nak tnya klau sambung dinluar negara dan setelah tamat pengajian . Masih blh berkerja di Malaysia atau tidak ??
Waalaikumussalam, Faghira.
Masih boleh bekerja di Malaysia, selagi mana sijil degree awak diiktiraf MQA. Sekiranya berminat untuk sambung bidang pergigian luar negara, pastikan juga diiktiraf MDC (Malaysian Dental Council).
Hai Kak Zara, saya ingin bertanya mengenai kerjaya yg saya minat ini. Tahun ni saya akan menduduki SPM tetapi sebagaimana yg kak Zara katakan bahawa utk menjadi doktor gigi subjek yg mesti ada iaitu Fizik, Kimia, Biologi Matematik or Matematik tambahan. Tapi, saya bukan dari kelas aliran sains tetapi kelas Pertanian. Pertanyaan saya, masih adakah peluang saya untuk menjadi doktor gigi walaupun SPM tahun ini saya x mengambil apa2 subjek Sains?
Hai Mimi,
Sistem penerimaan pelajar ke universiti bagi course dentistry juga medic sebenarnya sedikit sebanyak tertakluk kepada board yang menjaga kualiti kedua kerjaya profesional ini iaitu MMC (Malaysian Medical Council) dan MDC (Malaysian Dental Council). Kedua badan ini telah menetapkan syarat kemasukan iaitu mendapat pointer Diploma sekurangnya 3.50 dan keputusan SPM sekurangnya B bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik (atau Matematik Tambahan). Maklumat lebih terperinci boleh rujuk di web MDC sendiri.
Oleh itu, cadangan kak buat Mimi;
1. Awak boleh ambil SPM tambah subjek Fizik, Kimia dan Biologi pada tahun hadapannya. Mohon sentiasa ambil tahu tarikh daftar subjek tersebut.
2. Buat foundation in science di IPTS, dalam masa yang sama ambil juga paper SPM subjek Fizik, Kimia dan Biologi. Tapi, menerusi cara ni awak kena sambung dentistry di IPTS juga atau luar negara.
Semoga info ini dapat membantu awak 🙂
Assalamualaikum Puan Zara.Saya fatin, 22 tahun. Saya ada dip pharmacy and sekarang dah nak masuk 10 bulan saya kerja di one of hospital swasta as a senior pharmacy technician (masih newbies). If saya diberi peluang utk sambung belajar di indonesia but in dentistry, should I teruskan? Need your opinion 😅
Waalaikumussalam, Fatin.
Banyak aspek juga kena lihat tu, meski dua bidang ini masih lagi dalam bidang sains kesihatan, tapi masih berbeza. Ini antara saranan saya;
1. Awak betul2 minat ke kerjaya sebagai doktor gigi? Ada buat kajian sedikit sebanyak berkenaan bagaimana culture/surrounding sebagai doktor gigi? Juga laluan karier sebagai doktor gigi sendiri? Kalau awak okey, awak boleh teruskan.
2. Bagaimana dengan kerjaya sekarang? Awak ada masalah stress atau depress ke? Awak jelas tak dengan halatuju kerjaya sekarang sekiranya awak masih teruskan dalam bidang ini (farmasi)?
Oh ya, fikirkan juga mengenai kewangan sekiranya ada tajaan atau tidak. Setelah buat timbang tara keduanya, pilihlah yang paling mudah dan awak berlapang hati.
Assalamualaikum Pn Zara.
Anak saya berminat utk ambil dentistry. Dia ambil SPM 2018 kelas sains & dpt 5A 3B 1C+, C+ utk subject biology , so dia pernah mohon dentistry ke Mesir tapi tak berjaya disebabkan biology C+.
Sekarang dia buat foundation in science di matrikulasi utk 1 tahun.
Soalan saya sekiranya dia dpt 3.5 pointer ke atas utk matrikulasi ni adakah dia masih ada peluang utk buat degree in dentistry? Ada kah result biology C+ masa SPM boleh membuat dia tidak layak utk ambil dentistry walaupun pointer matrikulasi 3.5?
Terima kasih byk2 atas maklumbalas
Waalaikumussalam Pn Saniah,
Ya, anak puan masih layak untuk sambung pengajian Dentistry (namun di luar negara).
Sebagai info, sistem penerimaan pelajar ke universiti bagi course dentistry juga medic sebenarnya sedikit sebanyak tertakluk kepada board yang menjaga kualiti kedua kerjaya profesional ini iaitu MMC (Malaysian Medical Council) dan MDC (Malaysian Dental Council). Kedua badan ini telah menetapkan syarat kemasukan iaitu mendapat keputusan SPM sekurangnya B bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik (atau Matematik Tambahan) DAN pointer Asasi/Matrikulasi/Diploma sekurangnya 3.50. Puan boleh rujuk sendiri di web MDC atau hubungi terus pihak sana.
Namun, syarat ini tidak tertakluk bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di luar negara. Bagi pengajian di luar negara, syarat kemasukan adalah ditetapkan oleh pihak universiti sendiri. Sebagai contoh; universiti di Mesir menerima kemasukan pengajian Pergigian hanya menggunakan keputusan SPM, dengan syarat minima gred B bagi subjek aliran sains.
Saya harap info ini dapat membantu sedikit sebanyak pihak Puan. Untuk info lanjut, saya boleh dihubungi menerusi 014-80968027
Puan, sya pelajar lepasan Spm 2020 saya pun berada situation yg sama C+ bahagian mana anak puan tak lepas adekah offer letter drpd pihak University atau pun drpd pihak KPT mesir itu sendiri mohon bantuan drpd pihak customer.. Saya Sgt buntu tapi situation skrg sya ambil foundation sains incase kalau tak dpt capai impian nk jadi dentistry saya ambil foundation in science kat kpj and dorg masih tgk spm minimum requirements needed B for bachelor of pharmacy so maybe sya Cuba persuade ape je yg ade yg saya layak dlm tu lagipun dorg kpj ade hospital sendiri.. Results spm saya dlm 4 subject tu 2B,2C+
salam,syarat nak smbung pengajian pergigian di mesir min smua B.
assalamualaikum, masih ada peluang ke saya hendak menjadi seorang doktor gigi jika gpa saya dari form 1 sampai form 5 tidak lepas 3.5 tetapi dapat straight a dalam spm?
Waalaikumussalam, Aneesa.
Ya, masih layak Aneesa dengan syarat SPM aliran Sains dan subjek sains minima B. Sekadar info, ada juga institusi yang menerima kemasukan pelajar bidang pergigian hanya menggunakan keputusan SPM.
Assalamualaikum Pn Zara
Sekiranya anak saya nak ambil dentistry di Mesir selain dari Universiti Alexandria dan Mansoura tidak boleh ke pihak Pn uruskan kemasukan dentistry utk Universiti lain yg diiktiraf oleh MDC seperti Universiti Tanta, Ain Shams dan Al Azhar?
Bukan apa, mungkin peluang pelajar utk berjaya memasuki dentistry lebih besar. Takut2 kuota kemasukan di 2 universiti tu terhad.
Terima kasih byk2 atas maklumbalas
yea..wassap saya 014-8068027
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya bagaimana cara agar saya dapat menjadi seorang doktor gigi apabila saya bukan pelajar daripada aliran sains dan tidak mengambil subjek sains dalam SPM ? Kini saya berada di tingkatan 6 dan masih ragu-ragu dengan cita-cita saya kerana cita-cita sebenar saya ialah ingin menjadi doktor gigi. Mohon pencerahan. Terima kasih.
Waalaikumussalam, Atikah
Untuk sambung dalam bidang pergigian dalam negara, tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan oleh MDC (Malaysian Dental Council) iaitu mendapat pointer Diploma sekurangnya 3.50 DAN keputusan SPM sekurangnya B bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik (atau Matematik Tambahan). Maklumat lebih terperinci boleh rujuk di web MDC sendiri. Ini antara cadangan kami:
1. Awak boleh ambil paper SPM aliran sains tahun berikutnya. Dalam masa yang sama buat foundation in science (biasanya IPTS). Menerusi cara ni, awak boleh sambung dentistry di IPTS atau luar negara.
2. Atau awak boleh ambil diploma in science kemudian baru teruskan ambil dentistry. Namun menerusi cara ni awak tak dapat sambung pergigian dalam negara sebab institusi pendidikan (medic/dentistry) dalam negara tertakluk pada syarat yang ditetapkan oleh MMC (Malaysian Medical Council) dan MDC (Malaysian Dental Council).
3. Awak boleh ambil first degree dalam mana-mana bidang sains contoh Fisioterapi kemudian baru ambil second degree dalam pergigian. Namun, cara ni agak panjang sikit.
Sekiranya terdapat kekangan kewangan, kami cadangkan awak ambil diploma in nursing/yang bersesuaian, kemudian baru sambung BDS. Sekurangnya, awak dah ada prospek kerjaya yang baik sebelum melangkah ke degree. Info lanjut boleh hubungi pegawai kami, En. Annawi 014-8068027
assalam kak zara , saya nak tanya . selepas spm , kalau saya ambil foundation in science , saya boleh ke sambung degree in dental surgery ?
Waalaukumussalam, Mira.
Boleh, memang itu laluan untuk sambung degree in dental surgey 🙂
assalamualaikum kak, saya nak tnya kalau lepas dari matrik, CGPA saya is 3.5 above, saya dpt masuk course dentistry ke dlm IPTA eventhough SPM saya untuk subjek sains dapat C+?
Soalan kedua, selain mesir, negara mana lagi yg boleh sambung dentistry?
Waalaikumussalam, Izudin.
Penerimaan kemasukan IPTA bergantung pada syarat yg ditetapkan MDC juga institusi sendiri serta keputusan temuduga.Antara syaratnya (setakat pengetahuan akak) mendapat pointer Diploma sekurangnya 3.50 dan keputusan SPM sekurangnya B bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik (atau Matematik Tambahan). Maklumat lebih terperinci boleh rujuk di web MDC sendiri.
Selain Mesir, Izudin boleh sambung pengajian di Indonesia, India, Bangladesh, UK dan lain-lain. MDC telah keluarkan senarai universiti/institusi yang diiktiraf, awak boleh rujuk di web MDC. Pastikan sijil awak diiktiraf MQA, ya. Ini penting untuk masuk FYDO/praktikal nanti.
Assalam pn zara
Sekiranya result spm C+ untuk subjek kimia dan add math,yang lain 4A+,3B
Sekiranya keputusan matriknya melepasi 3.5
Bolehkah ank saya sambung degree utk bidang pergigian atau perubatan atau ,farmasi?
Terima kasih
Waalaikumussalam, Pn Ida.
Untuk sambung dalam bidang pergigian dalam negara, tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan oleh MDC (Malaysian Dental Council) iaitu mendapat pointer Diploma/Matrikulasi sekurangnya 3.50 dan keputusan SPM sekurangnya B bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik (atau Matematik Tambahan). Maklumat lebih terperinci boleh rujuk di web MDC sendiri.
Syarat tambahan pula bergantung pada institusi sendiri serta temuduga kemasukan.
Pilihan lain, saya cadangkan untuk sambung ke luar negara. Saya harap info ini dapat membantu.
Aslm Kak zara, saya spm 2020 dan saya ingin menjadi dentist. Apa yg saya perlu buat utk jadi dentist bila dapat result spm yg memberangsangkan??
Waalaikumussalam, Adib.
Sebaiknya skor subjek aliran sains sekurangnya Gred B, Kemudian awak boleh teruskan apply asasi sains/pergigian(sekiranya ada).
assalamualaikum, saya ingin bertanya. jika saya hendak menyambung jurusan dentist tapi tiada latar belakang medical/dentist boleh ke?
Waalaikumussalam, Nurin.
Sekurangnya berlatar belakang bidang sains lebih baik (Ada ambil subjek Biologi). 🙂
assalamualaikum kak zara. saya spm 2019 science stream. saya berminat nak sambung stpm next year. aliran apa yang patut saya ambil ye if nak jadi dentist? and macam yg akak bagitau, minimum B phy bio che math addmath, so kalau sbg contoh, addmath etc just dapat credit, adakah saya masih berpeluang utk jadi dentist? helpp me, saya teringinn sangat nak jadi dentist 😭
Waalaikumussalam Fiqah,
Kalau awak berminat nak sambung STPM better ambil aliran sains. Kalau awak berpeluang masuk Asasi universiti awam yang ada Course Dentistry adalah lebih baik. Berkenaan Addmath awak kalau dapat kredit, it’s an option either addmath or math as stated on Dentistry Board :). InshaAllah, may Allah ease your journey to become a dentist (^.^)
Assalamualaikum akak,
Nama saya Muhammad Lutfil Hadi Bin Mohamad Yusof.
Saya ni pelajar diploma sains peru atan di picoms dan di sekolah dulu saya belajar dalam kelas aliran perdagangan.saya baru semestar 3.Saya memang nak minat nak jadi doktor gigi tapi X tahu macam mana caranya nak jadi doktor gigi sekarang ni sebab masa sekolah dulu dalam spm xde biologi,fizik,kimia dan matematik tambahan.so dia pening sikitlah.Mohon pencerahan ya akak dan terima kasih akak.
Waalaikumussalam, Muhammad.
1. Kalau Muhammad berniat nak sambung dalam negara, memang perlu pada keputusan SPM Aliran Sains dengan keputusan minima B. Universiti mana yang akan terima tu akak tak pasti, mungkin Muhammad boleh tanya mana-mana IPTS.
2. Atau Muhammad boleh sambung universiti di luar negara. Perkara ini pun bergantung syarat kemasukan yang ditetapkan universiti sendiri. Ada sesetengah universiti memang perlukan keputusan SPM Aliran Sains, ada juga yang hanya perlukan keuputusan A-Level, Matrikulasi, Asasi, Diploma atau Setaraf.
Maklumat lanjut, boleh hubungi no telefon yang tertera di artikel.
Terima kasih.
assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya nak pursue ke bidang pergigian namun keputusan spm bio D,chm dan fizik C. Namun keputusan cgpa diploma saya adalah 3.5+++. Adakah lagi peluang utk saya masuk ke bidang pergigian ini khususnya dimalaysia dan sekiranya tidak adakah universiti ljar negara yang lain yang boleh menawarkan kos pergigian kepada saya dengan kelayakan saya yang saya sebutkan seperti diatas.
Sekian dan terima kasih.
wassap 014-8068027
Hi doctor, thank you very much for your sharing! It’s gonna help me a lot! Actually I’m 15 y/o this year and as you know that we don’t have any exam.Macammana yg doc terangkan kena masuk aliran science right? But after spm selain sambung ke “diploma in science” @asasi@maktrik..kalau sambung stpm bole tak?
wassap saya 014-8068027
Slm..anak sya grduate bsc biologi..nmun pointernya x lah smpai 3.5..bole kh dia smbng ambik dentistry?
wasalam.boleh wassap saya 014-8068027
assalam kak zara, bolehke saya berpeluang nak jadi doktor gigi tapi spm saya b iologi saya c+ tapi matrikulasi saya dapat pointer 3.8 .adakah saya boleh meneruskan lagi dlm bidang pergigian dalam negara ?.
waalaikumsalam, untuk requirement dalam negara minimum B subjek spm alirn sains. Tetapi masih ada peluang yang lain lagi. Untuk dapatkan info lanjut, berkaitan degree pergigian Boleh hubungi konsultan kami di talian 014 – 806 8027.
Terima Kasih.
Assalamualaukum. Anak saya sedang mengikuti Asasi di UM. Result sem. 1 dia mendapat. CGPA 4.00. Masalah sekarang dia keliru nak memilih kursus pergigian atau farmasi. sebab ramai yang kata banyak lambakkan Dr gigi sekarang. Apa pendapat Puan Kursus apa yang yang perlu dia pohon. Terima Kasih.
wassap saya 014-8068027
wasap saya 014-8068027
Hello, saya berada di matrikulasi tetapi syarat kelayakan spm saya paling tinggi utk subject science adalah C+, ada ke peluang saya nak sambung utk jdi dentist, kalau ada boleh terangkan?
wassap saya 014-8068027
assalamualaikum. saya masih sekolah menengah sekarang. saya berminat nak jadi doktor gigi dan berminat untuk sambung belajar di london. soalan saya ;
1) untuk belajar di sana, masih boleh dapat tajaan ke ?
2) at least berapa tahun untuk belajar dalam jurusan ni kalau saya dpt sambung belajar di london ?
3) uni mana yang menerima pelajar malaysia di london ?
wassap 014-8068027
assalamualaikum saya masih berada di tingkatan 5. saya nak tanya. saya tak bole score dalam chemistry. and kalau saya drop, adakah saya masih boleh jadi dentist? kalau saya tidak drop chemistry, kemungkinan result saya sedikit rosak kerana mendapat gagal. boleh ke teruskan minat saya nak jadi dentist tanpa subject chemistry??
Waalaikumussalam arisya sofea. Terima Kasih kerana bertanya. Subjek Kimia (Chemistry) peringkat SPM merupakan syarat wajib untuk layak masuk ke program asasi Pra medic dan beberpa program sains lain. Untuk terus ke Program dentistry, wajib ada subjek KIMIA ( Chemistry )
Assalam wbt.
Syarat minimum SPM subjek sains utk destistry adalah B ….
1. Jika tak lepas ada peluang lagi ?…. Mcmana caranya?
2. Adakah syarat SPM juga terpakai apabila tamat bergarduat nanti utk register dgn board dentistry ? Adakah tak boleh register jika SPM tak dapt B?
wassap saya 014-8068027
hi assalammualaikum,
saya spm aliran sains akaun (tiada bio) adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang dentistry? terima kasih
maaf tidak layak kena ada subjek sains fizik,bio,kimia,addmtah
Hi nak tanya.skrang ni saya dalam asasi sains di dengkil.skrang ni tengah isi upu dan saya tngok kelayakan untuk doktor pergigian minima B untuk subjek chemistry tapi sem 1 lepas saya dapat B- dan pointer hanya 3.60+ .kalau saya nak lanjutkan dalam bidang dentist ,tak ade cara lain ke untuk pilih selain doktor pergigian .sebab saya takut tak dapat doktor pergigian tu.
wasssap saya 014-8068027
assalam kak, saya pelajar spm 2021 and syaa nak ambik dentist di middle East. Sekarang saya ambik subject kimia, fizik , addmath and sains computer but saya tak ambik bio, jadi saya nak tanya boleh ke saya sambung matriks dan dalam masa yang sama sya ambik bio spm. Adakah saya berpeluang untuk ambik dentist ke middle east??
wasalam,syarat nak sambung pengjian pergigian di mesir adalah fizik,bio,kimia,addmth,math min B.boleh sambung matrik cuma nanti bukan aliran sains hayat.
jadinye tkde harapan la nak jadi dentist?😂😭
assalammualaikum , boleh saya tanya min grade untuk SPM nak sambung belajar dalam bidang pergigian ni berapa ye ? terima kasih
Walaikumusalam,boleh contact komsultan kami 011-14799976
Assalamualaikum kak zara, saya ni budak lepasan spm 2020 . Macam mana kak kalau cita2 sya mmg dri dulu nak jdi dentist tpi keputusan spm sya tak berapa memuaskan kak yg mcm kkak ckp tdi klai nak jdi dentish sekurang2 nya mesti B in all science subject but sya dpat C+ sahaja utk smua science subject sya jdi bgi kkak how can i still can archieve my dream and bgi kkak where should i make the apllication ? And bole ke kak i still get a chance to be a dentist somehow☹️
walaikumusalam..boleh hubungi consultant kami 011-14799976
Assalamualaikum saya nak tanya, kalau addmath saya dapat d tapi math saya A dan semua mata pelajaran sn (bio, kimia, fizik) b+, layak ke untuk sambung medic atau dentistry? saya khuatir kerana keputusan addmath saya.. terima kasih
walaikumusalam..boleh hubungi consultant kami 011-14799976
Salam, ank saya fizik A-,bio,kimia b, mat A+ dan add mat c+ boleh ke kalau nak apply dentist doc.
waalaikusalam, Puan nak apply di luar atau dalam negara?
Assalamualaikum, saya nak tanya anak saya baru dapat result SPM MAT & PHYSICS A, CHEMISTRY & BIOLOGY B dan ADD MAT C+ boleh ke kalau nak jadi doctor gigi. sebab MAT A & ADD MAT C+
boleh
Assalamualaikum kak, saya pelajar stpm sekarang tengah sem 2, saya student sains bio. lepas stpm ni bercadang nak sambung dalam bidang dentistry. saya bercadang juga untuk sambung di luar negara. boleh saya tahu macam mana lepasan stpm nak mohon scholarship luar negara atau dalam negara?
Assalamualaikum , saya pelajar stpm sekarang tengah sem 2, saya student sains bio. lepas stpm ni bercadang nak sambung dalam bidang dentistry. saya bercadang juga untuk sambung di luar negara. boleh saya tahu macam mana lepasan stpm nak mohon scholarship luar negara atau dalam negara?
Walaikumusalam,kami tiada tajaan
Assalamualaikum, saya nk tanya boleh ke lepasan stam terus ambil bidang dentistry ? Atau perlu ambil foundation of science lps stam bru sambung degree?
walaikumusalam,utk sambung bidang perubatan/pergigian syaratnya
– spm aliran sains(min smua B sbjek)
-matrik/asasi (pngk min 3.0)
assalamualaikum sya nk tnya klau result spm saya sains tulen dpt B+ n A , boleh ke saya ambik dentist ? and dekat mana nk apply ya ?
walaikumusalam boleh wassap saya 014-8068027(en annawi)
assalamualaikum. saya nk tanya kalau ambik modul 3 dalam matrikulasi (mathematics, chemistry, biology & computer science) masih boleh ambik dentistry ke masa degree nanti?
wassap 014-8068027
Assalamualaikum saya nak tanya apa first step and next step after spm? Apa scholarship yg boleh apply? University selain malaysia, india, Indonesia? Us or uk ada ke?
saya form 3 tapi saya rasa nak ambil kulinari dekat kv tapi saya tertanya ii jugk boleh ke lepas spm saya masuk universiti sains ?
Assalammualaikum, Puan. Saya nak tanya, berapa masa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor gigi? Dan bagaimana caranya untuk membuka klinik sendiri?
assalamualaikum , sekarang ni saya sambung belajar di matrikulasi , saya dapat pst dan sains hayat, tetapi spm saya chemistry and physics dapat C and biology B, so ade harapan lagi ke nak amik degree untuk dentist di UA?
walaikumusalam,wassap saya 014-8068027
assalamualaikum, saya nk tnya kalau spm tk dpt B untuk subject science stream masih berpeluang ke untuk sambung dentistry di IPTS?
walaikumusalam,syarat umum untuk masuk program medic/dentist di mlysia spm min smua B sbjek sains
assalamualaikum, saya nak isi upu tapi saya masih confuse asasi apa yang saya boleh apply untuk sambung degree dalam pergigian
asasi sains hayat
asasi sains
asasi sains dan perubatan
asasi pergigian
semua ni boleh ke?
asasi sains hayat/asasi sains
assalamualaikum,saya nak tanya macam mana nak sambung pengajian terus ke mesir tu ya?
walaikumusalam,boleh wassap saya segera 014-8068027
Assalamualaikum,saya baru2 ni dapat B utk phy,chem,bio dan berhasrat utk menyambung pelajaran ke matrikulasi..sekiranya saya hnya dpt 2A shaja dlm spm adakah sy berpeluang utk blajar medik di IPTA walaupun sekiranya saya dpt 4 flat setiap sem di matrikulasi…
:(((
wassap 014-8068027