BLOG

PANDUAN MENJADI SEORANG DOKTOR GIGI

Panduan Menjadi Seorang Doktor Gigi

Panduan Menjadi Seorang Doktor Gigi

Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana hendak menjadi seorang Doktor Gigi. Mungkin adik-adik diluar sana yang berminat untuk menjadi seorang doktor gigi tapi tak tau dari mana nak mula dan sebagainya. Di sini saya berikan sedikit panduan bagaimana untuk menjadikan cita-cita sebagai seorang doktor gigi menjadi realiti. Pertama sekali, adik kena tetapkan pilihan menjadi seorang doktor gigi selewatnya pada umur 15 tahun atau masa ambil exam PT3. Kenapa? Sebab ia menentukan samada adik akan ambil Aliran Sains atau tidak semasa di Tingkatan 4 nanti. So, masa exam PT3 tu jawab betul-betul dapatkan peluang untuk ambil Aliran Sains semasa di Tingkatan 4. Kemudian semasa peperiksaan SPM berusaha untuk dapatkan result terbaik (minimum B) terutama dalam subjek sains (Kimia, Biologi, Fizik, Matematik Tambahan). Subjek lain tu janganlah fail, minimum credit. Kalau tak ambil aliran sains tapi minat sangat-sangat nak jadi Doktor Gigi dah terlewat ke? *tiada istilah terlewat dalam menuntut ilmu* eceh. Alternatif lain adik boleh buat Foundation/Asasi Sains atau Diploma in Science di mana-mana universiti yang menawarkan kursus tersebut (biasanya institusi swasta). Lepas tu dah boleh pursue your study dalam bidang yang di minati. Seterusnya, adik kene tanya diri sendiri nak belajar dalam negara atau luar negara. Kalau dalam negara, samada Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta.

  1. IPTA

Belajar IPTA sentiasa menjadi pilihan utama pelajar kerana prestasinya dan kadar yuran yang ada subsidi (Yuran murah la, yang pasti). Untuk makluman, bagi setiap universiti ada kuota tersendiri dan biasanya dia akan utamakan pelajar yang buat asasi di institusi itu sendiri. Sudah pasti dia akan ambil pelajar yang mendapat 3.80 ke atas dan ditapis lagi dengan interview (Aja aja fighting!). Antara IPTA yang menawarkan Bachelor of Dental Surgey.

  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Teknologi Mara (UITM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM) dan lain-lain.
  1. IPTS

IPTS menjadi alternatif kepada para pelajar sekiranya tidak memenuhi kelayakan untuk masuk ke IPTA. Sudah pasti yuran pengajian agak mahal even ada support PTPTN. Especially course dentistry sebab equipment untuk belajar bidang ini agak mahal. Adik-adik boleh survey yuran di laman web institut berkenaan. Sejak akhir-akhir ini sudah banyak Institusi Swasta yang menawarkan Bidang Doktor Gigi ini, antaranya:

  • International Medical University (IMU)
  • Taylor’s University
  • AIMST University
  • SEGi University
  • Melaka Manipal Medical College (MMMC) dan banyak lagi.
  1. Luar Negara

Belajar di luar negara juga menjadi pilihan dan alternatif bagi bakal doktor gigi ini. Antara sebab utama mereka ambil dentistry di luar negara adalah mendapat tajaan (hehe, but lately susah nak dapatkan tajaan terutama medic dan dentistry but still boleh cuba, rezeki ada di mana-mana kan). Sebab seterusnya, yuran pengajian lebih rendah berbanding IPTS di Malaysia (bergantung universiti yang dipilih, kalau belajar kat UK, confirm yuran standard nilai sana) dan dapat belajar budaya baru, bahasa baru di negara orang. Even negara jiran macam Indonesia tetap ada bezanya dengan Malaysia. Tak dapat dinafikan belajar luar negara menjadikan pelajar tersebut lebih berdikari dan menghargai apa yang disekelilingnya (berdasarkan pengamatan dan pengalaman penulis). Antara negara yang selalu menjadi pilihan pelajar (terutama Melayu) adalah:

  • Mesir
  • Indonesia
  • Bangladesh
  • India

Oh ya, tempoh buat degree ni hanya 5 tahun. Bagi sesiapa yang nak sambung Dentistry di Mesir hanya menggunakan result SPM sahaja (so jimat setahun asasi/matriks, hihi). Sebarang persoalan saya sedia membantu 014-806 8027 / 011-1479 9976. Setelah tamat 5 tahun belajar, pelajar dikehendaki menjalani ‘Latihan Praktikal’ selama 2 tahun. Bermula tahun 2017, nama FYDO (First Year Dental Officer) ditukar kepada New Dental Officer Program (NDOP). So good luck ya dan all the best ! kepada mereka yang berminat menjadi doktor gigi ni. Prospek kerja memang bagus dan berdasarkan statistik, kerjaya ini masih lagi on demand.


Posted 5 years ago
News

Comments

Korni 1 year ago

Klu uni swasta, mcm mana nak dpt pinjaman/biasiswa?

atik 8 months ago

kalau dah ada degree in nursing boleh ke nak ambil degree in dentist?

ZZE (website) 7 months ago

BOLEH CALL/WHATSAPP 014-8068027

Add a comment

CATEGORIES