Permohonan Ke Luar Negara online KPM: Ini Peluang Anda Untuk Belajar Oversea

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
permohonan ke luar negara online kpm

Teringin nak belajar di luar negara? Pernah dengar tentang permohonan ke luar negara online KPM?

Untuk pengetahuan ini merupakan satu alternatif yang anda boleh pertimbangkan jika anda mempunyai keiinginan untuk belajar di luar negara.

Dalam artikel ini, anda akan tahu lebih lanjut kelebihan dan cara untuk anda sambung belajar ke luar negara. 

5 Kelebihan Belajar Di Luar Negara

permohonan ke luar negara online kpm

Terdapat banyak faedah menyambung pelajaran ke luar negara. Antara 5 yang paling menonjol adalah:

  • Belajar budaya masyarakat lain

Setiap negara pasti memiliki budaya mereka sendiri sama juga seperti kita di Malaysia.

Pendedahan terhadap budaya baharu secara tak langsung membuatkan kita bersifat lebih terbuka.

Apabila kita mula berfikiran terbuka, jati diri kita akan menjadi lebih kukuh.

Selain itu, kita juga dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang agak unik kepada masyarakat tempatan di sana.

  • Bina hubungan baik dengan pelajar dari negara lain

Bagus sebenarnya jika kita memiliki rakan-rakan dari serata dunia. 

Kita dapat mengetahui keunikan latar belakang mereka. 

Cara mereka belajar dan berfikir juga ternyata berbeza daripada kita. 

Tambahan pula, para pelajar dapat membina satu networking baru yang mantap terdiri daripada pelbagai negara.

In fact, ia merupakan bonus untuk masa hadapan kedua-dua pihak.

  • Dapat travel!

Kehidupan akan menjadi sangat membosankan jika kita hanya belajar, belajar dan belajar.

Tak salah jika sekali-sekala kita merehatkan minda dengan membuat perancangan untuk meneroka tempat-tempat menarik di sekitar kampus. 

Alang-alang anda sudah berada di negara lain, apa salahnya jika anda jelajah ke negara-negara jiran kan?

Jangan takut untuk keluar dari kepompong selesa! 

Dalam Islam pun ada galakan untuk meneroka dunia agar dapat mengambil iktibar dan pengalaman baru.

  • Berpeluang merasai suasana sistem pendidikan berbeza

Belajar di negara luar, anda berpeluang merasai suasana yang sangatlah kontra dengan Malaysia.

Misalnya, perbezaan cuaca yang ketara seperti musim salji, musim bunga, musim luruh dan musim panas.

Bukan itu sahaja, anda berpeluang menimba pengalaman baru  dan unik melalui sistem pendidikan yang berlainan daripada Malaysia.

Dari segi susunan masa yang efisien sehinggalah gaya komunikasi yang efektif antara pengajar dan pelajar membolehkan anda mendapatkan pendidikan yang baik.

Keterujaan anda menikmati sistem pembelajaran baharu dapat menyokong penambahan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam diri anda.

  • Semangat belajar meningkat 

Bayangkan anda kini berada di luar negara. 

Anda sedang menghirup kopi sambil melihat salji turun. 

Lagi beberapa minit lagi, kelas anda akan bermula. Ah, alangkah seronoknya! 

Anda berasa lebih semangat untuk ke kelas. 

Tambahan pula, bila terkenang ibubapa nun jauh di Malaysia yang berharap agar anda pulang dengan kejayaan.

Segala pengorbanan yang mereka telah lakukan untuk memastikan kesenangan anda.

Lagilah anda berkobar-kobar untuk berjaya!

Permohonan Ke Luar Negara Online KPM

Berikut merupakan syarat dan kelayakan asas untuk anda membuat permohonan ke luar negara online KPM.

Anda mestilah:

  • Merupakan seorang warganegara Malaysia
  • Berumur 20 tahun dan kurang daripada itu sewaktu permohonan dilakukan
  • Memiliki tubuh badan yang sihat dan aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Memperoleh sekurang-kurangnya 7 gred cemerlang dalam SPM
  • Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga

Berikut pula merupakan bidang pengajian yang ditawarkan oleh KPM:

  • Program Penghantaran Pelajar Ke China Untuk Pembelajaran Bahasa Mandarin Dalam Kalangan Penutur Jati
  • Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara dalam bidang Bahasa Arab di Timur Tengah
  • Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara dalam bidang Pengajian Islam di Timur Tengah
  • Program Berkembar Praperkhidmatan Bachelor of Arts in Science of Language and Information Specialising in Teaching French as a Foreign Languageantara KPM dengan  University of Franche-Comte
  • Program ini dilaksanakan secara berkembar atau sepenuhnya di Universiti Terkemuka Luar Negara

Belajar Luar Negara dengan Zara Zakiah Education Sdn Bhd

permohonan ke luar negara online kpm

Ada cara lain tak untuk belajar di luar negara? Dekat mana pula nak cari peluang sambung belajar ni?

Jangan pening-pening, anda boleh belajar luar negara sekarang dengan Zara Zakiah Education Sdn Bhd! 

Anda berminat nak sambung medik? Zara Zakiah Education Sdn Bhd boleh tolong uruskan untuk anda.

Lebih 600 orang pelajar telah memilih perkhidmatan Zara Zakiah Education Sdn Bhd kerana servis yang jitu serta berpengalaman luas hampir 14 tahun dalam bidang pengurusan pelajar ke luar negara.

Ha amacam? best kan? 

Sekarang anda dah tahu beberapa kelebihan sambung belajar ke luar negara. 

Rasa rugi kan jika anda tak rebut peluang ini?

Dengan Zara Zakiah, anda bukan sahaja boleh sambung bidang berkaitan perubatan, veterinar, pergigian dan farmasi.

Malah, anda juga boleh menyambung bidang-bidang lain seperti kejuruteraan dan pengajian Islam. 

Anda mempunyai beberapa pilihan sama ada ingin menyambung pelajaran di Mesir, Rusia, Indonesia ataupun Bangladesh. 

Pilihan berada di dalam tangan anda.

ZARA ZAKIAH EDUCATION SDN BHD (1219292-M) adalah agensi milik Bumiputera Muslim yang berperanan membantu pelajar melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.

Pilihlah Zara Zakiah kerana:

  • Berpengalaman lebih dari 10 tahun
  • Pengurusan pelajar yang PROFESIONAL dan SISTEMATIK
  • Menyediakan dokumen bantuan kewangan KWSP
  • Konsultasi PERCUMA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Dapatkan Info Terbaru Kami

Jom !

bomstart

bomstart

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terbaru

Ikuti Kami

Tags