Ramai Patut Tahu Kelebihan Belajar Bahasa Arab

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
kelebihan belajar bahasa Arab

Rakyat di Malaysia rata-ratanya mempunyai kemahiran berbahasa lebih daripada satu bahasa.

Walaupun perkara ini dilihat seperti perkara yang biasa di negara kita, tetapi kemahiran berbahasa sangat dipandang tinggi terutamanya di alam pekerjaan.

Bukan untuk mencari kerja sahaja tetapi jika anda ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Artikel ini akan berkongsi dengan anda kelebihan mempelajari bahasa Arab dan di mana anda boleh gunakannya.

Keistimewaan Belajar Bahasa Arab

Keistimewaan Belajar Bahasa Arab

Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa yang banyak digunakan dan menurut statistik, terdapat lebih kurang 422 juta penutur bahasa Arab di dunia.

Ramai, bukan?

Di Malaysia, banyak sekolah yang memberikan pilihan atau mewajibkan pelajar untuk mempelajari bahasa ini.

Kalau anda rasa ianya satu kerugian, artikel ini mungkin boleh mengubah fikiran anda dengan mengetahui kelebihan yang anda dapati dengan mempelajari bahasa Arab.

1.    Nilai Tambah

Pelajari apa-apa bahasa pun boleh menjadi nilai tambah kepada diri terutamanya ketika ingin mendapatkan pekerjaan sama ada di dalam negara atau di luar negara.

Terdapat banyak negara yang mengangkat bahasa Arab sebagai bahasa rasmi negara mereka seperti Iran, Turki, Mali, Cyprus, Senegal dan banyak lagi.

Jika anda teringin bekerja di negara yang menggunakan bahasa Arab dan anda sudah mempunyai asas dalam bahasa ini, pastinya penemuduga memberikan keutamaan kepada anda.

Jika anda tidak mahu bekerja di luar negara, terdapat juga syarikat-syarikat di Malaysia yang mencari pekerja yang boleh bertutur dalam bahasa Arab.

2.    Tour Guide

Tour Guide

Mempelajari bahasa Arab turut memberikan anda peluang untuk menjadi tour guide bagi pekerja/pelancong Arab di Malaysia.

Ramai rakyat negara Arab bekerja dan menyambung pelajaran di Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia, anda boleh memudahkan perjalanan mereka di negara kita dengan menjadi orang tengah atau tour guide bagi mereka.

Pastinya mereka berasa berbesar hati melihat terdapat rakyat Malaysia yang mampu menuturkan bahasa ibunda mereka.

3.    Menambah Ilmu Pengetahuan

Menambah Ilmu Pengetahuan

Mengetahui lebih daripada satu bahasa bukan sahaja memberi kelebihan dari aspek komunikasi tetapi dalam menimba ilmu.

Hal ini kerana, anda mempunyai lebih daripada satu dunia bahasa yang anda boleh terokai.

Anda boleh mempelajari sesuatu subjek dalam bahasa ibunda anda dan juga dalam bahasa Arab.

Setiap bahasa mempunyai nuansa atau perbezaan halus yang sukar diterjemah dalam bahasa lain.

Dengan mempelajari bahasa Arab, anda dapat membaca material dalam bahasa Arab dan fahaminya dengan lebih dalam.

Baca Juga:

Belajar Bahasa Arab

4.    Mencari Pendapatan Sampingan

Mencari Pendapatan Sampingan

Walaupun terdapat sekolah-sekolah yang mempunyai mata pelajaran bahasa Arab tetapi tak ramai pelajar yang fasih berbahasa Arab.

Jika anda belajar sehingga anda fasih dalam bahasa Arab, anda berpeluang mendapat pekerjaan yang besar.

Kalau tidak pun, anda boleh jadikan kemahiran berbahasa Arab sebagai punca pendapatan sampingan.

Terdapat syarikat yang mencari penterjemah sampingan (freelancer) dan anda boleh lakukan kerja ini mengikut waktu lapang anda.

Anda juga boleh menjadi jurubahasa atau interpreter bagi penutur bahasa Arab malah orang kenamaan Arab dalam majlis-majlis rasmi, kedutaan, lawatan kerja dan lain-lain.

Bukan itu sahaja, terdapat juga ibu bapa yang mencari tutor untuk anak-anak mereka.

Selain daripada menambah pendapatan, anda juga dapat pengalaman dan mengasah kemahiran baharu!

5.    Berkemahiran

Berkemahiran

Tahukah anda, orang yang berkebolehan bertutur lebih daripada satu bahasa dikatakan mempunyai memori yang lebih baik, kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran kritis.

Selain itu, mereka juga mempunyai daya tumpuan yang tinggi, kebolehan untuk melakukan pelbagai tugas (multitask) dan kemahiran mendengar yang lebih baik.

Mempelajari bahasa Arab dapat membantu anda untuk mengasah kebolehan-kebolehan ini.

Kebolehan ini juga mampu membantu anda dalam kehidupan anda di mana ramai majikan yang mencari pekerja yang mempunyai pemikiran kritis dan boleh multitask.

6.    Melancong

melancong

Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa negara yang mengangkat bahasa Arab sebagai bahasa rasmi.

Terdapat juga negara-negara yang mengiktiraf bahasa Arab sebagai bahasa komunikasi.

Dengan mempelajari bahasa Arab, anda boleh memilih negara-negara tersebut sebagai lokasi pelancongan anda.

Ramai pelancong menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara dan rata-rata peniaga atau rakyat negara Arab memahaminya.

Namun, jika anda tidak berhati-hati, anda boleh ditipu kerana sesetengah peniaga mengambil kesempatan ke atas pelancong asing.

Dengan kebolehan berbahasa Arab, anda boleh mengurangkan risiko ditipu malah anda juga boleh tawar-menawar dalam bahasa Arab.

Mana tahu mereka berbesar hati dan beri potongan harga atau bagi free gift, kan?

7.    Peluang Sambung Pelajaran

Mempunyai kemahiran berbahasa dalam bahasa Arab turut membuka peluang menyambung pelajaran ke negara-negara Arab.

Jika anda sudah mempunyai kemahiran asas, anda tidak perlu lagi bertungkus-lumus belajar dari awal.

Tapi, kalau tak reti berbahasa Arab pun tak apa, biasanya akan ada kelas-kelas persediaan sebelum anda menyambung pelajaran ke luar negara.

Terdapat agensi-agensi yang menawarkan kelas persediaan sebelum anda menyambung pelajaran di luar negara.

Antaranya adalah Zara Zakiah Education!

 

Zara Zakiah Education Bantu Anda Sambung Belajar ke Luar Negara

zara zakiah

Anda tak perlu susah-susah mencari tutor atau kelas bahasa Arab untuk sambung belajar di negara-negara Arab.

Dapatkan saja khidmat Zara Zakiah Education Sdn Bhd!

Zara Zakiah menawarkan program persediaan pelajar sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Mereka akan membantu anda seperti mana mereka telah membantu lebih daripada 600 pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara selama 14 tahun.

Zara Zakiah telah mengadakan Memorandum of Understanding Agreement (MOU) dengan pelbagai universiti luar negara seperti di Mesir, Rusia, Indonesia dan Bangladesh.

Mereka juga memberikan bantuan dari segi penyediaan sokongan permohonan bantuan kewangan, pinjaman dan biasiswa, serta bagi permohonan pengeluaran KWSP ibu bapa.

Namun, mereka tidak menawarkan sebarang biasiswa atau pinjaman kerana mereka hanya menguruskan pelajar ke luar negara.

Perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah bimbingan lawatan ibu bapa semasa pemindahan pelajar ke luar negara.

Bukan itu sahaja, Zara Zakiah sangat mementingkan hubungan dengan pelajar dari awal hingga akhir pengajian.

Jadi, anda tak perlu risau jika anda rasa keseorangan menyambung pelajaran ke luar negara kerana Zara Zakiah sentiasa ada untuk bantu anda.

Jadi, tunggu apa lagi?

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Dapatkan Info Terbaru Kami

Jom !

bomstart

bomstart

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Artikel Terbaru

Ikuti Kami

Tags