BLOG

7 TIPS PELAJAR WAJIB TAHU JIKA NAK SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA (BAHAGIAN 1)

7 Tips Pelajar Wajib Tahu Jika Nak Sambung Belajar Di Luar Negara (Bahagian 1)

7 Tips Pelajar Wajib Tahu Jika Nak Sambung Belajar Di Luar Negara (Bahagian 1)

Dewasa ini telah menjadi satu trend pelajar mula menanam impian untuk sambung belajar di luar negara. Pengaruh dari keluarga terutama ibu bapa mungkin menjadi sebab utama mendorong minat anak-anak untuk mengikuti jejak langkah ibu bapa menyambung pengajian belajar di luar negara. Peranan rakan sebaya tidak kurang hebatnya dalam mempengaruhi mereka untuk belajar di luar negara dan tidak dinafikan juga senior sekolah yang telah berjaya menghabiskan pengajian belajar di luar negara berjaya menarik dan menjadi idola para junior untuk menyambung belajar di luar negara.

7 tips ini sangat penting dan para pelajar wajib tahu sebelum sambung belajar di luar negara supaya impian menjadi nyata dan tidak berkecai lalu terkubur di tengah jalan.

PERTAMA : Syarat Minima Kemasukan untuk belajar di luar negara

Syarat kemasukan ini sangat penting untuk para pelajar tahu supaya diterima oleh universiti untuk belajar di luar negara. Setiap universiti mempunyai syarat minima kemasukan yang berbeza.

Sebagai contoh syarat kemasukan untuk program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Universiti Mansoura dengan kerjasama University of Manchester United Kingdom, pelajar perlu mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya gred B dalam subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik dan Matematik Tambahan. Syarat tambahan lain adalah perlu mempunyai salah satu sijil berikut sama ada matrikulasi, asasi, diploma atau yang setaraf.

Berbeza pula untuk syarat kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Pergigian di Universiti Iskandariah (Alexandria University) Mesir, pelajar perlu mempunyai keputusan SPM sekurang-kurangnya gred B dalam subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik dan Matematik Tambahan. Sijil matrikulasi, asasi, diploma atau yang setaraf tidak diperlukan. Memadai dengan keputusan SPM sahaja.

Bagi yang berminat untuk sambung belajar di luar negara seperti Universiti di Indonesia, selain dari syarat keputusan SPM dan matrikulasi, asasi atau setaraf, syarat tambahan lain juga diperlukan adalah seperti MUET atau IELTS bergantung kepada universiti yang dipohon tetapi kebanyakan univesiti menerima IELTS.

Maklumat lengkap syarat kemasukan bagi program perubatan, pergigian dan veterinar untuk belajar di luar negara boleh layari laman web https://zarazakiah.com.my/pra-pendaftaran/

 

KEDUA : Kos Yuran Pengajian yang diperlukan untuk belajar di luar negara

Kos Pengajian untuk belajar di luar negara bergantung kepada universiti di negara masing-masing. Pelajar perlu mendapatkan info dan maklumat yang lengkap sebelum memohon dan bersetuju untuk menerima tawaran belajar di luar negara di universiti berkenaan.

Berikut ada beberapa contoh untuk yuran pengajian belajar di luar negara mengikut universiti dan bidang pengajian seperti di bawah:

  1. Mymensingh Medical College, Bangladesh – Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS)

Yuran Pengajian : USD 5,000 setahun bersamaan ±RM21,000 setahun.

2. Russian State Medical University – Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MD)

Yuran Pengajian : USD 8,800 setahun bersamaan ±RM 37,000 setahun

3. Universitas Sumatera Utara – Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MD)

Yuran Pengajian : IDR 80,000,000 setahun bersamaan ±RM23,000 setahun

4. Mansoura University – Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan Secara Kerjasama dengan University of Manchester, United Kingdom (MBBCh)

Yuran Pengajian : USD 8,000 setahun bersamaan ±RM33,000 setahun

Ini hanyalah beberapa contoh universiti untuk belajar di luar negara untuk program perubatan. Maklumat lengkap yuran pengajian bagi program perubatan, pergigian dan veterinar untuk belajar di luar negara boleh layari laman web selepasspm.com

KETIGA : Belajar di luar negara di universiti yang diiktiraf oleh MQA dan lain-lain badan yang berkaitan

Belajar di luar negara di universiti yang diiktiraf oleh MQA (Malaysian Qualification Agency) sangat penting bagi memastikan graduan yang balik dari luar negara boleh memohon pekerjaan terutamanya bagi yang bercadang untuk bekerja di sektor awam.

Pengiktirafan tambahan diperlukan untuk belajar di luar negara dalam bidang perubatan, pergigian, veterinar dan farmasi, sangat penting bagi pelajar memastikan universiti yang dipilih diiktiraf oleh MMC (Malaysian Medical Council) untuk program perubatan (MBBS,MD,MBBCh), MDC (Malaysian Dental Council) untuk program pergigian, MVC (Malaysian Veterinary Council) untuk program veterinar atau doktor haiwan dan PBM (Pharmacy Board Malaysian) bagi program farmasi.

Pelajar boleh semak pengiktirafan di laman web berikut :

MQA : https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

MMC : https://mmc.gov.my/medical-education-recognition/

MDC : http://mdc.moh.gov.my/uploads/Sec12_1.pdf

MVC : http://www.mvc.gov.my

PBM : https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/senarai-ijazah-farmasi-diiktiraf-lembaga-farmasi-malaysia.html

Bersambung…

Baca artikel seterusnya di link ini, untuk 4 tips lagi pelajar wajib tahu jika berniat untuk sambung belajar di luar negara.


Posted 3 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES