Travelog: Proses Pengurusan Pendaftaran dan Kebajikan Pelajar Sarjana Muda Veterinar di
Universitas Airlangga (UNAIR)
Sebagai seorang konsultan pendidikan, tiada yang lebih memuaskan selain melihat para
pelajar melangkah ke hadapan untuk mengejar impian mereka. Salah satu pengalaman yang
paling bermakna bagi saya adalah menguruskan Pendaftaran dan kebajikan pelajar ke
program Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar di Universitas Airlangga (Unair), Surabaya.
Perjalanan ini bukan sekadar tentang pendaftaran, tetapi juga membimbing mereka dalam
menyesuaikan diri di negara baharu, mengenali rakan-rakan baru, dan memulakan kehidupan
sebagai mahasiswa, Unair.
Hari Pertama: Ketibaan Pelajar di Surabaya, Indonesia
Sebaik sahaja kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, wajah- wajah
penuh harapan dan keterujaan jelas terpancar di wajah para pelajar dan ibu bapa. Saya
bersama mereka bergerak ke kaunter Imigresen, melengkapkan segala prosedur sebelum
mengambil bagasi masing- masing. Setibanya di pintu keluar, Tim kami di Indonesia sudah
bersedia untuk menyambut kedatangan kami. Dari situ, perjalanan ke universiti pun bermula.
Di dalam perjalanan, kami singgah di Alfa Mart dan saya membeli kudapan untuk pelajar dan
ibu bapa bagi mengisi perut yang lapar selepas penerbangan panjang dalam masa 3 jam 50
minit. Kami juga singgah ke Grapari Telkomsel Surabaya bagi mendapatkan Sim Card untuk
para pelajar, membolehkan mereka terus berhubung dengan keluarga di Malaysia.
Urusan Pembukaan Akaun Bank & Pendaftaran Hostel
Setibanya di Universitas Airlangga, ibu bapa kelihatan gembira melihat anak-anak mereka
selamat tiba di universiti impian mereka. Kami terus menguruskan pembukaan akaun bank
pelajar di BNI di ASEEC Tower sebelum mereka mendaftar masuk ke asrama masing- masing.
Setibanya di asrama, para pelajar disambut oleh staf universiti yang ramah dan sedia
membantu. Proses pendaftaran berjalan lancar, dan mereka diberi kunci bilik masing-masing.
Saat melangkah masuk, wajah- wajah mereka jelas menunjukkan rasa lega. Setiap bilik
dilengkapi dengan kemudahan asas seperti katil, meja belajar, almari pakaian, serta penghawa
dingin atau kipas bagi memastikan keselesaan penghuni.
Selain itu, kebersihan hostel sangat terjaga. Kakitangan penyelenggaraan sentiasa memastikan
kawasan umum seperti bilik mandi, ruang rehat, dan dapur dalam keadaan bersih. Malah,
setiap blok asrama mempunyai peraturan ya
ng ketat bagi memastikan suasana yang kondusif
untuk belajar dan berehat.
Hari Kedua: Pendaftaran & Pemeriksaan Kesihatan
Keesokan harinya, tiba masanya untuk urusan pendaftaran rasmi. Saya membawa pelajar ke
Hospital Universitas Airlangga untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai syarat wajib
sebelum memulakan pengajian. Kemudian, kami menuju ke pusat pendaftaran universiti
untuk melengkapkan dokumentasi dan mengambil jaket universiti yang menjadi identiti
kebanggaan mahasiswa Unair.
Hari Ketiga: Mengenali Kampus dan Kehidupan Universiti
Waktu pagi saya membawa para pelajar mengelilingi kampus melalui sesi university tour. Kami
memulakan lawatan di Fakulti Perubatan Veterinar, tempat mereka akan menimba ilmu dan
membentuk masa depan mereka sebagai doktor haiwan. Saya membawa mereka ke bilik
kuliah, makmal, dan pusat pembelajaran, sambil menjawab pelbagai soalan mengenai sesi
praktikal dan peluang penyelidikan.
Lawatan diteruskan ke beberapa lokasi penting di universiti, termasuk:
• Tasik Unair- kawasan hijau yang menjadi tempat bersantai dan berehat bagi para
pelajar.
• Masjid Universiti- pusat ibadah dan aktiviti keagamaan bagi pelajar Muslim.
• Kantin Pelajar- dengan tiga blok kantin yang menawarkan pelbagai hidangan tempatan
dan antarabangsa.
• Student Centre- pusat aktiviti pelajar yang menawarkan pelbagai kelab dan persatuan
untuk disertai.
• Hospital Haiwan Universitas Airlangga- hospital veterinar terbesar di Surabaya,
tempat pelajar bakal menjalani latihan klinikal mereka.
Sebelum mengakhiri lawatan, kami berhenti di pintu utama Universitas Airlangga untuk sesi
bergambar bersama. Ini adalah detik bersejarah buat mereka, langkah pertama dalam
perjalanan akademik yang penuh cabaran dan kejayaan.
Sisi Perjumpaan Pelajar Zara Zakiah Education
Pada malamnya, saya membawa pelajar dan ibu bapa ke sebuah pusat beli- belah
berhampiran untuk membeli barang keperluan seperti cadar, sarung bantal, dan keperluan
lain. Selepas itu, kami mengadakan Sisi Perjumpaan Pelajar (Student Gathering) yang diadakan
setiap tahun. Ini adalah platform terbaik untuk pelajar baru berkenalan dengan senior,
berkongsi pengalaman, serta membina hubungan yang erat. Ibu bapa juga berpeluang
mengenali pelajar- pelajar lain di bawah Zara Zakiah Education.
Hari Keempat: Staff & Ibu Bapa Pulang Ke Malaysia
Pada hari terakhir saya di Universitas Airlangga, saya mengambil peluang untuk bertemu para
pelajar, memberikan kata- kata semangat dan motivasi sebelum saya berangkat pulang ke
Malaysia. Saya berpesan kepada mereka agar sentiasa berusaha keras, menjaga diri, dan saling
membantu antara satu sama lain.
Sebahagian ibu bapa memilih untuk tinggal lebih lama bersama anak-anak mereka sebelum
pulang ke Malaysia. Saya dapat melihat kasih sayang mereka yang tidak berbelah bahagi,
memastikan anak-anak benar- benar bersedia sebelum mereka ditinggalkan untuk
memulakan kehidupan sebagai mahasiswa di perantauan.
Alhamdulillah, segala urusan pendaftaran dan kebajikan pelajar berjalan dengan lancar. Saya
pulang ke Malaysia dengan hati yang penuh kepuasan, membawa bersama kenangan indah
melihat para pelajar memulakan perjalanan akademik mereka. Ini bukan sekadar tugas bagi
saya, ini adalah misi dalam membantu generasi baru mencapai impian mereka untuk bergelar
doktor haiwan.
Buat semua pelajar yang sedang dan akan melalui perjalanan ini, ingatlah bahawa setiap
langkah yang diambil hari ini adalah permulaan kepada masa depan yang cemerlang. Semoga
kalian terus berjaya!
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai Program Veterinar di Universitas
Airlangga (UNAIR), anda dialu-alukan untuk mengikuti kami di media sosial melalui pautan di
bawah.
Untuk konsultasi secara langsung, anda boleh menghubungi atau WhatsApp Konsultan
Pendidikan kami, En. Shafiq, di talian 017- 297 2210 bagi mendapatkan panduan serta tips
pendaftaran dalam bidang Veterinar di Universitas Airlangga.
Add a comment