BLOG

BIDANG PERUBATAN: CABANG DAN KEPERLUAN MINIMUM SUBJEK

Bidang Perubatan: Cabang Dan Keperluan Minimum Subjek

Bidang Perubatan: Cabang Dan Keperluan Minimum Subjek

Masa kecil dahulu, mesti ramai di antara kita yang bercita-cita untuk menjadi doktor, kan?

Bila dah besar, barulah tahu kalau nak jadi doktor tu kenalah ambil bidang perubatan.

Tetapi bidang perubatan ni banyak bidang dan kepakarannya.

Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang bidang perubatan dan cabangnya serta macam mana anda nak sampai ke tahap itu.

Apa Itu Bidang Perubatan?

bidang perubatan

Perubatan merupakan satu cabang sains kesihatan berkenaan diagnosis, rawatan dan pencegahan penyakit.

Bidang ini melibatkan amalan penjagaan kesihatan bagi mengekalkan dan mengembalikan kesihatan seseorang.

Doktor memainkan peranan penting untuk memastikan kesihatan seseorang manusia terkawal dan memberi rawatan yang sesuai untuk mencapai tujuan tersebut.

Tugas utama seorang doktor adalah memeriksa penyakit yang dihidapi dan seterusnya mencari punca penyakit tersebut.

Kemudian, doktor akan mencadangkan rawatan dan memberikan ubat yang sesuai untuk pulihkan penyakit tersebut.

Tugas-tugas yang lebih kompleks yang seorang doktor perlu lakukan adalah melibatkan kajian yang lebih mendalam terhadap sesuatu penyakit dan lakukan pelbagai ujikaji.

Selain itu, doktor juga melakukan pembedahan dan terapi dari segi psikologi untuk menenangkan pesakit.

Doktor perubatan juga perlu berupaya memberi nasihat profesional dan mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk menjalan penyelidikan ke arah menyediakan prasarana yang memudahkan masyarakat menerima rawatan.

Cabang Mengikut Bidang Perubatan

cabang perubatan

Bidang perubatan mempunyai banyak cabang, antara disiplin utama adalah:

  1. Perubatan
  2. Pembedahan
  3. Pediatrik (kanak-kanak)
  4. Obsterik dan Gynaekologi (sakit wanita)
  5. Mental
  6. Kesihatan awam
  7. Radiologi
  8. Patologi

Banyak sebenarnya peluang kerjaya seorang doktor dan anda boleh pilih mengikut minat anda.

Keperluan Minimum Subjek Bidang Perubatan

bidang perubatan

Bermula tahun 2011, Majlis Perubatan Malaysia (MPM) menyatakan syarat-syarat untuk mendaftar housemanship atau status doktor pelatih di Malaysia adalah keputusan SPM minima 5B dalam mata pelajaran:

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Matematik/Matematik Tambahan
  • Subjek lain

Bagi mereka yang mengambil A-Level, anda perlu mendapat gred BBB, ABC atau AAC bagi Biologi, Kimia, Fizik atau Matematik.

Bagi STPM, anda perlu mendapat gred BBB, ABC atau AAC bagi Biologi, Kimia, Fizik atau Matematik.

Bagi Australian Matriculation, minima ATAR 80 termasuk purata 80% bagi Biologi, Kimia, Fizik atau Matematik.

Bagi Asasi Sains atau Matrikulasi, minima CGPA 3.00 bagi  Biologi, Kimia, Fizik atau Matematik.

Anda juga perlu mempunyai tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang baik untuk menamatkan pengajian dalam bidang perubatan.

Kejayaan Dalam Bidang Perubatan

bidang perubatan

Kemajuan dalam bidang perubatan banyak mencatat kejayaan dalam penemuan-penemuan baharu dan kemajuan teknologi.

Antaranya adalah:

  1.  Rawatan AIDS yang Lebih Baik

Selama bertahun lamanya, virus HIV tidak dapat dikalahkan.

Apabila menjangkiti seseorang, penyakit itu akan menyebabkan individu tersebut menghidap AIDS yang akhirnya meragut nyawa pesakit.

Terdapat ubat antivirus yang boleh diambil tetapi jumlahnya banyak dan terdapat kesan sampingan yang akan dihadapi oleh individu yang mengambilnya.

Hal ini menyukarkan pesakit untuk kekal konsisten dalam mengambil ubat mengikut jadual dan menyebabkan virus itu merebak dan terukkan keadaan.

Perkara ini berubah apabila pada tahun 2006, ubat Atripla dihasilkan.

Pada tahun 2017 dan 2019 pula, dua ubat baharu iaitu Juluce dan Dovato dikeluarkan dan secara drastiknya memberikan pilihan rawatan buat pesakit.

Kedua ubat ini memungkinkan pesakit yang menghidap HIV berubat secara berkesan dengan hanya satu dos ubat.

Ia juga bantu mengurangkan jumlah pesakit HIV yang menghidap AIDS sambil mengurangkan kos rawatan kesihatan dengan ketara.

  1.  Terapi Kanser Bersasar

Selama ini, kaedah rawatan untuk merawat kanser adalah kemoterapi dan radiasi.

Walaupun kaedah ini berkesan tetapi rawatan ini akan menyerang sel yang dijangkiti kanser serta sel-sel yang sihat.

Setakat sedekad yang lalu, teknik baharu telah dikembangkan yang memungkinkan untuk merawat kanser dengan lebih berkesan.

Terapi baharu yang disasarkan berupaya menghilangkan pelbagai kesan sampingan berbahaya dari kemoterapi dan radiasi.

Terapi ini menyerang sel kanser tanpa membahayakan sel yang sihat.

Ia berfungsi dalam beberapa cara tetapi salah satunya adalah dengan mengenal pasti dan membunuh sel kanser secara langsung.

Selain itu, terapi ini turut berfungsi dengan cara mengganggu penyebaran sel kanser dan menyekat sel yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan tumor.

  1.  Rawatan Pesakit Masalah Jantung

Rawatan biasa bagi pesakit yang mengalami serangan jantung adalah pemberian morfin dan lidokain yang dipercayai mencegah daripada degupan jantung yang tidak teratur.

Sebilangan besar pesakit dahulu tidak pulih tetapi kini, kematian akibat jantung menurun sebanyak 40 peratus.

Kejayaan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh penciptaan ubat-ubatan baharu termasuk Lipitor, Mevacor, Crestor dan Simvastatin.

Ubat-ubatan ini berfungsi untuk melambatkan perkembanganan aterosklerosis (penumpukan plak dan bahan berlemak di arteri).

Kini, rawatan pesakit jantung adalah sangat berbeza dengan zaman dahulu iaitu kini, semuanya berkaitan dengan kepantasan.

Sebaik sahaja pesakit tiba di hospital, darah beku dapat dibuang dengan ubat-ubatan.

Pengaktif plasminogen tisu yang direka secara genetik (tPA) dapat memecahkan gumpalan darah seterusnya memulihkan aliran darah.

  1.  Lonjakan Penyelidikan dan Aplikasi Sel Stem

Penggunaan sel stem dalam penyelidikan bukanlah sesuatu yang baharu.

Hal ini membolehkan lebih banyak aplikasi penyelidikan dan rawatan perubatan menggunakan sel stem.

Rawatan menggunakan sel stem terbukti boleh merawat penyakit dan mengubat masalah yang berpunca dari keadaan genetik.

Dalam satu kajian, sel sumsum tulang yang dimanipulasi ditransplatasikan kepada dua orang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

Rawatan ini berjaya menghentikan perkembangan penyakit otak adrenoleukodystrophy yang boleh membawa maut.

Penyelidikan dalam bidang ini menunjukkan potensi besar pada masa hadapan.

Kesimpulan

Bagi mereka yang berminat untuk melanjut pelajaran dalam bidang perubatan, jangan risau tentang laluan kerjaya apatah lagi institusi untuk melanjutkan pelajaran anda.

Hal ini kerana, bidang perubatan banyak ditawarkan di dalam negara dan luar negara.

Jika anda bercita-cita untuk menyambung bidang perubatan di luar negara, Zara Zakiah Education sedia membantu anda.

zara zakiah

Dengan Zara Zakiah Education, anda boleh mengejar cita-cita anda di Egypt, Rusia, Indonesia dan Bangladesh.

Jika anda ingin menyambung di Egypt, anda boleh mendaftar di Mansoura University yang menawarkan pengajian selama 5 tahun dengan yuran USD9,000 setahun*.

JRussian State Medical University menawarkan bidang perubatan selama 6 tahun dengan yuran USD8,500 setahun!*

Kalau di Bangladesh pula, Mymensingh Medical College menawarkan bidang perubatan selama 5 tahun dengan yuran sebanyak USD5,000 setahun*.

Kalau anda ingin sambung di negara yang mempunyai budayanya hampir sama dengan Malaysia, anda boleh daftar di Universitas Sumatera Utara atau Brawijaya Universiti.

Keduanya menawarkan bidang perubatan selama 5 tahun dengan yuran di bawah RM300 ribu*.

(*tertakluk kepada yuran semasa)

Anda dan ibu bapa tak perlu risau kerana Zara Zakiah Education boleh bantu menyediakan sokongan yang diperlukan untuk mengeluarkan EPF sebagai sokongan kewangan.

Namun, Zara Zakiah Education tidak menawarkan sebarang biasiswa atau bantuan kewangan.

Jangan tunggu lagi.

 

Kejar Cita-cita Anda Sebagai Doktor dengan Zara Zakiah Education Sekarang!


Posted 1 year ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES