BLOG

4 PERKARA PENTING IBU BAPA DAN PELAJAR WAJIB TAHU TENTANG HALA TUJU SELEPAS SPM

4 Perkara Penting Ibu Bapa Dan Pelajar Wajib Tahu Tentang Hala Tuju Selepas SPM

4 Perkara Penting Ibu Bapa Dan Pelajar Wajib Tahu Tentang Hala Tuju Selepas SPM

Selepas tamat SPM mesti ramai ibu bapa dan pelajar yang bingung apa yang harus dilakukan setelah mendapat keputusan peperiksaan SPM. Mungkin ada segelintir pelajar yang ingin terus bekerja setelah 11 tahun di alam persekolahan, namun kebanyakkan ibu bapa dan pelajar akan membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, even ada mensasarkan sehingga peringkat PhD. Riwayat Ibn Majah - “Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap Muslim”. Untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, terdapat beberapa pilihan yang boleh diambil berdasarkan beberapa faktor seperti minat, kemampuan, dan juga kewangan. Namun, persoalannya tahukah ibu bapa atau pelajar itu sendiri tentang hala tuju selepas tamat SPM? Mari kita kupaskan empat perkara penting ibu bapa dan pelajar wajib tahu selepas tamat SPM. Semoga dapat memilih keputusan dengan bijak!

  • Perlu tahu minat atau kecenderungan dalam memilih kerjaya. Contoh, kalau tahu anak suka berniaga, dari kecil sudah pandai cari duit sendiri dengan berniaga online atau sebagainya, pilihlah program yang bersesuaian seperti program perniagaan. Program perniagaan boleh terus sambung di peringkat STPM atau DIPLOMA. Tidak perlulah sambung di MATRIKS atau ASASI, kan dapat jimat masa dan tenaga.
  • Jangan lupa isi UPU. Benda paling penting adalah pengisian UPU. Ada lapan pilihan dalam pengisian UPU dan mesti susun pemilihan program mengikut keutamaan kerana permohonan pertama akan disaring terlebih dahulu. Sekiranya gagal, program pengajian pilihan kedua dan seterusnya akan disaring sehinggalah pilihan terakhir. Jika pilihan kedua misalnya telah berjaya, maka pilihan seterusnya tidak akan disaring lagi. Jadi, susunlah dengan baik mengikut minat, keutamaan dan bersesuaian dengan keputusan yang diperoleh. Jangan pakai hentam sahaja.
  • Pilihan STPM, MATRIKS, ASASI, atau DIPLOMA. Selepas kenal pasti passion anak, pilih institusi yang mendorong kearah minat kerjaya anak. Sebagai contoh, saya memilih program kritikal di Malaysia seperti perubatan, pergigian, dan farmasi. Program- program seperti ini boleh secara terus masuk antara institusi pilihan yang ada. Tapi tahap kesukaran untuk sambung peringkat degree berbeza bagi setiap institusi. Misalnya, STPM jika gagal pelajar terpaksa mengulang semula atau memohon DIPLOMA. Jadi, akan merugikan masa pelajar tersebut. MATRIKS, ASASI, dan DIPLOMA perlu bersaing sesama sendiri bagi menempatkan tempat bagi program pilihan di IPTA. Bezanya, sijil DIPLOMA boleh digunakan untuk memohon kerja di syarikat kerajaan atau swasta dan tempoh belajar bagi MATRIKS/ASASI juga berbeza.
TIPS: Tahukah anda, dengan minima B bagi semua subjek SPM terutamanya subjek bio, fizik, kimia, dan add math anda boleh terus masuk tahun pertama program degree perubatan, pergigian, dan farmasi di Mesir?
  • IPTA atau IPTS. Jika berpeluang sambung di IPTA dalam program yang diminati adalah bonus bagi pelajar. Sekali lagi saya mengambil contoh program perubatan, pergigian, dan farmasi di Malaysia, tempat adalah sangat terhad. Bagi program-program lain seperti kejuruteraan dan perakaunan pelajar juga harus bersaing sesama sendiri tetapi tidaklah sesukar mendapatkan program kritikal seperti perubatan, pergigian, dan farmasi. Ada antara pelajar yang tidak kisah dengan program yang ditawarkan asalkan mereka diterima masuk di IPTA. Kesannya, adalah ketika berjuang menamatkan pengajian kerana tidak kena dengan jiwa. Kadang kadang ada yang berhenti separuh jalan. Masa dan tenaga dibazirkan macam itu sahaja. Prospek kerjaya juga samar-samar apabila terima program lelong seperti Degree Sains Perkayuan. Peluang pekerjaan itu ada, tapi terhad. Ini adalah kesan-kesan jika pelajar tidak ambil pusing program yang diterima, janji mereka diterima di IPTA.

Manakala bagi ibu bapa atau pelajar yang prihatin dengan program yang diminati, mereka akan cuba dapatkan program yang diidamkan. Faktor kewangan memainkan peranan penting ketika memilih IPTS. Berbeza dengan IPTA yang sebahagian perbelanjaan yuran dibiayai oleh kerajaan. Bagi program perubatan sahaja yuran kebanyakan IPTS adalah sekitar RM300K hingga RM500K untuk 6 tahun pengajian. Tak dinafikan IPTS mampu menyediakan kemudahan yang moden dan terkini seiring dengan kemajuan dunia, tidak hairanlah kos pengajian agak tinggi berbanding IPTA. Sedikit tips, semasa memilih IPTS untuk menyambung pelajaran, ibu bapa dan pelajar harus buat semakan:

  • IPTS yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi
  • Kursus pengajian diakreditasi oleh MQA
TIPS: Tahukah anda, kos pengajian perubatan dan pergigian IPTA di luar negara yang diiktiraf oleh MQA serendah RM160K SAHAJA untuk 5 tahun pengajian?

Walau apa pun, keputusan yang anda telah pilih, lakukanlah yang terbaik demi mengejar ilmu dan cita-cita di masa depan!! Untuk tips yang seterusnya boleh hubungi saya Nazrin Kamaluddin, Perunding Pendidikan Luar Negara di talian 011-1479 9976. Terima kasih.


Posted 5 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES