Veterinar: Berminat Untuk Merawat Haiwan? Baca Artikel Ini!

Veterinar: Berminat Untuk Merawat Haiwan? Baca Artikel Ini!

Para pencinta haiwan di luar sana pasti pernah terfikir untuk menjadi pakar veterinar satu hari nanti bukan? Jika anda salah seorang daripadanya, teruskan membaca kerana artikel ini untuk anda! Bidang perubatan adalah...

Veterinar: Berminat Untuk Merawat Haiwan? Baca Artikel Ini!

Veterinar: Berminat Untuk Merawat Haiwan? Baca Artikel Ini!

Panduan Lengkap Menjadi Pakar Veterinar untuk Pencinta Haiwan

Zara Zakiah Education · Panduan Pengajian Luar Negara

Para pencinta haiwan di luar sana pasti pernah terfikir untuk menjadi pakar veterinar satu hari nanti, bukan? Jika anda salah seorang daripadanya, teruskan membaca kerana artikel ini untuk anda!

Bidang perubatan adalah sangat luas dan veterinar adalah salah satu daripadanya. Mari kami beritahu anda dengan lebih lanjut tentang cara untuk menceburi bidang ini.

Apa Yang Membuatkan Bidang Veterinar Menarik?

1. Kerjaya Impian untuk Pencinta Haiwan

Dengan menceburi bidang veterinar, anda dapat mencapai kerjaya impian untuk bekerja bersama haiwan-haiwan yang pelbagai spesis. Sebagai doktor haiwan, anda perlu memberi lebih perhatian dan menjaga kebajikan pesakit-pesakit comel anda.

Anda bukan sahaja dapat bermain dan berinteraksi dengan mereka, anda juga dapat membantu melegakan kesakitan yang mereka alami. Menjadi doktor haiwan tidak jauh beza seperti doktor manusia — kerja yang anda lakukan adalah sangat mulia kerana anda akan sentiasa membantu mereka yang memerlukan.

Tambahan pula, anda bukan sahaja dapat melegakan penderitaan haiwan yang mengalami kecederaan, anda juga dapat melegakan kerisauan pemilik haiwan tersebut. Mereka mungkin tidak dapat bercakap dan menzahirkan rasa berterima kasih, namun mereka pasti akan rasa bersyukur. Anda akan menjadi wira mereka.

Selain itu, dengan pengetahuan dalam bidang Perubatan Veterinar yang anda perolehi, anda dapat menjaga haiwan kesayangan anda sendiri dengan mudah kerana lebih faham tentang kesihatan fizikal mereka.

2. Peluang Pembelajaran yang Luas dan Tanpa Henti

Kerjaya sebagai veterinar sesuai buat individu yang sentiasa dahagakan ilmu. Anda juga sesuai dengan bidang ini jika mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi serta gemar mempelajari kemahiran baharu.

Sebagai seorang doktor haiwan, anda perlu sentiasa mengikuti perkembangan teknologi dan teknik rawatan baru yang berkesan, di samping melakukan kajian. Doktor haiwan juga dikehendaki untuk melakukan kursus tahunan untuk pensijilan.

Dengan latar belakang pengetahuan yang luas daripada ijazah Veterinar, anda akan dapat menceburi pelbagai kerjaya serta bekerja untuk organisasi yang berbeza. Tugas harian juga merangkumi pemeriksaan fizikal, ujian makmal dan penyelidikan untuk memastikan rawatan yang terbaik.

3. Veterinar Boleh Bekerja Secara Sendiri

Jika anda kurang gemar bekerja di bawah orang lain, berita baik untuk anda! Sebagai seorang veterinar, anda boleh memilih sama ada untuk bekerja untuk organisasi besar atau membentuk kerjaya anda sendiri.

Selepas mencapai sesetengah tahap, anda boleh mula bekerja secara bebas dan menjadi pakar dalam bidang ini. Bukan itu sahaja, anda boleh menjadi rakan kongsi klinik terkenal yang akan memberi reputasi yang baik dan pelanggan yang lebih setia kelak.

Sebagai veterinar yang bekerja secara bebas, anda juga akan mempunyai jadual yang fleksibel. Anda boleh memilih bilangan haiwan peliharaan yang ingin anda rawat untuk hari tersebut.

Anda Akan Sentiasa Berinteraksi dengan Orang Ramai

Sebagai doktor haiwan, anda bukan sahaja dapat membantu haiwan yang memerlukan, anda juga dapat berinteraksi dan menjalin hubungan dengan pemilik haiwan tersebut. Anda boleh membina hubungan yang kukuh dengan mereka — bukankah itu cara yang terbaik untuk membuat kawan semasa bekerja?

Mereka juga akan senang untuk mempercayai anda dalam menguruskan haiwan kesayangan mereka sepenuhnya kerana yakin dengan kepakaran anda. Membantu haiwan peliharaan akan menggembirakan bukan sahaja keluarga tersebut, tetapi haiwan itu sendiri. Ini sudah pasti adalah ganjaran yang hebat selepas seharian penat bekerja keras.

Tetapi, pasti terdapat saat-saat yang menyedihkan yang perlu dihadapi oleh veterinar seperti menyaksikan derita haiwan yang sakit serta melihat pemergian mereka. Namun, setiap profesion mempunyai kelemahannya yang tersendiri dan anda akan belajar membiasakan diri untuk menangani pengalaman pahit tersebut.

Selain itu, dengan menjadi veterinar, anda juga dapat menjadi sebahagian daripada komuniti yang sentiasa meringankan beban makhluk lain. Ini merupakan peluang terbaik untuk melibatkan diri bersama sekumpulan orang yang mempunyai minat yang sama dengan anda.

Anda Juga Boleh Menjadi Veterinar!

Kini dengan Zara Zakiah, anda juga boleh mencapai impian untuk menyambung pengajian ke luar negara dan menjadi pakar veterinar. Zara Zakiah menawarkan pelbagai kos pengajian terutamanya dalam bidang perubatan atau veterinar di beberapa buah negara seperti Mesir, Rusia, Indonesia dan Bangladesh.

Antara universiti yang menawarkan program veterinar adalah Institut Pertanian Bogor (IPB) dan Bangladesh Agricultural University (BAU).

Institut Pertanian Bogor (IPB), Indonesia

Pelajar perlu mempunyai minimum PNGK 3.00 dari Asasi Sains, Matrikulasi, STPM, A-Level atau yang setaraf dengannya. Tempoh pengajian adalah selama 4 tahun dan medium pembelajaran adalah Bahasa Inggeris atau Indonesia.

Antara kelebihan menyambung pengajian di Indonesia adalah kos hidup yang lebih rendah berbanding negara lain. Secara anggaran, pelajar hanya perlu membelanjakan sebanyak RM500–RM700 sebulan. Bukan itu sahaja, budaya dan bahasa pertuturan di sana juga hampir sama dengan kita.

Bangladesh Agricultural University (BAU), Bangladesh

Tempoh pengajian veterinar di Bangladesh Agricultural University adalah selama 5 tahun dengan Bahasa Inggeris dan Bengali sebagai bahasa pengantaraan.

Sama seperti di Indonesia, kos hidup di Bangladesh juga rendah dengan anggaran sebanyak RM300–RM500 sebulan. Pengurusan rumah sewa juga akan disediakan kepada pelajar.

Universiti Bertaraf Antarabangsa Lain

Anda juga boleh pilih pelbagai universiti bertaraf antarabangsa lain seperti:

  • Alexandria University

  • Mansoura University

  • Dhaka Dental College

  • Institut Pertanian Bogor

  • Universitas Sumatera Utara

  • Dan banyak lagi!

Rebut Peluang Menjadi Pakar Veterinar!

Sambung pengajian di luar negara bersama Zara Zakiah hari ini.

Hubungi Kami Sekarang

Alamat:

No. A-1-2, Laman Perniagaan Bahagia, Jalan 1, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi:

Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:30 petang

Diiktiraf Oleh

Malaysian Medical

Council

Malaysian Veterinar

Council

World Health

Organization

Malaysian Qualifications Agency

Malaysian Pharmacist

Society

Malaysian Dental

Council

Dipercayai

Tiada caj tersembunyi. Kami jujur dari awal sampai akhir.

Sokongan Penuh Di Lapangan

Kami ada bersama anda di negara destinasi — dari hari pertama sampai selesa.

Panduan Kewangan

Kami bantu urusan Pembiayaan Pendidikan Bank AFFIN dan pengeluaran Akaun 2 KWSP.

Pilihan Mengikut Anda

Daripada Perubatan hingga Pengajian Agama — kami padankan bidang terbaik dengan hala tuju anda.

Soalan Yang Sering Ditanya

10 soalan

Follow us on:

We are MS ICO 900:1:2015 Certified

We are MS ICO 900:1:2015 Certified