Ramai yang ingin menjadi seorang pelajar cemerlang. Namun, ada yang masih tidak tahu cara-cara untuk menjadi pelajar yang cemerlang, terutamanya dari segi ajaran Islam.
Terdapat banyak ajaran dan amalan mulia dalam Islam yang boleh diikuti supaya anda boleh mencapai kejayaan dalam setiap aspek kehidupan.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda ciri-ciri pelajar cemerlang, kelebihan menjadi pelajar cemerlang, dan cara-cara untuk menjadi pelajar yang cemerlang menurut Islam.
Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Seorang pelajar yang cemerlang semestinya mempunyai akhlak yang baik, bermoral tinggi serta mengamalkan nilai-nilai murni dan keagamaan dalam kehidupan seharian.
Mereka juga boleh menilai antara yang baik dan buruk serta menjauhkan diri daripada terjebak dengan perkara yang tidak elok seperti gejala sosial.
Pelajar yang cemerlang juga mempunyai sikap rajin. Mereka perlu rajin membaca, mengulang kaji dan membuat latihan ketika mereka mempunyai masa lapang.
Selain daripada sesi pengajaran di dalam kelas, melakukan ulangkaji di luar kelas sangat penting bagi menambahkan lagi pengetahuan dan kefahaman tentang subjek yang dipelajari.
Seterusnya, Pelajar yang cemerlang mempunyai disiplin diri yang tinggi. Mereka perlu menggunakan masa yang mereka ada dengan sebaik mungkin dengan perkara yang berfaedah.
Mereka mengutamakan pelajaran, menepati masa dan tidak melanggar sebarang peraturan sekolah.
Selain itu, pelajar cemerlang adalah seorang yang menghormati kedua ibu bapanya dan guru-guru yang mengajarnya. Mereka mendengar dan menerima nasihat dengan baik.
Selain daripada cemerlang dari segi pendidikan, pelajar yang cemerlang juga aktif dalam aspek kokurikulum seperti kelab, badan beruniform dan bersukan.
Aktiviti kokurikulum seperti kelab persatuan dan badan beruniform dapat menggalakkan sifat kepemimpinan, kerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar.
Aktiviti sukan juga dapat memastikan mereka dalam keadaan yang sihat dan cergas supaya otak mereka juga cerdas dan mudah untuk menerima ilmu.
Menjadi seorang pelajar cemerlang dapat membuka peluang untuk memasuki universiti yang bagus. Mereka juga akan mempunyai peluang yang lebih besar untuk menerima biasiswa.
Universiti terpilih mencari mereka yang cemerlang dalam bidang akademik dan ia adalah fakta bahawa keputusan akademik sememangnya penting dalam proses kemasukan.
Pelajar yang cemerlang akan menjadi pelajar contoh, disenangi oleh ramai dan menggalakkan pelajar lain untuk berusaha menjadi pelajar yang terbaik juga.
Antara cara-cara untuk menjadi pelajar yang cemerlang menurut Islam adalah dengan membetulkan niat iaitu niat belajar kerana Allah S.W.T.
Menuntut ilmu haruslah kerana ingin memperbaiki diri, mencari kebenaran hakiki, mengangkat martabat umat Islam serta untuk membalas jasa ibu bapa yang tersayang.
Solat itu tiang agama. Semestinya pelajar yang menjaga solat pasti akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT seperti keputusan yang bagus.
Menjaga solat dan solat pada awal waktu juga dapat mengalakkan sifat disiplin diri untuk menepati masa dan menjalankan amanah sebagai seorang muslim.
Membaca Al-Quran merupakan antara cara-cara untuk menjadi pelajar yang cemerlang yang paling bagus untuk diamalkan.
Membaca Al-Quran setiap hari dapat menenangkan hati dan mengukuhkan ingatan pelajar supaya ilmu mudah masuk dan difahami.
Jujur dan amanah adalah dua perkara yang sangat penting dalam Islam. Pelajar haruslah jujur dalam pelajaran dan tidak meniru dalam peperiksaan.
Pelajar juga perlu jujur dengan guru dan menjalankan amanah sebagai seorang pelajar seperti menyiapkan kerja sekolah dan mengikut peraturan sekolah supaya ilmu diberkati.
Menurut Waqi’, guru Imam al-Syafie: “Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya. Cahaya Allah tidak diberikan kepada orang yang melakukan maksiat.”
Mereka yang melakukan maksiat pasti akan menghadapi masalah untuk belajar dan menghafal dengan betul kerana ilmu dan maksiat tidak boleh bercampur.
Oleh itu, cara-cara untuk menjadi pelajar yang cemerlang adalah dengan meninggalkan dan menjauhi maksiat sebaik mungkin.
Selain daripada hubungan diri kita dengan Allah SWT, Islam juga mengajar kita bahawa hubungan sesama manusia juga sangat penting.
Pelajar yang cemerlang perlu mempunyai sikap prihatin dan tidak sombong. Contohnya, berkongsi ilmu bersama rakan-rakan dan mengelakkan pergaduhan antara satu sama lain.
Kesimpulannya, terdapat banyak cara-cara untuk menjadi pelajar yang cemerlang menurut Islam yang anda boleh ikuti.
Jika anda seorang pelajar cemerlang yang berminat untuk belajar di luar negara, hubungilah agensi Zara Zakiah bagi memudahkan proses anda menyambung pengajian!
Ini adalah antara sebab anda perlu memilih mereka untuk membantu anda menyambung pengajian di luar negara:
● Pengalaman 14 Tahun Dalam Industri
● Perjanjian Memorandum Of Understanding (MOU) Antara Zara Zakiah Education
● Bimbingan Dari A-Z
● Pembayaran Secara Berperingkat
Jika anda berminat, anda boleh ke laman web ini untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.
Hubungi Zara Zakiah Untuk Info Lanjut
Add a comment