BLOG

KENAPA MEMILIH UNIVERSITI LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF

Kenapa Memilih Universiti Luar Negara Yang Diiktiraf

Kenapa Memilih Universiti Luar Negara Yang Diiktiraf

Posting kali ini adalah khas bagi mereka yang berminat untuk sambung pengajian ke luar negara. Tidak di nafikan, ada juga sebahagian ibu bapa dan pelajar yang masih tidak jelas akan pentingnya universiti atau bidang pengajian yang diiktiraf. Lebih-lebih lagi dalam pemilihan untuk belajar ke luar negara. Setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), para pelajar dinasihatkan untuk memilih universiti yang telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA) kerana ia penting agar kursus yang ditawarkan mencapai ‘Quality Standard’ yang ditetapkan.

Beberapa fakta tentang MQA ialah:

  • MQA juga dikenali sebagai JPA iaitu nama lama bagi MQA. Kelayakkan MQA adalah penting yang perlu diambil kira sebelum memilih universiti. Natijahnya, ia mendatangkan kebaikan untuk mendapatkan pekerjaan dalam kerajaan dan swasta setelah tamat belajar kelak.
  • Kebiasaanya, hampir semua IPTA di Malaysia telah mendapatkan pengiktirafan dari MQA. Namun, hanya sebahagian universiti luar negara yang diiktiraf oleh MQA. Ini menunjukkan, betapa pentingnya untuk menyelidik latar belakang universiti sebelum mendaftar. Jika universiti luar negara tersebut dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan MQA ataupun belum mendapatkan pengiktirafan, maka dinasihatkan kepada ibu bapa dan pelajar untuk tidak mendaftar ke universiti tersebut.
  • Bayangkan, empat atau lima tahun menuntut di universiti luar negara yang belum diiktiraf MQA dan telah menghabiskan masa dan tenaga untuk menghabiskan pelajaran, tetapi ijazah yang diperolehi tidak diiktiraf oleh MQA.
  • Tambahan pula, dengan wujudnya akreditasi sebegini membolehkan pelajar untuk layak dipertimbangkan bagi mendapat tajaan pengajian luar negara seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau mana-mana institut berkaitan. Proses penajaan akan dipermudahkan jika universiti yang dipohon diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia seperti MQA.
  • Seterusnya, pelajar boleh mendapat peluang untuk menjawat jawatan awam di Malaysia. Perkara ini penting lebih-lebih lagi buat para pelajar yang akan menymabung bidang pengajian kedoktoran yang mana memerlukan pelajar melakukan housmanship di Malaysia. Jika tidak diiktiraf, ia akan merumitkan proses permohonan housmanship pelajar sendiri.
  • Pelajar juga boleh menukar kredit kepada institusi lain tetapi tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Tamsilnya, apabila dalam situasi pertukaran pelajar, mereka perlu menukar kredit ke universiti luar negara. Kedua-dua universiti yang terlibat perlulah mempunyai akreditasi dari MQA untuk memudahkan urusan pelajar dan pihak universiti itu sendiri.

Presiden persatuan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Datuk Dr Ahmad Syukri Ismail memberitahu negara mempunyai lambakan graduan perubatan namun bidang perubatan masih kekurangan doktor. Tidak menjalani latihan amali atau housemanship di hospital telah merendahkan kualiti mereka manakala jika lakukan latihan amali di luar negara, ianya tidak diiktiraf kerajaan.

Kesimpulannya, menyelidik sebelum memilih universiti-universiti luar negara yang diiktiraf amatlah penting untuk masa depan dan kesenangan pelajar kelak. Zara Zakiah Education Sdn. Bhd. menawarkan peluang untuk belajar di IPTA luar negara yang diiktiraf oleh MQA, WHO dan MMC. Perakuan akreditasi ini adalah penting untuk menentukan tanda aras kualiti pengajian dan universiti itu sendiri. Jika anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, boleh hubungi atau WhatsApp di nombor 011-3506 2197 (Aqila).

Berikut disertakan laman web MQA untuk butiran dan informasi lebih lanjut: https://www.mqa.gov.my/


Posted 4 years ago
News

Comments

ZULFIKAR ALI ARIFFIN 11 months ago

PERLUKAN MAKLUMAT YANG LEBIH JELAS BERHUBUNG PENGAJIAN VETERINAR DI LUAR NEGARA.

Add a comment

CATEGORIES