BLOG

MENGAPA LUAR NEGARA MENJADI PILIHAN TEMPAT BELAJAR?

Mengapa Luar Negara Menjadi Pilihan Tempat Belajar?

Mengapa Luar Negara Menjadi Pilihan Tempat Belajar?

Sebagai seorang pelajar, seharusnya kita memilih tempat untuk menuntut ilmu yang terbaik buat diri kita. Sesiapa sahaja yang ingin menyambung pelajarannya terutama di peringkat tinggi, Institut Pendidikan Tinggi (IPT) pasti ingin memilih universiti-universiti yang terbaik. Terdapat banyak universiti yang mempunyai pencapaian yang baik bukan sahaja di Malaysia malahan di luar negara juga. Oleh itu, terdapat beberapa sebab mengapa para pelajar perlu memilih destinasi untuk menyambung belajar di luar negara.

Pertama, semestinya seseorang yang belajar di luar negara akan dapat meningkatkan kemahiran bahasa mereka. Belajar di luar negara merupakan salah satu lonjakan paradigma bagi seseorang pelajar untuk mempelajari bahasa baru. Pelajar juga boleh mengambil kelas tambahan untuk mempelajari ilmu tersebut untuk menggilapkan kemahiran berbahasa apabila berada di luar negara tersebut. Para pelajar yang belajar di luar negara mampu meningkatkan kemahiran berbahasa mereka apabila berkomunikasi bersama rakan-rakan di sana.

Seterusnya, dapat mengenali dan bertemu dengan orang baharu serta mempelajari budaya mereka. Ini tidak dapat dinafikan lagi apabila seseorang belajar di luar negara semestinya budaya mereka tidak sama seperti di Malaysia. Setiap negara mempunyai budaya yang tersendiri dan unik. Dengan itu, pelajar di luar negara dapat menimba pelbagai pengalaman baharu di samping mempelajari budaya di negara tersebut. Tambahan itu, pelajar yang belajar di luar negara juga dapat meluaskan pengetahuan mereka sepanjang kehidupan mereka di sana. Di samping itu, pelajar juga dapat menambah kenalan dan teman dari negara asing. Ini dapat mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi sesama mereka.

Selain itu, para pelajar juga boleh belajar untuk berdikari apabila hidup di luar negara. Ianya bukanlah perkara yang mudah untuk belajar dan menetap di negara orang. Ia memerlukan ketekadan, keazaman dan sikap berdikari untuk kekal ‘survive’ di negara orang. Pelajar yang belajar di luar negara mestilah menerapkan sikap berdikari ini. Namun begitu, semua pengalaman belajar di luar negara itu amat berharga dan dapat mematangkan diri seseorang.

Seterusnya, pelajar yang belajar di luar negara berpeluang untuk merasai sistem pendidikan yang berbeza. Setiap negara mempunyai keunikan sistem pendidikan yang tersendiri. Para pelajar juga dapat merasai cara pembelajaran yang baru, susunan masa yang efektif dan cara berkomunikasi yang baik di antara guru dan pelajar lain. Antara negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia adalah di United Kingdom, Jepun, Australia, Singapura dan beberapa buah negara lain. Ini membuktikan bahawa pelajar yang belajar di luar negara dapat meluaskan pengetahuan serta menambahkan pengalaman dalam kehidupan mereka. Belajar di luar negara merupakan salah satu peluang yang tidak boleh disia-siakan oleh para pelajar.

Akhir sekali, meningkatkan kebolehpasaran para pelajar di alam pekerjaan kelak. Tidak dapat dinafikan bahawa belajar di luar negara dapat meningkatkan kebolehpasaran pelajar. Ini kerana profil mereka akan kelihatan lebih menarik. Tambahan pula, para pelajar yang belajar di luar negara juga dapat bertutur bukan sahaja bahasa ibunda mereka namun bahasa di negara tersebut juga. Ini merupakan antara kelebihan yang memberikan pelajar yang belajar di luar negara jaminan untuk mendapat peluang pekerjaan di masa akan datang.

Jadi? Anda berminat untuk belajar di luar negara? Nak tahu macam mana nak pilih universiti yang terbaik berdasarkan bidang yang anda minati? Ayuh layari laman sesawang kami di Zara Zakiah Education atau hubungi Konsultan Pendidikan kami, En Annawi di       014-8068027


Posted 1 year ago

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES