BLOG

NAK SAMBUNG BELAJAR DALAM BIDANG PERUBATAN DAN PERGIGIAN DI LUAR NEGARA? ANDA WAJIB BACA NI!

Nak Sambung Belajar Dalam Bidang Perubatan Dan Pergigian Di Luar Negara? Anda Wajib Baca Ni!

Nak Sambung Belajar Dalam Bidang Perubatan Dan Pergigian Di Luar Negara? Anda Wajib Baca Ni!

Belajar di luar negara ni menjadi idaman bagi setiap pelajar, terutamanya yang baru sahaja menamatkan SPM. Bukan nak kata institusi pengajian di Malaysia ini tidak bagus, tetapi terdapat kelebihan belajar di luar negara ni. Bagi hendak menyambung pelajaran dalam bidang perubatan dan pergigian, Mesir adalah satu pilihan yang bijak untuk anda semua! Kenapa saya nyatakan begitu? Jom kita rungkai satu satu!

1.  YURAN RENDAH

Rata rata jurusan perubatan dan pergigian di negara lain adalah sangat mahal. Boleh mencecah jutaan ringgit jumlah yurannya. Di kebanyakan universiti swasta tempatan juga menawarkan harga dalam lingkungan ratusan ribu untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ni.

Di Mesir, kos pengajiannya adalah sekitar USD 8000 sahaja setahun! Jumlah ini adalah sangat berpatutan jika hendak dibandingkan dengan universiti yang lainnya, termasuk di Malaysia.

2.  KOS SARA HIDUP RENDAH

Kadar pertukaran mata wang Mesir adalah jauh lebih rendah dari Malaysia. Tambahan pula, kos sara hidup di sana adalah rendah berbanding negara lain. Bayangkan, dengan RM 500- 700 sahaja cukup bagi seorang pelajar. Sama sahaja kosnya seperti di Malaysia, di bandar bandar besar Malaysia pun adakalanya RM 700 itu tidak cukup untuk pelajar.

Untung pelajar perubatan dan pergigian yang melanjutkan pelajaran di sini. Tak perlu dah nak pening pening lagi soal duit atau nak kerja part time lagi. Ibu bapa pun senang hati.

Tak perlu ke UK, ke India hendak belajar lagi. Belajar sahaja perubatan dan pergigian di Mesir ini!

3.  NEGARA ISLAM

Bukan senang hendak membiasakan diri dengan keadaan negara lain, lebih lebih lagi jika negara tersebut adalah bukan Islam. Soal makanan halal dan segala melibatkan syariah.

Mesir adalah sebuah negara Islam yang bermazhab Hanafi. Jadi urusan pelajar perubatan dan pergigian di Mesir ini tiada masalah dalam mencari makanan yang halal dan sesuatu yang patuh syariah.

4.  RAMAI RAKYAT MALAYSIA

Ramai rakyat Malaysia yang telah memilih Mesir sebagai tempat mereka untuk menuntut ilmu, terutamanya bagi pelajar dalam jurusan perubatan dan pergigian. Dianggarkan jumlah rakyat Malaysia yang berada di Mesir adalah 11,000 orang. Ini tidak termasuk rakyat Indonesia, Brunei dan Thailand lagi!

Jika terdapat masalah atau berdepan dengan kesukaran ketika di sana, ramai yang boleh membantu!

5.  BAHASA KETIGA

Pepatah ada mengatakan, masuk kandang kambing mengembek. Masuk kandang harimau mengaum.

Bahasa pertuturan dan komunikasi di Mesir adalah bahasa Arab. Jadi pelajar perubatan serta pergigian di sana perlu mengadaptasi dan belajar bahasa tersebut untuk memudahkan komunikasi mereka bersama orang tempatan.

Bahasa ketiga ini juga adalah satu kelebihan untuk kerjaya pada masa akan datang. Bahasa ketiga ini akan menjadi nilai tambah bagi seseorang ketika di alam pekerjaan.

6.  DIIKTIRAF.

Ini paling penting! Segala pengajian yang ditawarkan adalah diiktiraf oleh Malaysia Medical Council (MMC), Malaysia Dental Council (MDC) dan juga Malaysia Qualifications Agency (MQA).

Jadi tak perlu risau lagi untuk mengambil jurusan perubatan dan pergigian di Mesir!

7.  LEPASAN SPM TERUS TAHUN PERTAMA.

Syarat kemasukan universiti juga sangatlah mudah, gunakan keputusan SPM pun boleh ambil jurusan perubatan dan pergigian di Mesir!

Di negara lain, syaratnya adalah ketat bagi seseorang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan pergigian ini. Jadi jika anda bersemangat dan bertekad untuk menjadi seorang doktor, jom sambung pengajian perubatan dan pergigian anda di Mesir!

Peluang cuma datang sekali, tidak berkali kali. Yuran berpatutan, kos sara hidup rendah, syarat kemasukan SPM, diiktiraf adalah salah satu sebab mengapa anda berada dalam kerugian jika tidak menggunakan peluang ini!

Hendak membina masa depan yang cerah? Jom hubungi kami SEKARANG!

Nazrin Kamaluddin - http://www.wasap.my/601114799976


Posted 4 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES