BLOG

PINJAMAN PELAJARAN YANG ANDA BOLEH PERTIMBANGKAN

Pinjaman Pelajaran Yang Anda Boleh Pertimbangkan

Pinjaman Pelajaran Yang Anda Boleh Pertimbangkan

Terdapat banyak organisasi dan syarikat yang menawarkan pinjaman pelajaran untuk para pelajar yang layak.

 

Pendidikan merupakan salah satu pelaburan yang sangat penting untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.

 

Pada tahun lepas, indeks gred purata nasional meningkat daripada 3.86 kepada 3.74 daripada tahun sebelumnya. Ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

 

Golongan cerdik pandai meningkat di negara kita. Namun begitu, tidak semua berupaya untuk menanggung kos pelajaran semasa di institut pengajian tinggi.

 

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan secara ringkas beberapa pinjaman pelajaran yang dapat membantu anda menampung kos ketika sambung belajar.

4 Jenis Pinjaman Pelajaran di Malaysia

1. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

 

Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan salah satu pinjaman pelajaran yang paling popular dan penting di Malaysia. Ia ditubuhkan untuk membantu pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka di peringkat tinggi tetapi menghadapi kekangan kewangan.

 

Syarat Kelayakan PTPTN:

 

Untuk memohon pinjaman PTPTN, anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

 

  • Warganegara Malaysia.
  • Mendapat tawaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Tidak mempunyai penaja lain atau mendapat penajaan penuh dari mana-mana agensi.
  • Mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, atau setaraf.
 

 

2. Pinjaman MARA

 

Pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah salah satu sumber bantuan kewangan yang sangat penting bagi pelajar Bumiputera di Malaysia. MARA menawarkan pelbagai jenis pinjaman dan biasiswa untuk membantu pelajar melanjutkan pengajian mereka di dalam dan luar negara

 

Syarat Kelayakan Pinjaman MARA:

 

  • Warganegara Malaysia dan berketurunan Bumiputera.
  • Mendapat tawaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh MARA.
  • Prestasi akademik yang memuaskan, biasanya dengan keperluan minimum CGPA yang ditetapkan.
  • Pendapatan keluarga yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh MARA.
  • Tidak mempunyai penaja lain yang menanggung kos pengajian sepenuhnya.

 

 

 

 

3. JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam)

 

Program biasiswa JPA adalah antara pinjam yang kompetitif di negara ini. Matlamatnya untuk melahirkan graduan berkualiti yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

 

Syarat Kelayakan JPA:

 

  • Warganegara Malaysia.
  • Prestasi Akademik Cemerlang: Pelajar perlu mencapai keputusan yang sangat baik dalam peperiksaan SPM, STPM, atau setaraf.
  • Aktiviti Kokurikulum: Penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum adalah satu kelebihan.
  • Kemahiran Bahasa: Menguasai bahasa Inggeris dan bahasa lain adalah satu kelebihan terutama untuk program luar negara.
  • Tidak Terikat dengan Biasiswa Lain: Pelajar yang telah menerima biasiswa daripada agensi lain biasanya tidak layak untuk memohon biasiswa JPA.


 

 

 

4. Pinjaman Swasta

 

Selain daripada pinjaman pelajaran yang disediakan oleh kerajaan seperti PTPTN dan JPA, terdapat juga pilihan pinjaman pelajaran yang ditawarkan oleh institusi kewangan swasta di Malaysia. Antaranya seperti bank Maybank, Hong Leong Bank, RHB Bank dan CIMB Bank.

 

Syarat Kelayakan Pinjaman Swasta:

 

  • Warganegara Malaysia: Pemohon mesti merupakan warganegara Malaysia.
  • Penjamin: Kebanyakan pinjaman memerlukan penjamin yang mempunyai pendapatan tetap.
  • Keputusan Akademik: Pelajar perlu menunjukkan prestasi akademik yang memuaskan.
  • Tawaran Kemasukan: Pelajar perlu mempunyai surat tawaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
  • Dokumen Sokongan: Salinan kad pengenalan, slip gaji penjamin, dan surat tawaran kemasukan biasanya diperlukan.
     

Setiap pinjaman pelajaran mempunyai kelebihannya tersendiri walaupun syarat kelayakan lebih kurang sama.

 

Anda perlu melayari laman web utama untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting terutamanya tarikh dan tempoh permohonan dibuka dan ditutup.

 

Mari Sambung Belajar Bersama Zara Zakiah Education

 

A black background with white text

Description automatically generated

Jika anda dalam pencarian universiti yang sesuai dengan kelayakan anda, dapatkan konsultasi daripada kami.

Bagaimana Zara Zakiah Education dapat membantu memudahkan proses untuk melanjutkan pelajaran khususnya ke luar negara?

  • Bimbingan dan persediaan latihan sebelum berangkat ke luar negara

 

  • Mendapatkan nasihat daripada pakar yang mempunyai pengalaman yang lama

 

  • Membantu proses pendaftaran, pengurusan VISA dan dokumen yang diperlukan untuk menyambung pelajaran di luar negara

 

  • Menyediakan kemudahan penginapan untuk mereka yang memerlukan

 

  • Bantuan pengeluaran EPF, Zakat, Baitulmal, dan lain-lain

 

Hubungi kami untuk melanjutkan pelajaran anda di luar negara dengan mudah.

 


Posted 2 months ago

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES