BLOG

SYARAT KEMASUKAN UNIVERSITI LEPASAN SPM PILIHAN ANDA!

Syarat Kemasukan Universiti Lepasan SPM Pilihan Anda!

Syarat Kemasukan Universiti Lepasan SPM Pilihan Anda!

Para lepasan SPM, mesti ramai yang nak sambung pelajaran ke tahap universiti kan?

Perkara pertama yang anda perlu buat ialah buat penyelidikan sedikit tentang institusi dan kursus pengajian yang ada di Malaysia ni.

Selepas itu, barulah fikir kelayakan SPM anda sama ada patuh syarat-syarat yang diletakkan atau tidak.

Sebabnya, ada program pengajian yang mempunyai syarat yang berbeza dengan program lain.

Jom kita tengok syarat yang macam mana anda perlukan untuk melayakkan diri ke universiti.

Keputusan SPM Yang Layak Masuk Universiti

Syarat Kemasukan Universiti Lepasan SPM

Untuk pengetahuan anda, hanya warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap (Permanent Resident) yang mempunyai nombor kad pengenalan atau MyKad sahaja yang layak memohon untuk IPTA di Malaysia.

Pelajar bukan warganegara perlu membuat permohonan secara terus kepada IPTA berkenaan.

Jom kita tengok syarat kelayakan untuk:

  1.  Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Universiti Awam (UA)

Untuk masuk UA/IPTA, anda perlu mendapat sekurang-kurangnya gred C (Kepujian) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kalau gagal dalam SPM, jangan risau kerana keputusan BAhasa Melayu dari SPM Ulangan (SPMU) juga diambil kira.

  1.  Program Matrikulasi

Syarat am untuk program Matrikulasi adalah:

  • Umur tidak melebihi 20 tahun semasa memohon
  • Warganegara Malaysia
  • Calon SPM tahun semasa

Syarat kelayakan untuk jurusan Sains Matrikulasi:

  • Gred B bagi Matematik
  • Gred C bagi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi
  • Lulus bagi Sejarah

Syarat kelayakan untuk jurusan Kejuruteraan Matrikulasi:

  • Gred B bagi Matematik
  • Gred C bagi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
  • Lulus bagi Sejarah dan Kimia
  • Gred C bagi salah satu mata pelajaran elektif.

Syarat kelayakan jurusan Perakaunan Matrikulasi:

  • Gred C bagi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik  
  • Lulus bagi Sejarah
  • Gred C bagi tiga mata pelajaran elektif.

Syarat kelayakan jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) Matrikulasi (Bumiputera sahaja):

  • Gred A bagi Bahasa Inggeris dan Matematik
  • Gred C bagi Bahasa Melayu
  • Lulus bagi Sejarah, ujian aptitud dan temuduga 
  • Gred A bagi tiga mata pelajaran elektif
  1.  Syarat Kelayakan Politeknik

Terdapat dua jenis Politeknik di Malaysia iaitu Politeknik Premier dan Politeknik Konvensional/ Metro.

Di Politeknik Premier,anda perlu mendapat gred C atau kepujian bagi lima (5) mata pelajaran yang ditetapkan.

Politeknik Konvensional/ Metro pula menetapkan hanya tiga (3) mata pelajaran yang anda perlu dapatkan gred C atau kepujian.

Mata pelajaran yang ditetapkan adalah:

  1. Bahasa Melayu (wajib lulus)
  2. Sejarah (wajib lulus)
  3. Bahasa Inggeris
  4. Matematik
  5. Sains/ Fizik/ Kimia

 

  1.  Syarat Kelayakan Institusi Pendidikan MARA (iPMA)

Antara universiti dan pusat pengajian tinggi yang ditubuhkan oleh MARA (iPMA) adalah:

  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM)
  • Kolej Profesional MARA (KPM)
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
  • German-Malaysian Institute (GMI)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • MARA Japan Industrial Institute (MJII)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)

Syarat kemasukan ke iPMA bergantung kepada program pengajian dan kursus yang dipilih.

  1. Syarat Kelayakan Permohonan Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Syarat am Diploma PPUM adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 25 tahun
  • Bujang atau belum berkahwin
  • Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikan calon tidak sesuai mengikuti latihan

Syarat akademik Diploma PPUM adalah:

  • Gred C bagi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • Lulus bagi Sejarah
  • Syarat bagi setiap program adalah berbeza.

 

  1.  Syarat Kelayakan Advanced Level (A-Level)

Terdapat pelbagai subjek yang anda boleh ambil, minima 3 subjek dan maksima 4 subjek sahaja.

Pelajar Malaysia wajib mengambil Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam (atau Pendidikan Moral untuk pelajar bukan Islam).

Syarat bagi A-Level adalah mendapat keputusan minima 5 kredit (gred C hingga A+) termasuk Bahasa Inggeris untuk menduduki A-Level.

GCE dan O-Level juga diterima.

 

  1. Syarat Kelayakan Universiti/Kolej Swasta/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Bagi IPTS, terdapat pelbagai IPTS di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis kursus merentasi bidang teknikal, kreatif dan sosial.

Universiti swasta di Malaysia juga banyak yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa dan membolehkan graduan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Syarat-syarat kemasukan setiap universiti swasta adalah berbeza dan boleh disemak di laman web universiti masing-masing.

 

Tips Memilih Jurusan dan Universiti Yang Betul

Syarat Kemasukan Universiti Lepasan SPM

Ramai lepasan SPM rasa susah nak pilih jurusan dan universiti sebab banyak sangat pilihan.

Jom kami kongsikan beberapa tips yang boleh bantu anda.

  1.  Pergi Karnival Pendidikan

Di karnival pendidikan, pasti anda akan mendapat risalah-risalah dari universiti.

Gunakan risalah tersebut untuk jadikan rujukan terutamanya syarat kemasukan setiap universiti.

Dari situ, anda boleh tetapkan mana satu universiti atau kursus yang anda inginkan.

  1. Variasikan Pilihan Universiti 

Ramai lepasan SPM yang sudah mempunyai universiti pilihan masing-masing tetapi jangan hanya tertumpu pada satu universiti saja.

Fikirkan kebarangkalian yang anda mungkin tidak akan mendapat universiti pilihan anda.

Oleh itu, selain tengok universiti, tengok juga kursus yang anda minati dan universiti mana yang menawarkan kursus tersebut.

  1. Banding dan Nilai

Sekiranya anda meminati sesuatu bidang itu, senaraikan universiti-universiti yang menawarkan kursus berkaitan dengan bidang tersebut.

Kemudian, buat perbandingan antara setiap universiti seperti syarat kelayakan, yuran pengajian, ranking universiti (jika anda hiraukan tentang ranking universiti).

  1. Fokus Bidang Anda

Setiap universiti mempunyai syarat kelayakan berbeza mengikut kursus, ada yang dibuka hanya untuk sastera, sains dan ada yang untuk kedua-duanya.

Pastikan kursus yang anda inginkan adalah berkaitan jurusan yang diambil ketika SPM/STPM.

Contoh, anda mendapat keputusan yang bagus jurusan sains dan anda memohon sastera, anda mungkin mengambil peluang orang lain.

Jadi, berilah peluang kepada orang lain untuk memohon kursus bidang mereka juga.

  1. Buat Pilihan Yang Terbaik

Apabila anda ingin membuat permohonan UPU Online, pastikan anda fahami pilihan anda dengan teliti.

Jangan memohon sebab bunyi nak dekat sama dengan kursus yang anda inginkan atau jangan memohon sebab nak juga masuk universiti tersebut.

Utamakan minat dan kemahiran anda dahulu sebelum universiti mana yang anda inginkan.

Sebabnya belajar di mana pun kalau anda minat, anda boleh teruskan sampai ke destinasi yang anda ingin tuju.

Sambung Belajar Bersama Zara Zakiah Education

zara zakiah

Jika anda berminat nak sambung belajar di luar negara, dapatkan peluang anda dengan bantuan Zara Zakiah Education!

Zara Zakiah membantu anda melanjutkan pelajaran dalam bidang:

  • Perubatan
  • Pergigian
  • Kejuruteraan
  • Farmasi
  • Veterinar
  • Penerbangan

 

Anda juga boleh pilih sama ada anda nak sambung belajar di Mesir, Rusia, Indonesia, Bangladesh atau Australia (tertakluk kepada ketersediaan).

Anda jangan risau kerana Zara Zakiah menawarkan program persediaan pelajar sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Jadi, anda tak perlu takut jika anda rasa keseorangan menyambung pelajaran ke luar negara kerana Zara Zakiah sentiasa ada untuk bantu anda.

Mereka juga memberikan bantuan dari segi penyediaan sokongan memohon bantuan kewangan, pinjaman dan biasiswa, serta bagi permohonan pengeluaran KWSP ibu bapa.

Namun, mereka tidak menawarkan sebarang biasiswa atau pinjaman kerana mereka hanya menguruskan pelajar ke luar negara.

Perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah bimbingan lawatan ibu bapa semasa pemindahan pelajar ke luar negara.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk melanjutkan pelajaran di luar negara serta belajar budaya dan bahasa asing!

 

Sambung Pelajaran di Luar Negara dengan Zara Zakiah Education!


Posted 11 months ago

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES