BLOG

UNIVERSITI TERBAIK DI DUNIA, MALAYSIA JUGA TERMASUK?

Universiti Terbaik di Dunia, Malaysia Juga Termasuk?

Universiti Terbaik di Dunia, Malaysia Juga Termasuk?

Melanjutkan pelajaran di universiti terbaik di dunia adalah impian yang diidamkan oleh ramai individu yang bercita-cita tinggi, menginginkan jaminan masa depan yang cerah dan cemerlang.

Diterima masuk ke universiti-universiti terkemuka bukan sahaja merupakan pencapaian akademik yang luar biasa, tetapi juga membuka pintu kepada peluang-peluang yang menakjubkan dalam pelbagai bidang.

Kejayaan ini mencerminkan dedikasi dan kerja keras, serta memberi akses kepada rangkaian profesional global dan sumber-sumber akademik yang tiada tandingan, menjadikan graduan lebih kompetitif di pasaran kerja antarabangsa.

“Top 3” Universiti Terbaik di Dunia

  1. Massachusetts Institute of Technology (MIT)

Massachusetts Institute of Technology (MIT) merupakan universiti swasta yang ditubuhkan pada tahun 1861 dan terletak di Cambridge, Massachusetts. MIT diasaskan oleh William Barton Rogers, seorang saintis yang menginginkan sebuah institusi yang didedikasikan untuk pengajaran praktikal dan penyelidikan.

Dengan moto "Mens et Manus" yang bermaksud “Mind and Hand”, MIT menekankan kepentingan pengetahuan teori dan aplikasi praktikal. Pada tahun 1865, empat tahun selepas penubuhannya, MIT membuka pintunya kepada kumpulan pelajar pertamanya.

Daripada pelbagai institusi peringkat pendidikan tinggi, MIT sentiasa konsisten berada dalam kedudukan10 universiti terbaik dunia, terutamanya dalam bidang Teknologi.

 

  1. University of Cambridge

Ditubuhkan pada tahun 1209, University of Cambridge kaya dengan sejarah. Sesuai dengan namanya, kampus ini terletak di Cambridge City, yang boleh dikunjungi dalam masa lebih kurang 1 jam dengan kereta api dari London.

Salah satu perkara yang menjadikan Universiti Cambridge terkenal dengan kualiti akademiknya ialah alumni universiti ini sendiri iaitu Sir Isaac Newton, seorang ahli fizik British yang menemui akan kewujudan graviti. 

Menariknya, Universiti Cambridge terus membangunkan kualiti penyelidikannya malah membuka dasar supaya wanita dapat mengikuti pendidikan yang sama seperti lelaki pada tahun 1948.

 

  1. Standford University

Universiti ini diasaskan pada 1885 oleh Leland Stanford seorang usahawan berjaya dalam sektor kereta api dan bekas gabenor California dan isterinya, Jane Stanford, sebagai penghormatan kepada anak lelaki mereka, Leland Stanford Jr yang telah meninggal dunia.

Stanford University terkenal dengan kekuatan dalam bidang-bidang seperti sastera dan kemanusiaan, kejuruteraan dan teknologi, sains hidup dan perubatan, sains sosial dan pengurusan serta sains semulajadi.

Terletak di Silicon Valley, California, Standford University telah berjaya melahirkan ramai penyelidik bertaraf dunia serta usahawan teknologi yang mempunyai pengaruh besar pada masa kini. Antaranya ialah Elon Musk (Tesla), Sergei Brin (Google), Peter Thiel, John Kennedy (bekas Presiden Amerika Syarikat) dan Larry Page (Google).

Manfaat Sambung Pelajaran di Universiti Terbaik di Dunia

  1. Pembelajaran Berkualiti Tinggi

Memandangkan university- universiti “top tier” ini tumpuan utamanya adalah untuk memupuk kecemerlangan dalam penyelidikan, standard akademik berkualiti tinggi pasti terjamin. Dengan pensyarah dan profesor di universiti ini menjadi barisan hadapan dalam bidang pengajian mereka, pelajar akan dilengkapi dengan kaedah pengajaran, bahan dan bimbingan yang luar biasa.

 

  1. Akses Kepada Peluang Pekerjaan yang Lebih Baik

Graduan dari universiti terbaik dunia mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapatkan pekerjaan di syarikat berprestij dan terkenal. Majikan lebih cenderung untuk mengambil mereka dari universiti terkemuka untuk faedah syarikat kerana mereka melihat graduan ini sangat bernilai untuk membantunya berkembang kerana reputasi yang mereka pegang.

 

  1. Kaya Dengan Sumber dan Fasiliti

Anda semestinya akan mendapat akses kepada pelbagai sumber dan kemudahan di universiti terbaik di pentas antarabangsa yang sememangnya sangat membantu dan memberi inspirasi kepada pelajar semasa proses pembelajaran mereka. Ini termasuk perpustakaan fakulti yang lengkap, fasiliti penyelidikan, kemudahan khusus kursus seperti makmal dan teater, sukan, persatuan pelajar dan banyak lagi.

 

  1. Membina “Networking” Bersama Alumni

Membina “networking” yang kukuh dengan kedua-dua bekas pelajar dan sedia ada di universiti berkelas dunia boleh membuka banyak peluang kepada pelajar pada masa hadapan dengan hubungan yang mereka ada dengan orang lain seperti peluang pekerjaan dan permulaan kerjaya mereka. “Networking” ini dianggap sebagai rangkaian sosial yang paling berkesan yang saling menguntungkan kepada pelajar dan juga universiti.

 

Bonus; Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2024 (QS World University Ranking) 

 

Universiti Malaya (UM) terus berada dalam senarai 100 universiti terbaik dunia untuk tahun keenam berturut-turut dalam QS World University Rankings 2024.

Menurut ranking terkini, UM kini menduduki tangga ke-65 di dunia!

Berikut merupakan senarai universiti terbaik di Malaysia berdasarkan ranking terkini 2023/2024.

 

  1. Universiti Malaya (65)
  2. Universiti Sains Malaysia (137)
  3. Universiti Putra Malaysia (158)
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia (159)
  5. Universiti Teknologi Malaysia (188)
  6. Taylor’s University (284)
  7. UCSI University (300)
  8. Universiti Teknologi Petronas (307)
  9. Universiti Utara Malaysia (538)
  10. Universiti Teknologi MARA (555)

Secara keseluruhannya, kedudukan 5 teratas dalam ranking pada tahun 2024 didominasi oleh universiti awam IPTA.

Ini membuktikan universiti tempatan juga mampu memberikan pendidikan yang bermutu tinggi seiring dengan universiti terbaik di dunia yang lain.

Tetapi tidak salah juga bagi mereka yang ingin menyambung pelajaran di universiti luar negara yang lain.

Selain kedudukan, ada beberapa perkara penting yang anda tidak mahu terlepas pandang seperti lokasi, biasiswa dan bantuan kewangan, yuran pengajian, pilihan kursus, fasiliti kampus, kebolehpasaran siswazah dan lain-lain lagi.

Tertanya-tanya apa yang perlu anda perhatikan ketika mencari universiti? Atau anda memerlukan bantuan untuk memilih universiti di luar negara?

Dapatkan khidmat daripada Zara Zakiah Education kerana mereka mempunyai 15 tahun lebih pengalaman dalam membantu kemasukan dan proses penempatan pelajar di universiti luar negara.

 

JOM SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA


Posted 2 months ago
Info

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES