Doktor Perubatan memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan masyarakat tidak kira jantina, usia mahupun pangkat. Kesihatan merupakan asas utama yang dititikberatkan di negara maju, sekali gus menjadikan Doktor Perubatan profession yang sangat diperlukan dan tidak ditelan zaman walaupun Revolusi Industri 4.0 berlaku. Namun, apakah kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang Doktor Perubatan ini?
Malaysia Medical Council (MMC) telah menyatakan bahawa syarat-syarat untuk mendaftarkan housemanship atau status Doktor Perubatan (pelatih) di Malaysia adalah:
Tapi sebelum menjadi seorang Doktor Perubatan, anda perlu tahu proses atau flow terlebih dahulu. Jom!
Subjek penting bagi seseorang pelajar untuk menjadi seorang Doktor Perubatan adalah subjek Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan. Bahasa lebih mudah adalah pelajar perlu mengambil aliran pure science semasa di Tingkatan Empat lagi. Bagi memenuhi syarat IPTA dalam Malaysia, pelajar harus score subjek sains tersebut dengan minimum B. Namun jangan risau, teruskan membaca untuk info tambahan jika result SPM anda tidak memenuhi syarat IPTA dalam Malaysia.
Ini adalah satu pilihan yang menjimatkan bagi seseorang yang mahu menjadi seorang Doktor Perubatan. Hanya pelajar aliran sains sahaja yang dibenarkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang perubatan. Keperluan minimum untuk menjadi Doktor Perubatan adalah CGPA haruslah mencapai 3.0 bagi 3 mata pelajaran iaitu Biologi, Kimia, Fizik atau Matematik dan MUET sekurang-kurangnya mendapat band 3. Untuk pelajar tingkatan 6 terdapat syarat tambahan iaitu perlu mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam Pengajian Am.
Program Asasi ini biasanya ditawarkan di IPTA dalam Malaysia seperti UM, UKM, UPM dan sebagainya. Segalanya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi. Kelayakan untuk Asasi ini juga sama seperti matrikulasi. Minimum perlu mendapat 3.0 CGPA dan tiga mata pelajaran Biologi, Kimia dan Fizik atau Matematik. Pelajar harus mendapatkan minimum band 3 untuk MUET untuk memenuhi syarat untuk menjadi seorang Doktor Perubatan.
Program Diploma International Baccalaureate (IB) ini merupakan program prauniversiti yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Tempoh program ini adalah dua tahun iaitu empat semester. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berperanan menyelaras pengoperasian Program Diploma IB di sekolah KPM manakala International Baccalaureate Organization (IBO) yang berpusat di Geneva, Switzerland bertindak sebagai badan yang menggubal dasar, kurikulum, penaksiran dan mengawal kualiti pelaksanaan program. Mata pelajaran utama yang perlu diambil adalah HL Kimia, HL Biologi, SL Matematik bagi memastikan anda telah mencapai syarat untuk menjadi seorang Doktor Perubatan.
Diploma Sains mempunyai hanya 5 semester dengan 190 jam kredit. Sememangnya Diploma Sains tertumpu kepada subjek pure science, iaitu Biologi, Kimia dan Fizik. Semasa di semester 4, pelajar harus memilih aliran mereka, sama ada aliran fizikal atau aliran hayat. Untuk menjadi seorang Doktor Perubatan semestinya pelajar harus memilih aliran hayat yang lebih ke arah Biologi dan Kimia. Syarat minimum 3.75 CGPA beserta SPM untuk Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan adalah minimum B.
Setelah melepasi saringan ini, barulah para pelajar telah mencapai selangkah proses untuk menjadi seorang Doktor Perubatan. Pelajar akan dipanggil sesi interview terlebih dahulu oleh IPTA yang terpilih sebelum berjaya melangkah ke menara gading dalam Program Perubatan.
Namun, perjalanan itu tidak semudah disangka, ada yang sukar mendapatkan tempat kerana persaingan yang sengit. Perlu diingatkan bahawa pelajar harus bersaing sesama sendiri, lepasan dari STPM, lepasan dari matrikulasi, lepasan dari asasi dan terakhir lepasan dari diploma bagi merebut tempat di IPTA dalam Malaysia.
Oleh itu, jangan risau kerana Zara Zakiah Education sedia membantu! Zara Zakiah Education adalah agensi pengurusan pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran di luar negara. Antara program yang ditawarkan adalah perubatan, pergigian, farmasi dan veterinar. Jika anda tidak berpeluang menyambung pengajian di IPTA dalam Malaysia, why not mencuba nasib menjadi Doktor Perubatan lepasan IPTA di luar negara pula kan? Antara negara yang menawarkan Program Perubatan adalah seperti di Mesir, Rusia, Indonesia dan Bangladesh yang sememangnya diiktiraf oleh MQA, MMC dan WHO.
Ada yang mahu menjadi Doktor Perubatan lepasan luar negara? Jom hubungi Zara Zakiah Education dengan segera untuk pertanyaan lanjut!
Website: https://zarazakiah.com.my/pra-pendaftaran/
Call: 03-8920 8119
WhatsApp: 011-1479 9976 / 014-806 8027
Atau anda boleh membuat appointment bersama kami untuk perbincangan lebih lanjut!
Add a comment